HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Tuesday, April 22, 2014

5 Rutin Asas Seorang Blogger

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 

Apabila anda menjadi seorang blogger sudah tentu anda mempunyai pengalaman dalam menguruskan blog anda.

Baiklah, hari ini saya ingin kongsikan 5 Rutin Asas Seorang Blogger yang saya amalkan sekarang ini. 

InsyaAllah 5 Rutin Asas Seorang Blogger ini boleh dicontohi oleh blogger-blogger baru.

Namun, perkara pokok bagi 5 Rutin Asas Seorang Blogger ini adalah rajin dan konsisten. Jom baca selanjutnya.

5 Rutin Asas Seorang Blogger


5 Rutin Asas Seorang Blogger


#1. Membaca


Seorang penulis buku pernah memberi 4 tips untuk menulis buku kepada penulis muda. Tip yang pertama ialah membaca, tip kedua membaca, tip ke tiga adalah membaca dan tip ke empat barulah menulis.

Di sini menunjukkan bahawa, kalau anda ingin menulis anda perlu rajin membaca.

Bacalah sebanyak mungkin untuk mendapat idea daripada buku, majalah, blog, laman web dan sebagainya.

InsyaAllah dengan membaca, limpahan idea akan datang kepada anda.

#2. Menulis


Kebanyakkan blog yang dibangunkan adalah untuk berkongsi pengalaman dan maklumat dalam bentuk tulisan.

Oleh itu, anda mesti rajin menulis. Tulislah menggunakan ayat yang mudah asalkan mudah difahami oleh anda dan pembaca lain.

Jika tidak tahu sangat, rujuk buku sekolah atau tengok cara blogger-blogger yang anda suka tulisan mereka.

Pada peringkat awal, mungkin anda berasa kekok dalam menulis, tetapi lama kelamaan anda akan berasa seronok menulis.

#3. Berkongsi artikel


Setelah artikal anda telah ditulis, cuba semak agar tidak ada kesalahan ejaan atau perkataan.

Pastikan orang lain boleh faham apa yang anda tuliskan. Kemudian, anda boleh berkongsi artikel anda di pelbagai laman web.

Anda boleh mencuba rujuk di lnk yang saya sediakan ini:







#4. Membalas komen


Membalas komen merupakan aktiviti penting yang perlu dilakukan oleh seorang blogger. 

Ia merupakan satu cara berhubung dan mengucapkan terima kasih kepada blogger yang telah datang dan meninggalkan komen.

Kunjungan yang ramai oleh blogger-blogger lain ke blog anda mampu meningkatkan trafik ke blog anda.

Anda mempunyai hak untuk menerima komen atau tidak. Jika komen yang anda terima berbentuk negatif seperti ancaman, ugutan dan sebagainya anda boleh delate.

Namun, komen-komen yang blogger bagi kebanyakkannya positif belaka dan anda juga perlu membalas dengan baik.

#5. Blogwalking


Semasa awal penglibatan saya dalam arena blog, saya langsung tidak melakukan blogwalking.

Saya hanya menulis dan menulis. Kemudian saya tunggu sahaja dan mengharap ada pembaca yang akan datang ke blog kita.

Setelah saya baca dari beratus-ratus blog barulah saya faham bahawa blogwalking adalah aktiviti penting bagi seorang blogger.

Blog yang baru dibangunkan tidak akan diketahui oleh orang kalau kita sendiri tidak perkenalkan kepada orang.

Salah satu cara untuk memperkenalkan blog kita adalah dengan blogwalking. Semakin banyak blog yang dapat anda lawati lagi bagus.

Apabila anda membaca blog, jangan lupa komen di blog mereka. Saya ada tunjukkan bagaimana cara untuk komen di blog dengan betul. Anda boleh klik di sini >> Panduan menarik trafik melalui komen 

Jika anda mahu orang datang komen ke blog anda, anda sendiri perlu komen ke blog orang lain. 

Lainlah kalau anda seorang yang dikenali ramai, memang anda sering dicari.


Kesimpulan


5 Rutin Asas Seorang Blogger ini bukanlah perkara wajib yang perlu dilakukan setiap hari, tetapi sekiranya anda konsisten dalam melakukannya insyaAllah anda boleh berjaya sebagai seorang blogger.

Anda juga boleh rujuk dan bertanya dengan blogger-blogger otai yang telah berjaya. Saya yakin mereka pasti ada rahsia tersendiri yang hebat.

Pilihlah mana-mana perkara yang anda rasa selesa dan boleh dilakukan secara konsisten.

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

Jika berminat dengan produk shaklee, sila hubungi Huda: 011-18685991 Seandainya anda rasa entri in ibermanfaat , sila kongsikan dengan orang lain. 

Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

14 comments:

  1. Assalammualaikum.... saudara faizal,

    memang benar artikel nie... begitulah asas kehidupan blogger ...

    mselim3

    pls: tidak dapat dinafikan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam

      terima kasih Tuan MSelim..saya banyak belajar dari Tuan

      Delete
  2. betul. kena rajin membaca. :)

    ReplyDelete
  3. Betul betul betul!

    Selain tu seorang blogger juga perlu pastikan blognya mesra pembaca. Especially berat blog. Kena rajin timbang blog. Bila blog berat, loading terlampau lama. Last sekali klik pangkah je lah tanpa baca content blog tersebut. Huhu

    ReplyDelete
  4. kesemuanya betul dan perlu dilakukan secara consistant

    ReplyDelete
  5. betul tu...tulah antara rutin asas puteri hampir setiap hari..hehe :)

    ReplyDelete
  6. kekadang saya tak dapat buat dengan sepenuhnya update atau balas kunjugan. sebab saya time itu sedang membaking, kraftangan atau menjahit, paling tak saya sedang bercuti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama suri sudah terkenal dalam kalangan blogger...sudah ada penggunjung yang tak kunjung padam. good luck

      Delete
  7. Assalamualaikum...tips yang berguna untuk blogger baru seperti saya. Tq for sharing.

    ReplyDelete
  8. Yeahhh..... kalau ada list blogger sehari suntuk boleh blogwalking kan...

    ReplyDelete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi