HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Monday, September 22, 2014

Masalah Pedih Hulu Hati Dan Ketidakhadaman

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Seperti biasa, sebelum ke tempat kerja saya minum segelas besar ESP yang dicampur dengan jus oren atau jus epal. Alhamdulillah, dengan izin Allah perut saya rasa lebih kenyang dan boleh tahan lama kalau terlewat makan. Kalau anda ingin tahu, sebenarnya banyak lagi khasiat ESP yang Allah anugerahkan kepadanya. Cuba baca entri ini.

Baiklah, hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang perkara asas bagi tubuh yang sihat.  Cara penghadaman dan pemakanan kita amat penting sekali. Jika sistem ini bermasalah, ia boleh menyebabkan pedih hulu hati.

Pernahkah anda mendengar tentang masalah pedih hulu hati atau hearburn? Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah perkataan yang paling mudah untuk saya gambarkan kepada anda yang belum pernah mengalami pedih hulu hati.

Masalah Pedih Hulu Hati Dan Ketidakhadaman


Masalah Pedih Hulu Hati & Ketidakhadaman
Pedih hulu hati


Pedih hulu hati merupakan rasa sakit di bahagian atas perut atau dada dan kadangkala sehingga ke bahagian kerongkong. Ia sejenis ketidakhadaman yang biasa. Walaupun kesakitan di alami adalah di bahagian dada, pedih ulu hati tiada kaitan dengan penyakit jantung.

Sebaliknya, kesakitan tersebut adalah disebabkan oleh asid perut. Didapati sekurang-kurangnya 30% orang dewasa pernah mengalami pedih ulu hati dengan sekurang-kurangnya 10% mengalaminya hampir setiap hari. Manakala sekurang-kurangnya 25% wanita mengandung mengalami pedih ulu hati atau tanda dan simptom lain yang berkaitan pedih ulu hati.

Ketidakhadaman pula merupakan rasa tidak selesa di bahagian atas saluran gastrointestinal disebabkan oleh pemakanan. Tanda-tanda dan simptom ketidakhadaman termasuklah:

  • Rasa tidak selesa, sakit ataupun kejang di bahagian perut.
  • Sendawa.
  • Rasa loya dan tiada selera makan.
  • Rasa kembung atau penuh di bahagian perut.

Perubahan gaya hidup dan ubat-ubatan boleh membantu melegakan simptom-simptom berkaitan ketidakhadaman dan pedih ulu hati ini.

Masalah Pedih Hulu Hati & Ketidakhadaman
Punca berlakunya pedih hulu hati

Perkara yang perlu anda elakkan


  • Mengambil makanan yang boleh mencetuskan gejala pedih ulu hati seperti makanan berlemak, pedas, berempah atau berasid termasuk tomato, buah-buahan sitrus, pudina, coklat, bawang, kopi dan minuman berkarbonat.
  • Merokok. Sesetengah kajian mendapati nikotin akan membuatkan otot pencerut esofagus berehat lama dan menjejaskan kebolehan air liur untuk membersihkan asid gastrik dalam esofagus.
  • Minum minuman beralkohol. 
  • Memakai pakaian yang terlalu ketat terutama di bahagian pinggang.

Perkara yang disarankan

  • Kekalkan berat badan ideal. Lemak yang terkumpul pada perut akan meningkatkan tekanan dalam abdomen dan ia boleh menolak asid gastrik memasuki esofagus.
  • Makan dalam kuantiti kecil. Makan terlalu banyak akan membuatkan perut anda boleh memberi lebih tekanan pada otot bawah esofagus.
  • Tinggikan bahagian kepala katil. Meninggikan kedudukan kepala. Ini adalah antara cara memastikan asid gastrik sentiasa berada dalam perut. 
  • Duduk selepas makan. Tunggu sekurang-kurangnya tiga jam sebelum anda baring. Tarikan graviti akan membantu mencegah aliran songsang asid gastrik. Berbaring selepas makan hanya akan memudahkan kemasukan asid gastrik ke dalam esofagus.

Set Kesihatan Penghadaman


Set ini terdiri daripada Alfalfa, ESP, Herba-Lax dan Peppermint-Ginger. Set ini membantu meningkatkan kesihatan sistem penghadaman, melegakan sembelit dan menyah toksin dari badan.

Set Kesihatan Penghadaman Shaklee
Set Kesihatan Penghadaman Shaklee

Alfalfa 

Fungsi dan manfaat produk  ini adalah:

  • Berfungsi untuk mencuci hati, darah dan usus – makanan yang sangat beralkali boleh normalkan kembali badan yang berasid, membersihkan hati, kolon, darah, menyingkirkan toksin dari badan, mencantikkan kulit dan otot.
  • Penggunaan jangka panjang produk ini dapat menyingkirkan lemak dan kolestrol, mengurangkan kolestrol. 
  • Ia juga    mengandungi saponin – span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.
  • Alfalfa dapat melegakan keletihan badan kita.
  • Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, ulser gastric, sembelit, hepatitis dan hyperacidity.
  • Sangat berkesan untuk pencernaan dan buang angin, seterusnya menjadikan badan terasa lebih ringan. 

ESP

Fungsi dan manfaat produk  ini adalah:

  • Awet muda - Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ dan lain-lain lagi. Pengambilan yang kerap membantu untuk awet muda.
  • Baik untuk hormon - kacang soya satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Selain itu, ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
  • Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti penuaan, mempercepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  • Sebagai sumber pembekal tenaga dan meningkatkan sistem imun.
  • Membaiki masalah pigmentasi.
  • Membantu dalam membaiki memori.

Herba-Lax


Fungsi dan manfaat produk  ini adalah:

  • Membersihkan najis yang tersekat.
  • Merangsang usus untuk  mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
  • Membantu masalah sembelit.
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus dan ini secara langsung dapat membantu dalam masalah sembelit.
  • Mengempiskan perut.

Peppermint-Ginger

Fungsi dan manfaat produk  ini adalah:

  • Melegakan otot perut. Membantu dalam penghadaman. Membantu melegakan kesakitan akibat gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit.
  • Melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid,loya dan mual ketika mengandung.
  • Membantu melegakan sakit perut dan gejala flu.
  • Membantu mengatasi masalah alergi di saluran usus.
  • Merangsang jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit biasa dan memberi tenaga pada badan.

Kesimpulan

Menghadapi masalah pedih hulu hati dan ketidakhadaman memang menyukarkan. Ini kerana ia akan memberi kesan kepada aktiviti seharian kita. Berusahalah, mungkin badan anda serasi dengan set ini. Selamat mencuba...




Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Set Menyusu Shaklee Pilihan Ibu Masa Kini, penyusuan susu ibu, set menyusu shaklee, produk shaklee
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com



Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

4 comments:

  1. baca tajuk.. teringat iklan gavizcon. shaklee pun ada produk khas pedih ulu hati yer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah..macam iklan tu. Shaklee pun ada Puteri Wanita

      Delete
  2. huhu..lepas ni tak leh oakaibaju yang ramping sangat dah...haha..terima kasih kongsikan..sekali sekala ada juga terasa pedih hulu hati ni..hehe

    ReplyDelete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi