HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Wednesday, April 30, 2014

Doa Bulan Rejab

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpahnya dapat kita meneruskan kehidupan di dunia ini lagi.

Pejam celik pejam celik, bulan Allah SWT sudah datang kembali. Ulama mengatakan bulan Rejab adalah bulan Allah SWT.

Bulan Syaaban adalah bulan Rasulullah SAW dan bulan Ramadhan adalah bulan umat Muhammad SAW.

Doa Bulan Rejab


Doa Bulan Rejab


Pada tahun ini, 1 haribulan Rejab 1435 jatuh pada 1 Mei 2014. Ini bermakna tidak lama lagi kita akan bertemu dengan bulan Ramadhan.

Saya masih ingat almarhumah nenek yang kami panggil Tok Lang yang cuku rajin beribadat.

Semasa hidupnya, beliau pernah puasa 3 bulan berturut-turut sejak bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan.

Allahuakbar...hebatnya orang dahulu, biarpun kemudahan tidak ada, guna air telaga, pasang pelita api dan bejalan kaki berbatu-batu untuk ke masjid tetapi amal ibadat mereka tetap dijaga.

Rasa malu dengan beliau. Zaman ini kemudahan hidup ada di mana-mana tetapi amal ibadah ala kadar sahaja. 

Astaghfirullahal'azim...Hari ini saya ingin mengajak diri dan anda semua supaya muhasabah diri. 

Bulan Rejab ini banyak kelebihannya. Kalau kita tidak ambil peluang tahun ini, entah sampai atau tidak tahun hadapan. Hanya Allah yang mengetahui.

Jom kita beramal. Dalam bulan Rejab ini kita digalakkan berdoa, berpuasa sunat, banyakkan membaca al-quran, qiamullail, menuntut ilmu agama, bersedekah dan sebagainya.

Salah satu doa yang boleh kita amalkan bermula bulan Rejab ini adalah seperti berikut.

Kesimpulan


Berdoa seikhlas hati mendidik hati kita bergantung harap kepada Ilahi. Kalau kita tidak mampu melakukan amal-amal ibadah yang lain, amalan yang sedikit ini jangan ditinggalkan pula.

Jika berminat dengan produk shaklee, sila hubungi Huda: 011-18685991.  

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

Seandainya anda rasa entri ini bermanfaat , sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

11 comments:

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi