HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Friday, May 2, 2014

5 Persiapan Menjadi Penulis Blog

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 

Kalau anda sudah baca artikel tentang 5 Rutin Asas Seorang Blogger, mari saya terangkan secara ringkas apakah persiapan untuk menjadi seorang penulis blog.

Kewujudan blog di alam internet ini umpama cendawan tumbuh selepas hujan. 


5 Persiapan Menjadi Penulis Blog

Terdapat pelbagai jenis blog yang dipersembahkan oleh penulis blog. Semua itu, tidak menjadi masalah kerana penulis blog mempunyai pilihan tersendiri dalam menulis.

Namun, jika anda mahu menjadi seorang penulis blog yang berjaya saya mencadangkan anda memikirkan 5 Persiapan Menjadi Penulis Blog ini.

Moga-moga ia dapat membantu anda dalam menjayakan cita-cita anda sebagai seorang penulis blog.

5 Persiapan Menjadi Penulis Blog


#1. Matlamat


Sebelum anda membuat keputusan menulis blog, terlebih dahulu anda tentukan matlamat anda dalam menulis blog.

Matlamat adalah hala tuju yang dapat memandu anda supaya tidak terpesong ketika anda menjadi penulis blog nanti.

Setidak-tidaknya, apa yang anda tulis dalam blog lebih teratur demi mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

#2. Niche


Kenapa perlu memilih niche? Niche sesuatu blog penting kerana ia menggambarkan kemahiran, pengalaman atau pengetahuan penulis blog bagi sesuatu bidang.

Contohnya, anda memilih niche blog tentang kesihatan. Tidak semestinya anda merupakan seorang yang pakar dengan bidang tersebut. 

Anda boleh mencari bahan-bahan yang berkaitan kesihatan untuk dikongsikan di dalam blog.

Lama-kelamaan pengetahuan anda tentang kesihatan semakin bertambah dan sekurang-kurangnya anda boleh membantu orang lain menunjukkan tempat yang sesuai untuk mereka pergi jika berlaku masalah kesihatan.

Niche ini juga penting, kerana google mudah mengesan blog yang mempunyai niche tersendiri.

Di samping itu, niche blog bagus untuk mereka yang ingin menjana pendapatan menerusi affiliate.

Dari sini juga, anda boleh mengetahui siapakah target yang akan membaca blog anda.

#3. Isi Kandungan


Sebaik-baiknya anda sudah merangka apakah tajuk utama dan sub tajuk  yang ingin anda sediakan di dalam blog.

Isi kandungan blog boleh diumpamakan isi kandungan dalam buku. Kebanyakkan pembaca buku akan menyemak isi kandungan sebuah buku sebelum membaca buku.

Sama juga dengan blog, mungkin pembaca blog yang tertarik dengan satu artikel anda ingin menyemak artikel yang lain.

Jadi, isi kandungan kan memudahkan anda dan pembaca blog untuk menyemak entri blog anda yang lepas.t

#4. Pilihan Bahasa 


Jika anda mahir dalam Bahasa Inggeris, tulislah dalam Bahasa Inggeris. Jika anda mahir Bahasa Melayu, tulislah dalam Bahasa Melayu.

Gunakan bahasa yang baik. Jangan gunakan bahasa yang kotor seperti mencarut, menghasut, memaki-hamun dan sebagainya.

Ini kerana bahasa yang anda gunakan dalam menulis blog menggambarkan diri penulis.

Namun, tidak ada masalah sama ada anda mahu menggunakan bahasa skema atau tidak.

#5. Belajar


Sebelum menulis di blog, anda perlu tahu membina blog. Saya sudah menyediakan panduan asas membina blog di sini>> Tutorial Percuma Buat Blog.

Semakin banyak pengetahuan tentang blog, anda akan bertambah yakin untuk menulis di blog.

Belajar dari blogger yang telah lama membina nama seperti DenaihatiKujieAhmadFaizal dan sebagainya.


Penulis-penulis blog yang telah lama membina blog pun sentiasa belajar dan belajar.


Ini kerana dalam bidang teknologi maklumat, perubahan mudah terjadi. Begitu juga dengan blog, dari semasa ke semasa akan ada perubahan yang berlaku.

Oleh itu, proses belajar akan terus berlaku. Bacalah sebanyak mungkin bahan-bahan yang mengajar anda tentang blog seperti buku, majalah, artikel dan sebagainya.

Kalau ada duit hadiri seminar atau bengkel membina blog.

Kesimpulan


5 Persiapan Menjadi Penulis Blog ini hanya sebahagian sahaja yang saya coretkan di sini.

Andanya anda seorang yang rajin, banyak lagi maklumat berguna dalam dunia blog.

Saya mendoakan anda terus maju dan berjaya. Selamat berblog.

Jika berminat dengan produk shaklee, sila hubungi Huda: 011-18685991. Seandainya anda rasa entri ini bermanfaat , sila kongsikan dengan orang lain.


FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com



Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

21 comments:

  1. sangat bersetuju dengan entri ini.namun hingga kini kathy tak jumpa niche lagi untuk blog kathy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. proses mencari terus berjalan..tidak ada masalah kan?

      Delete
  2. saya masih perbaiki penulisan tahun demi tahun.

    ReplyDelete
  3. walaupaun ada niche , sesekali gatal tgn juga nak menulis yg tersasar sikit drp niche

    ReplyDelete
  4. semua memerlukan usaha dan minatkan.

    http://cahayacinta.com/2014/05/03/kasih-tercampak-pada-sepasang-baju-melayu-dan-baju-kurung-moden-kain-kipas-belakang/#comment-19378

    ReplyDelete
  5. blog puteri masih belum ada niche yang tetap...tulis ikut suka hati je..hehe :)

    ReplyDelete
  6. Assalam...
    Bagus info dan perkongsian disini...semoga ramai yang boleh jadikan panduan....terima kasih...

    Blog bunda juga masih tiada niche yang tetap....huhu..
    Salam ziarah dari bunda....

    ReplyDelete
  7. Terima kasih kongsikan..memang betul dah tu apa yang dikata..hehe

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah satu perkongsia terbaik untuk kita sebagai seoarng blogger ..
    Tapi Lya tak tahu la apa NICHE blog Lya ..
    Masih lagi mencari2 yang sesuai la kot ..
    Tapi camner nak jumpa NICHE yg sesuai sebab blog Lya campur2 semua ada takder niche tertentu hehehe .......

    ReplyDelete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi