HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Sunday, December 21, 2014

Hukum Menyusu Anak Lebih 2 Tahun

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 

Sekarang ini, usia anak kami yang kedua sudah melebihi 2 tahun 2 bulan. Kami berdua terutamanya, isteri saya sedang berusaha memahamkan anak kami supaya berhenti menyusu secara perlahan-lahan.

Buat masa ini, anak saya masih menyusu badan walaupun isteri saya sudah tidak membuat simpanan untuknya.Dia menyusu tidak sekerap dahulu, tetapi dia masih belum mahu berhenti.
Hukum Menyusu Anak Lebih 2 Tahun
Farah Diba dengan baby

Hukum Menyusu Anak Lebih 2 Tahun


Dalam pada itu, timbul persoalan dalam diri adakah agama Islam membenarkan seorang anak menyusu badan lebih daripada 2 tahun?

Jawapan Pertama


Alhamdulillah, ketika hati saya tercari-cari jawapan untuk soalan di atas, Allah berikan jawapan melalui seorang ustaz dalam satu kuliah agama.

  • Menurut ustaz tersebut, ada ulama yang berpendapat bahawa ibu boleh menyusu anaknya sehingga umur anaknya 2 tahun ke 2 setengah tahun.

Jawapan Kedua 


Syukur sekali lagi kerana saya terjumpa dalam berita harian online dalam ruangan agama tentang hal ini.

  • Menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah harus terutamanya untuk maslahat si anak. Tiada nas atau hukum fikah mengharamkannya.
  • Namun, ada sesetengah ulama berpendapat situasi ini boleh melemahkan bayi kerana setiap yang disyorkan oleh Allah seperti tempoh menyusu dua tahun itu pasti ada hikmahnya kerana Allah Maha Tahu sebagai Pencipta manusia.

 

Kesimpulan


Ramai sudah yang sedia maklmum bahawa penyusuan badan adalah hak anak dalam Islam. Sudah pasti ia adalah yang terbaik.

Malahan kajian saintifik juga membenarkan kenyataan bahawa susu ibu adalah susu yang terbaik di dunia.

Namun begitu, kebanyakan ulama berpendapat bahawa penyusuan badan patut dihentikan selepas dua setengah tahun kerana susu itu tidak lagi berfungsi sebagai pembekal nutrien untuk membesar kepada bayi.

Selain itu, ia bertujuan untuk memberi peluang kepada ibu mengandung lagi kerana penyusuan badan biasanya membantut proses mengandung secara alami.

19 comments:

  1. erm.. baru tahu kalau lebih dari 2 tahun setengah, susu ibu dah tak ada nutrien

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu puteri wanita,sebab baby dah boleh dapat nutrein dari makanan pejal.

      Delete
    2. salah tu, nutriet tetap ada , tapi anak kita perlu nutrient lebih dari susu untuk membesar dengan baik selepas umur tersebut

      Dr safiya

      Delete
    3. Terima kasih Dr. Safiya di atas pencerahan :)

      Delete
  2. Saya ada pendapat dari segi kesihatan... ibu yg menyusukan anak lebih mudah menjaga berat badan berbanding yg tidak... (terkeluar topik sikit yer)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Najib...pendapat tu memang betul. Tapi bila dah berhenti menyusu, berat badan memang cepat naik :)

      Delete
  3. bagus info ni. ada anak yg masih menyusu anak hingga 4 tahun, eloklah dipisahkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Sudah tidak banyak nutrein yang dia boleh dapat :)

      Delete
  4. maklumat baru ni
    ingatkan susu ibu selamanya berkhasiat untuk si anak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, ada hikmahnya Islam menganjurkan penyusuan selama 2 tahun...

      Delete
  5. biasanya yang saya tahu ibu menyusukan anak sehongga dua tahun je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga anak-anak yang menyusu lebih 2 tahun...

      Delete
  6. Terkadang anak sendiri yang nak menyusu dengan ibu kan.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...mungkin dah rutin dia selama 2 tahun ...hehe

      Delete
  7. Alhamdulillah..anak sulong saya memang cukup dua tahun menyusu badan..tektik meletakkan sirap di puting susu memang menjadi..bila si anak nak hisap, cakap ada darah..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah bertuah anak Hafizul dapat menyusu 2 tahun penuh...Anak saya ni tak berjaya lagi nak bercerai susu ni :)

      Delete
  8. kadang anak-anak ni saja nak bermanja tu..tu yang menyusu sampai dua tahun lebih.macam ada kawan seofis IbuNoey, anaknya dah dua tahun lebih tapi kalau malam masih lagi cari susu ibu.sekadar lepas gian gitu.hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, dah jadi tabiat dia selama 2 tahun...hehe

      Delete
  9. Kathy menyusu anak sampai 3 tahun lebih.. Hehehe..

    ReplyDelete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi