HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Thursday, September 25, 2014

Cara Mudah Buat Puding Buah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Masa cuaca panas, sedap juga kalau kita makan puding buah ni. Resepi ini saya ambil dari blog Sweet Vanilla, resepi yang mudah untuk kita ikut. Kalau di pantai timur, ada yang panggil puding diraja. Yang bezanya hanyalah puding ini ditambah dengan kuih jala emas.

Jom kita cuba resepi puding kegemaran kami sekeluarga. Jangan lepaskan peluang tawaran berganda September tau!

Cara Mudah Buat Puding Buah


Bahan-bahan membuat Puding Kastard:


140gm tepung kastard @ 1 cwn



1/2 sudu kecil garam halus



1200ml air



2 sudu besar gula/susu pekat manis



Cara-cara  membuatnya:


1. Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk. Kacau hingga semuanya sebati dan larut. Kemudian masak di atas api sederhana.




2. Kacau sehingga ia pekat dan berkilat . Tutup api dan tuangkan ke dalam acuan ketika ia masih panas.



3. Sejukkan dan masukkan di dalam peti sejuk.


Bahan2 membuat Sos Kastard


400ml susu sejat



200ml air

200ml sirap buah (air buah dalam tin)

200gm gula


1 biji kuning telur

1 sudu teh esen vanilla


2 sudu besar tepung kastard

1 tin buah-buahan campuran asingkan sirapnya.

Cara-cara membuat sos kastard:


1. Satukan semua bahan-bahan di atas (kecuali buah-buahan campuran). Kacau hingga gula larut dan sebati.



2. Masakkan di atas api sederhana.kacau hingga ia menjadi pekat.



3. Bila dah likat macam ni, tutup api dan sejukkan pada suhu bilik kemudian masukkan ke dalam peti sejuk

4. Potong puding kastard, tambah buah-buah campuran dan masukkan sos kastard.

5. Sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba :)




Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Kenapa Tidak Boleh Makan Shaklee Ketika Berpuasa?
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com


Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

8 comments:

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi