HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Tuesday, April 29, 2014

Persediaan Menyusu Badan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 


Alhamdulillah syukur, setakat ini saya masih lagi memberi susu badan kepada anak saya yang kedua. 

Insya Allah saya cuba meneruskan perjuangan ini sehingga umur anak saya mencecah 2 tahun.

Saya istilahkan usaha memberi susu badan kepada anak sebagai 'perjuangan' kerana banyak pengorbanan yang perlu dilakukan.

Oleh kerana saya merupakan seorang penjawat awam, saya sediakan pam susu untuk mengumpul susu ketika waktu kerja.


Biasanya saya akan pam susu sebanyak 3 kali ketika berada di pejabat. Pagi sekali, tengahari dan petang.



Persediaan Menyusu Badan, set menyusu shaklee, penyusuan susu ibu


Pada waktu malam juga saya akan bangun untuk melakukan aktiviti pam susu ini.


Tidak di nafikan ada ketikanya saya mengalami penyusutan susu terutama ketika badan tidak berapa sihat atau ketika haid. 


Ini menyebabkan saya terpaksa menghantar susu kepada anak di rumah pengasuh ketika waktu rehat. Alhamdulillah susu badan masih cukup.


Dengan izin Allah, saya teruskan juga perjuangan ini, moga-moga usaha saya sentiasa mendapat pertolonganNya.



Persediaan Menyusu Badan


Sebelum ini, saya telah terangkan mengenai Tuntutan dan kelebihan menyusu ibu.


Dalam entri kali ini, saya ingin kongsikan beberapa persediaan yang boleh anda lakukan untuk menyusu badan.


Persediaan ini penting supaya ibu yang ingin menyusukan anak memperoleh fokus yang tinggi di samping mendapat sokongan yang tinggi oleh orang-orang sekeliling.



#1. Persediaan sebelum melahirkan anak


Persediaan diri dan keluarga. Pengetahuan tentang penyusuan susu ibu adalah permulaan bagi anda.


Mungkin anda boleh dapatkan pengetahuan melalui membaca buku, majalah atau di internet berkaitan penyusuan susu ibu.


Anda juga boleh menghadiri kelas-kelas antenatal bersama suami serta dapatkan maklumat mengenai kumpulan sokongan penyusuan susu ibu dari klinik atau hospital kerajaan berdekatan.

Buat perancangan rapi. Cuba dapatkan pembantu untuk melakukan kerja - kerja rumah bagi beberapa minggu selepas melahirkan bayi. 

Ini dapat membantu anda mendapatkan rehat secukupnya dan memberi perhatian kepada penjagaan bayi.   



#2. Persediaan semasa melahirkan anak


Sentuhan kulit amat penting antara ibu dan anak. Hubungan antara ibu dan anak melalui deria sentuhan adalah paling kuat ketika satu hingga dua jam selepas kelahiran. 

Biasanya, jika anda melahirkan anak di hospital, jururawat akan meletakkan bayi ke atas dada atau badan ibu untuk mendapatkan sentuhan. 

Anda perlu bersedia untuk itu. Sentuhan kulit dengan segera selepas kelahiran adalah penting kerana selepas 2 atau 3 jam kelahiran bayi akan tidur dalam jangkamasa yang lama.

Ketika anda berada bersama - sama dengan bayi dalam suasana yang tenang dan bersentuhan kulit, bayi akan menunjukkan tanda-tanda hendak menyusu.

Bayi bertindak seperti memasukkan jari ke dalam mulutnya dan menunjukkan aksi menghisap. 


Pada saat ini bayi anda paling cerdas dan bersedia untuk belajar menyusu. Kajian menunjukkan jika bayi menyusu lebih awal, jangkamasa penyusuan akan meningkat. 


Ini juga dapat mempercepatkan penghasilan susu ibu.

#3. Persediaan selepas melahirkan anak


Menyusu mengikut kehendak bayi. Ini bermaksud tiada halangan dalam jangkamasa dan kekerapan penyusuan susu ibu. 


Ia adalah penting untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Lebih kerap anda menyusu, lebih banyak susu yang dihasilkan. 


Bayi boleh menyusu 8 ke 12 kali sehari.

Pastikan ibu dan bayi bersama setiap masa (Rooming - in) iaitu ibu dan bayi tidak dipisahkan lebih dari satu jam pada bila - bila masa ketika berada di hospital. 

Ini membolehkan bayi menyusu pada bila - bila masa dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. 


Rooming in ini perlu diteruskan di rumah. Cara ini telah berjaya meningkatkan penyusuan susu ibu. 


Ketika berada di hospital, maklumkan kepada jururawat bahawa anda ingin bayi anda berada bersama-sama anda.

Dari lahir hingga berumur 6 bulan, bayi yang menyusu susu ibu tidak boleh diberikan puting tiruan. 

Ini bertujuan mengelakkan kekeliruan kepada bayi yang boleh menganggu penyusuan.


Kesimpulan


Tindakan seorang ibu untuk menyusukan anaknya merupakan usaha murni yang memerlukan sokong dari orang yang terdekat.

Di samping itu, jangan berhenti berdoa agar Allah SWT membantu kita menyusukan anak.

Jika anda mengalami kekurangan susu, usahakan dengan suplemen tambahan yang berkesan. InsyaAllah.

Klik sini untuk mendapatkan maklumat lanjut >> Tuntutan dan kelebihan menyusu ibu


Jika berminat dengan produk shaklee, sila hubungi Huda: 011-18685991

Seandainya anda rasa entri ini bermanfaat , sila kongsikan dengan orang lain. 




FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!




HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

8 comments:

  1. perkongsian yg baik.. dapat jugak pengetahuan sedikit sebanyak berkenaan susu ibu ni walaupun belum lagi berkahwin..

    ReplyDelete
  2. susu badan bagus sebab mampu melawan penyakit untuk bayi itu nanti

    ReplyDelete
  3. nice info ... teringat dulu time bersalin anak 1st .. tak pandai bagi baby susu .. skang dah expert haha :)

    ReplyDelete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi