HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Friday, September 5, 2014

Panduan Memilih Multi Level Marketing (MLM) Menurut Shariah

Add caption
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Di hari yang penuh berkat dan indah ini, mari sama-sama kita berselawat ke atas junjungan besar Rasulullah SAW dan banyakkan beristighfar memohon kemapunan dari Allah SWT.
Bermuamalat secara Syariah


Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda Panduan Memilih Multi Level Marketing (MLM) Menurut Shariah. Panduan ini sebenarnya dibahaskan oleh seorang yang cukup mahir dalam bab Muamalat.


Saya yakin ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang mengenali beliau itu Ustaz Dr Zaharuddin. Berdasarkan hujah-hujah dan panduan yang beliau berikan inilah yang menyebabkan kenapa kami memilih Shaklee.
Bermuamalat secara Syariah



Bermuamalat secara Syariah

Panduan Memilih Multi Level Marketing (MLM) Menurut Shariah



1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal). 

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah. 

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja. 

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game). 

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna. 

6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?. 

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat. 

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan. 

9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

Kesimpulan


Saya mengharapkan agar Panduan Memilih Multi Level Marketing (MLM) Menurut Shariah ini dapat membantu anda di luar sana untuk membuat pemilihan terbaik sebelum menceburkan diri dalam sebarang perniagaan.

Panduan ini tidak semestinya relevan untuk shaklee sahaja, mungkin ada program-proram atau perniagaan yang lain yang menepati kehendak syariah. Sebagai umat Islam yang mengaku beriman, itu yang perlu kita utamakan. Betul kan?



 Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 

Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Top Komentator Blog Syukurnya Sihat Jun 2014
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com
                                                                     Shaklee Malaysia 

Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

4 comments:

  1. terbaik .. sharing is caring..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih share info ni sebab banyak sangat tawaran join MLM ni..

    ReplyDelete
  3. Perkongsian tentang MLM ini dapat memberi serba sedikit penjelasan yang selama ini saya masih lagi tidak berapa faham. Terima kasih sudi berkongsi info tentang MLM.

    ReplyDelete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi