HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Sunday, May 18, 2014

Bengkel Nutrisi Shaklee 2014

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.


Alhamdulillah syukur, saya diberi kesempatan untuk mengikuti Bengkel Nutrisi Shaklee 2014.

Kalau sebelum ini saya belajar dari upline, buku dan internet sahaja tentang produk Shaklee ini, tetapi kali ini saya belajar secara langsung dari guru-guru dalam Shaklee.

Moga-moga saya lebih yakin untuk menggunakan produk shaklee ini serta dapat membantu lebih ramai orang yang ingin menggunakan produk ini.

Bengkel Nutrisi Shaklee 2014



Pada Sabtu yang lepas 10 Mei 2014 saya telah menghadiri Bengkel Nutrisi Shaklee 2014 yang di anjurkan oleh pihak Shaklee di Hotel Star City Alor Setar. 

Sebagai seorang pengedar yang sah, bengkel ini sangat penting buat saya. Ini kerana, saya perlu mengetahui tentang nutrisi di dalam setiap produk shaklee. Bak kata orang "Tidak kenal maka tak cinta". 


InsyaAllah saya akan berkongsi dengan sesiapa sahaja yang berhajat dengan produk shaklee ini nanti. 

Bengkel ini telah di sampaikan oleh seorang pakar nutrisi Shaklee Puan Wan Siti Zulaicha Shaharuddin dan dihadiri oleh lebih 100 orang peserta.

Tentatif dalam bengkel ini terbahagi kepada 3 slot iaitu: 



  1. "kenapa badan kita memerlukan supplemen", 
  2. "keunikan supplemen Shaklee 1" dan 
  3. "keunikan supplemen Shaklee 2". 

Selain itu, bengkel ini juga diselitkan dengan aktiviti interaktif dan quiz bagi peserta agar lebih memahami produk ini.

Selalunya apabila diadakan bengkel, kita hanya dibekalkan alat tulis dan gula-gula. Berlainan dengan bengkel ini, peserta disediakan performance drink dan ESP sebagai minuman tambahan selain air mineral. Pada saya, ini adalah satu keunikan yang ada di bengkel ini.

Kenapa kedua-dua produk ini disediakan? Di sini saya kongsikan manfaat dan kebaikan produk ini.

Manfaat dan kebaikan ESP:

  • Bertindak untuk mengoptimumkan penyerapan nutrien lain.
  • Membekalkan tenaga berpanjangan, mengurangkan rasa  lapar.
  • Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, kulit terasa lembut hanya selepas 2 minggu mengunakannya.
  • Mengembalikan keserian kulit dan kepejalan otot.
  • Tiada pengawet, perasa, pemanis tiruan, rasa asli soya dan vanilla.


Manfaat dan kebaikan Performance drink:

  • Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat.
  • Membekalkan tenaga dan daya tahan ketahanan fizikal.
  • Mencegah penyahidratan.
  • Mengekalkan paras gula.

Alhamdulillah, memang berkesan kedua-dua produk ini buat diri saya dan peserta yang lain. Ia memberikan tenaga yang berpanjangan.

Ini amat penting bagi saya dan para peserta yang lain untuk mendapat fokus dan memahami apa yang akan disampaikan oleh penceramah. 

He..he..dalam pada itu, sempat juga saya memerhati para peserta. Bengkel yang berakhir lebih kurang jam 6 petang mendapat sambutan yang baik. Semua memberikan tumpuan yang penuh dengan apa yang disampaikan. 

Hati saya terdetik, " Ini testimoni ESP dan Performance Drink yang positif kepada saya." 

InsyaAllah, nanti saya akan kongsikan pengisian yang ada dalam bengkel ini. Kuiz yang diadakan pasti diberikan hadiah dan kumpulan saya mendapat kotak istimewa untuk mengisi vitamin.


Koleksi Gambar Bengkel Nutrisi Shaklee 2014


Di bawah ini saya sertakan beberapa keping gambar yang sempat di ambil sepanjang Bengkel Nutrisi Shaklee 2014 berlangsung.

Bengkel Nutrisi Shaklee 2014
Gambar bersama pakar nutrisi Shaklee Puan Wan Siti Zulaicha  

Bengkel Nutrisi Shaklee 2014
Kad pendaftaran

Bengkel Nutrisi Shaklee 2014
Penceramah yang pakar dalam nutrisi 

Bengkel Nutrisi Shaklee 2014
Rasa segar selepas minum ESP dan Performance Drink

Bengkel Nutrisi Shaklee 2014
Para peserta yang begitu khusuk mendengar penerangan tentang nutrisi


Penutup



Perjalanan Bengkel Nutrisi Shaklee 2014 ini lancar sekali. Ia patut dilakukan lagi supaya pemamahan tentang nutrisi bukan sahaja untuk produk shaklee dapat ditingkatkan.

Pengetahuan tentang nutrisi memang penting untuk diri kita sama ada yang menggunakan produk shaklee atau tidak kerana ia mempunyai hubungan dengan kesihatan kita.

Walaupun terdapat ramai doktor yang berpengalaman, tetapi  seseorang pesakit yang mengalami sesuatu penyakit itu sebenarnya lebih faham keadaan dirinya ketika sakit.

Doktor hanya boleh merawat tetapi yang menyembuhkan penyakit adalah Allah SWT. Marilah kita berusaha mencegah penyakit daripada mengubati penyakit.

Anda berminat dengan produk shaklee, boleh hubungi saya segera. Huda ;011-18685991.



FREE CONSULTATION
 and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com




Seandainya anda rasa entri ini bermanfaat , sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

3 comments:

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi