HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Tuesday, September 23, 2014

Rahsia Kolagen Yang Perlu Anda Tahu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Kolagen memang sangat digemari oleh kaum wanita. Ada yang sanggup berhabisan duit untuk mendapatkan rawatan kolagen ini. Jom kita tengok apakah kolagen dan kepentingannya.

Rahsia Kolagen Yang Perlu Anda Tahu



Rahsia Kolagen Yang Perlu Anda Tahu
 Shaklee Collagen Powder bertindak dengan 3 cara 

Apakah kolagen?


Kolagen  merupakan protein dalam badan manusia dan haiwan.Ia merangkumi 30% daripada jumlah keseluruhan protein badan.Kolagen memberi struktur tisu kulit menjadikan kulit sihat, gebu, cantik , kelembapan seimbang dan anjal.Selain itu kolagen penting dalam struktur tendon, rawan dan tulang.
Dengan kata lain, kolagen adalah asas blok binaan tubuh badan kita.


Rahsia Kolagen Yang Perlu Anda Tahu
Kandungan Shaklee Collagen Powder

Adakah badan kita menghasilkan kolagen?


Rahsia Kolagen Yang Perlu Anda Tahu
Sumber Shaklee Collagen Powder

Badan kita menghasilkan kolagen secara semulajadi.Apabila usia kita mencecah 26 tahun ke atas,penghasilan kolagen mula berkurangan sehingga 5% setiap tahun. Kolagen dalam badan mudah dimusnahkan oleh banyak faktor seperti tindakan radikal bebas, keracunan dalam sistem badan ekoran amalan pemakanan yang tidak baik, stress dan kesan pencemaran kosmetik, wangian, aksesori dan pencemaran persekitaran.

Dengan penghasilan kolagen yang berkurangan ditambah lagi dengan kemusnahannya, kita semestinya memerlukan kolagen tambahan untuk menampung keperluan kolagen harian badan .
Apabila usia kita mencecah 40 tahun, hampir separuh kolagen hilang dari tubuh kita. Akibatnya kulit kelihatan mula berkedut, hilang kelembapan,nampak kusam, jeragat mula kelihatan, hilang
keanjalan dan sebagainya.

Selain daripada kulit, kekurangan kolagen juga ditunjukkan dengan keadaan kehilangan keanjalan pada payudara, bahagian punggung dan bahagian abdomen atau perut kelihatan mengendur ke bawah.

Kesan kekurangan kolagen


Dari perspektif pakar terapi kecantikan, penyusutan ini akan menimbulkan kesan yang ketara ke atas kulit, iaitu kulit mula hilang keanjalan semulajadinya dan tanda-tanda awal kedutan mula jelas apabila mencapai pertengahan umur 20-an.

Tambahan pula, pengurangan kolagen boleh mengganggu bahagian badan lain, terutamanya dalam penjanaan semula tisu-tisu lembut.Apabila kolagen dalam tisu lembut semakin berkurangan, ini mengakibatkan kesukaran pengangkutan toksin dari sel ke sistem limfa.

Ia juga menghalang pergerakan nutrisi dan hidrasi yang mempunyai kesan ke atas kesihatan keseluruhan, langsung mempengaruhi keadaan kulit dan sel lain. Pada masa yang sama, keadaan tulang, kuku dan rambut akan turut menunjukkan tanda-tanda awal penuaan.

Khasiat kolagen


Pengambilan kolagen bukan sahaja dapat membantu mengekalkan kecantikan dan mengawet muda, tetapi juga kajian turut membuktikan kekayaan faedahnya terhadap kesihatan kita.

Kini, kolagen bukan sahaja digunakan dalam pelembab kulit dan serum kecantikan, malah merupakan ramuan penting dalam pelbagai barangan seperti syampu dan pemakanan pengurusan berat badan.


  • Kesihatan kulit


Oleh sebab kolagen membentuk 75 peratus daripada kulit badan, kehadiran kolagen amat penting untuk membina dan mengekalkan kulit yang sihat.

Susutan kolagen yang melembabkan pembentukannya bukan sahaja menyebabkan perkembangan kedutan dan kulit yang kelihatan tua, tetapi juga membantut proses pertumbuhan sel dan pembaharuan kulit. Akibatnya, kulit kehilangan serinya dan menjadi tidak bermaya.

Oleh sebab fungsinya yang dapat menyokong kulit kita, kolagen mengukuh dan meningkatkan keanjalan kulit.

Dengan penjanaan semula kolagen dalam badan, ia menyumbang kolagen yang diperlukan kulit juga membantu pengisian sel kulit dan menggalakkan pemulihan cepat apabila berlakunya kecederaan, terutamanya luka yang bakal menyebabkan parut.

Oleh sebab itu, kolagen amat mujarab untuk menghalang parut yang berpunca daripada jerawat.

Rahsia Kolagen Yang Perlu Anda Tahu
Terbukti Collagen Shaklee memperbaiki tekstur kulit

  • Kuku dan rambut


Hasil kajian Klinik Perubatan Universiti Wurzburg di Jerman pada tahun 1995 menunjukkan, penggunaan jangka panjang kolagen meningkatkan kestabilan dan ketahanan struktur protein.

Ini memperbaiki kualiti kuku rapuh dan menghalang keguguran rambut. Ini menjelaskan kenapa kolagen didapati dalam syampu komersial, selain daripada kenyataan bahawa kolagen turut merupakan antara ramuan penting yang menentukan kepekatannya.


  • Pengurusan berat badan


Ketika tidur, asid amino yang dihasilkan oleh kolagen digunakan oleh badan untuk membina tisu otot.Apabila badan mendapat khasiat daripada protein kolagen ini, ia menguatkan lagi tisu otot nipis bagi membantu pembinaan bentuk badan dan otot yang lebih kukuh, jelas dan menarik.


  • Sendi dan tulang


Prof. R. Moskowitz, Pengarah Institut Artritis Universiti Cleveland dan Presiden Persatuan Penyelidikan Osteoartritis Antarabangsa menawarkan bukti selanjutnya berkenaan keberkesanan kolagen dalam rawatan osteoartritis.

Penyelidikan Moskowitz juga menunjukkan kolagen mampu mengurangkan kesakitan dan melancarkan pergerakan sendi bagi mereka yang sedang menghidapi osteoartritis.

Sesetengah kajian bebas dari Jerman dan Czechoslovakia turut mencadangkan pemakanan 7 hingga 10 gram kolagen sehari, selama 30 hingga 90 hari akan mengurangkan kesakitan dan ketegangan akibat artritis.

Shaklee Collagen powder


Shaklee Collagen powder diekstrak dari tujuh ramuan utama iaitu camellia japonica, kolagen ikan, ekstrak kekerang, lactobacillus acidophilus, pfaffia, vitamin B serta vitamin C. Hasil gabungan ini akan mempertingkatkan keberkesanan kolagen dan menyokong kecantikan anda dari dalam dan luar.


Rahsia Kolagen Yang Perlu Anda Tahu
Shaklee Collagen Powder

Manfaat produk ini:

  • Membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula.
  • Kuku akan menjadi lebih kuat, bintik putih akan hilang dan pangkal kuku akan mengekalkan warna yang sihat.
  • Kulit akan kurang kering dan elastisiti akan bertambah baik. Kulit juga akan sembuh dengan cepat dan ini akan membantu mengurangkan parut.
  • Membantu menghilangkan tanda penuaan.
  • Kolagen juga membantu mengurangkan kesakitan akibat geseran sendi.
  • Kornea memerlukan kolagen dan ianya membantu mengekalkan otot mata supaya anjal.
  • Sel glya membekalkan nutrisi kepada otak dan ini disokong oleh kolagen.

Kesimpulan


Kolagen sangat penting buat tubuh kita. Ianya bukan hanya penting buat golongan wanita malahan juga buat kaum lelaki.




Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Set Menyusu Shaklee Pilihan Ibu Masa Kini, penyusuan susu ibu, set menyusu shaklee, produk shaklee
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com




Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

7 comments:

  1. kolagen memang bagus... tak dinafikan...

    ReplyDelete
  2. nice info... la ni dah umur 31 tak pernah ambil apa-apa kolagen, nanti-nanti teringin nak cuba :)

    ReplyDelete
  3. semua orang mahu kelihatan muda dan sihat ini produk dapat membantu

    ReplyDelete
  4. Ohhh maknanya sekarang..kolagendalam badan sya, degan usia sayani dah semakin berkurangan la..perlukan kepada suplemen tambahan..terima kasih kongsikan..

    ReplyDelete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi