Comelkan? |
Comelnya...gambar bayi-bayi ni!
Sebut berkenaan dengan cahaya mata, pastinya majoriti pasangan yang baru berkahwin teruja untuk mendapatkannya terutama sekali ibu bapa ke dua-dua belah pihak. Namun begitu, tidak semua pasangan terus dikurniakan cahaya mata sebaik sahaja berkahwin.
Sebut berkenaan dengan cahaya mata, pastinya majoriti pasangan yang baru berkahwin teruja untuk mendapatkannya terutama sekali ibu bapa ke dua-dua belah pihak. Namun begitu, tidak semua pasangan terus dikurniakan cahaya mata sebaik sahaja berkahwin.
Ya, cahaya mata adalah rezeki kurniaan Allah SWT yang ditetapkan untuk setiap pasangan itu, tetapi rezeki perlu diusahakan di samping terus berdoa.
Barang kali terdapat beberapa punca yang menyebabkan masalah ini berlaku. Di sini saya kongsikan panduan dalam kita berikhtiar untuk mendapatkan cahaya mata.
Cara Mendapatkan Cahaya Mata Kesayangan
Sekali lagi saya ingin ingatkan diri saya dan anda semua, kita tidak boleh jauh dengan Allah. Kita mesti doa dan doa dan doa.
Sebelum saya tunjukkan cara mendapatkan cahaya mata, mari kita kenali punca yang menyebabkan sukar mendapat cahaya mata
Sebelum saya tunjukkan cara mendapatkan cahaya mata, mari kita kenali punca yang menyebabkan sukar mendapat cahaya mata
Punca-punca sukar mendapat cahaya mata
Secara saintifik, antara punca setiap pasangan itu sukar mendapat cahaya mata adalah melibatkan masalah kesuburan wanita dan masalah kesuburan lelaki.
Masalah Kesuburan Wanita
Berikut merupakan faktor yang menyebabkan seseorang wanita itu sukar hamil.
- Gangguan Ovulasi berlaku disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon. Ini juga disebabkan oleh badan yang tidak boleh menghasilkan hormon tertentu yang cukup atau mungkin gagal untuk melepaskan hormon pada masa yang tepat. Ovulasi juga boleh tidak berlaku disebabkan oleh perubahan ketara dalam berat badan.
- Gangguan Tiub Fallopio mungkin berlaku disebabkan oleh keradangan tiub fallopio, individu yang pernah mengalami kehamilan luar rahim, kehadiran parut yang disebabkan oleh pembedahan ataupun berlakunya endometriosis.
- Endometriosis berlaku apabila sel-sel yang biasa tumbuh di rongga rahim berkembang di kawasan luar rahim. Contohnya di dalam tiub fallopio, ovari ataupun punding kencing.
Struktur dalaman wanita |
- Perubahan kepada uterus atau serviks.Sperma mungkin gagal mencapai telur jika berlakunya parut yang disebabkan pembedahan, kesumbatan atau keradangan. Pertumbuhan dalam rahim juga boleh menjadi punca masalah ketidaksuburan yang berterusan atau menyumbang kepada keguguran.
- Kecacatan sistem pembiakan.
- Berlakunya Polycystic Ovarian Sindrom (PCOS) yang terbentuk di dalam ovari.
Keadaan Cyst |
- Faktor umur juga merupakan isu penting dalam mendapatkan anak. Semakin lewat usia kita, peluang untuk mengandung juga rendah.
Masalah Kesuburan Lelaki.
Menurut pakar perunding urologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr Muhilan Parameswaran, masalah kesuburan lelaki boleh dibahagikan kepada tiga punca iaitu hormon, sperma dan alat sulit.
- Pra testikular iaitu berlakunya gangguan hormon yang menyebabka testis yang walaupun normal tetapi tidak terangsang atau mengalami masalah untuk menghasilkan sperma.
- Testikular ialah berlakunya kerosakan sel yang menyebabkan testis tidak dapat menghasilkan sperma yang sihat.
- Post testikular iaitu proses penghasilan sperma yang normal tetapi gagal ejakulasi.
Cara mendapatkan cahaya mata
Di sini saya kongsikan 3 cara mendapatkan cahaya mata kesayangan
Islam itu agama yang lengkap, di dalamnya juga terkandung amalan sebagai ikhtiar kita dalam mendapatkan cahaya mata.
Cara Rohani
Islam itu agama yang lengkap, di dalamnya juga terkandung amalan sebagai ikhtiar kita dalam mendapatkan cahaya mata.
Menurut penceramah bebas Ustazah Siti Nor Bahiyah, terdapat 2 amalan yang boleh diamalkan oleh pasangan suami dan isteri.Amalan-amalan tersebut adalah:
- Amalan pertama dianjurkan selepas fajar ataupun solat subuh.
- Membaca Bismillah sekali.
- Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW sebanyak 3 kali.
- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah sebanyak 101 kali.
- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat).
- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.
Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.
2. Amalan kedua.
- Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.
- Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.
- Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.
- Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.
Amalkanlah dengan penuh yakin harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.
Doa sebagai Ikhtiar Mendapatkan Cahaya Mata Kesayangan.
Doa mendapatkan cahaya mata |
Cara jasmani.
Anda boleh berjumpa dengan pakar-pakar sakit puan dan sakit tuan di klinik atau hospital untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan secara moden.
Di samping itu, anda boleh usahakan dengan makanan tambahan atau suplemen shaklee iaitu set kesuburan shaklee.
Set kesuburan shaklee ini telah ramai yang mencubanya dan hasil yang dicapai amat memberangsangkan. Anda boleh lihat testimoni di bawah ini.
Set kesuburan shaklee
Set kesuburan shaklee terbahagi kepada 2 set iaitu untuk set kesuburan wanita shaklee dan set kesuburan lelaki shaklee :
Suplemen kesuburan |
Set kesuburan wanita
Set kesuburan wanita terdiri daripada Gla Complex dan Alfalfa.
Gla Complex penting untuk wanita terutamanya yang mengalami masalah haid tidak teratur. Ia mengandungi Vitamin E dan Gla ( Gamma linolenic asid) yang menjadikan hormon stabil , memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan dan sebagainya.
Alfalfa membantu wanita mengatasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut. Selain itu, ia dapat membantu mengatasi masalah sakit pinggang yang keterlaluan ketika haid serta membantu dalam hubungan suami isteri.
Set kesuburan lelaki
Set kesuburan lelaki terdiri daripada Vitamin E dan Zinc Complex.
Vitamin E membantu meningkatkan kemampuan reproduktif lelaki. Para lelaki yang mengambil 600IU-800IU Vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.
Selain itu, Vitamin E juga membantu meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan lebih oksigen.
Zinc Complex merupakan zat yang sangat penting dalam meningkatkan kesihatan lelaki melalui proses pembentukan hormon testosteron, membantu mengekalkan jumlah air mani, membantu mengekalkan paras yang sesuai hormon testosteron serta membekalkan tenaga kepada sperma agar lebih aktif menuju ke ovum.
Zinc amat berperanan dalam pembentukan genetik iaitu DNA dan membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan zinc bagi lelaki akan mengakibatkan plbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal dan penyakit prostat.
Zinc juga digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zinc akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.
Zinc juga digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zinc akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.
Jadual suplemen kesuburan |
Testimoni
Dibawah adalah diantara testimoni yang menggunakan set ini.
Testimoni #1
Testimoni pengguna set kesuburan shaklee |
Testimoni #2
Testimoni pengguna set kesuburan shaklee |
Testimoni #3
Testimoni pengguna set kesuburan shaklee |
Testimoni #4
Testimoni pengguna set kesuburan shaklee |
Testimoni #5
Testimoni pengguna set kesuburan shaklee |
Kesimpulan
Cahaya mata merupakan anugerah atau nikmat Allah SWT kepada kita yang memang terlalu tinggi nilainya. Ia adalah rezeki yang memang ramai mengkehendakinya.
Namun, ada juga dalam kalangan kita yang diuji dengan kesukaran untuk mendapatkan cahaya mata.
Bagi yang diuji, jangan putus asa daripada rahmat Allah SWT. Yakinlah bahawa setiap ketentuan Allah SWT itu ada hikmahnya dan tidak sia-sia.
Sebagai hamba kita perlu terus berusaha dan berdoa. InsyaAllah pasti berjumpa dengan jalannya.
Anda berminat dengan produk shaklee dan ingin menjana pendapatan dengan shaklee, sila hubungi Huda: 011-18685991
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com
Cash On Delivery (COD) : Seberang Perai, Seberang jaya, bukit mertajam, kulim dan kawasan sekitar yang berdekatan.
Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan.
Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Perkongsian yg bagus..terutama berkaitan amalan kerohanian selepas Subuh tu...rasanya ramai lagi yg belum tahu
ReplyDeleteterima kasih..mudah-mudahan bermanfaat untuk semua
DeleteKita merancang Allah yg menentukan segala2nya ..
ReplyDeleterezeki itu datangnya dari Allah SWT ..
InsyaAllah pada yg belum mendapat cahayamata pasti akan mendapat cahayamata satu masa nanti ..
Betul tu..yang penting terus berdoa dan berusaha
Deleteperkongsian bermanfaat dan menambah ilmu di dada..
ReplyDeletesemoga bermanfaat untuk semua pasangan rumah tangga
Deleteinfo yg bermanfaat ... kena cuba semua cara la kan, rohani jasmani... pastu jangan harap isteri je berusaha, suami kena berusaha juga... bersama-sama kita menambah ummah berkualiti :)
ReplyDeletebetul tu puteri wanita...suami isteri perlu saling bekerjasama
Deleteya..perkara macam ni memang kena take care baik-baik..hehe
ReplyDeletebetul tu hafizul
Deleteperkongsian yg baik.. zink mmg antara keperluan yg penting oleh badan antaranya dalam kesuburan lelaki.. dalam mayoclinic pun, ada disebutkan guideline dose suplement zink untuk kes kesuburan lelaki..
ReplyDeleteKalau ahli farmasi sudah konfirmkan memang kita kena ikut. terima kasih Pha is
Delete