HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Tuesday, December 9, 2014

Apa Nak Buat Kalau Bayi Terkena Jaundis

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Zaman sekarang memang kerapkali kita mendengar bayi terkena kuning atau jaundis. Anak kami kedua-duanya mengalami jaundis.

Takutnya Juandis Kepada Bayi
Anak kita sedang memerhati

Malahan, kedua-duanya disahkan pro-long jaundis sehingga menyebabkan mereka ditahan di hospital untuk dirawat di bawah cahaya lampu.

Saya masih ingat lagi, pelbagai petua yang disarankan oleh keluarga, saudara dan rakan-rakan kepada saya berdasarkan pengalaman mereka.

Tetapi saya bimbang untuk mengamalkan semua petua-petua tersebut. Jadi saya pilih yang mana yang meyakinkan saya sahaja. 

Kira-kira tiga suku daripada semua bayi yang normal dan sihat akan mendapat kulit yang berwarna kuning dalam beberapa hari pertama selepas kelahiran. Jika bayi anda mendapati jaundis, anda tidak perlu risau, tetapi adalah baik bagi anda memberitahu ahli pediatrik anda, terutamanya jika abdomen atau kaki bayi anda kelihatan kuning.
Bayi yang menghidap jaundis


Sampai satu tahap, anak saya juga terpaksa menjalani ujian air kencing dan ujian darah. Risau juga, tetapi ini merupakan prosedur biasa bagi bayi yang mengalami jaundis yang berpanjangan kata doktor.

Menurut doktor yang merawat anak saya, kumpulan darah juga mempengaruhi jaundis yang dialami bayi. Bila diperiksa, kami sekeluarga mempunyai kumpulan darah yang sama iaitu O rupanya. Lega sedikit hati ini.

Namun, tahap kebimbangan kami semakin kuat kerana juandis yang mengena kepada anak saya masih tidak hilang walaupun tempoh berpantang saya semakin tamat. Akhirnya saya bertemu dengan seorang doktor berbangsa cina.

Beliau meluahkan perasaan tidak puas hati kerana ramai ibu-ibu yang tidak mahu menyusukan anak sendiri dengan susu badan terutama ketika anak mengalami jaundis. Kecualilah ibu yang tiada susu badan.

Tambahan beliau, apa yang Tuhan buat memang cukup sempurna dan ubat sebenar bagi jaundis bayi adalah menyusu badan.

Alhamdulillah, sejak dari hari itu saya bertambah semangat untuk menyusukan anak saya. Saya terus memberikan susu badan dan hampir setiap jam saya akan berikan anak saya susu.

Dengan izin Allah, akhirnya juandis anak saya hilang.

Kepada ibu-ibu atau sesiapa sahaja yang belum pernah tahu apa itu juandis, di bawah ini saya kongsikan dengan anda maklumat tentang Juandis yang sering menyerang bayi kita.

Apa Nak Buat Kalau Bayi Terkana Juandis


Kira-kira tiga suku daripada semua bayi yang normal dan sihat akan mendapat kulit yang berwarna kuning dalam beberapa hari pertama selepas kelahiran.

Jika bayi anda mendapati jaundis, anda tidak perlu risau, tetapi adalah baik bagi anda memberitahu ahli pediatrik anda, terutamanya jika abdomen atau kaki bayi anda kelihatan kuning.

 Bayi yang menghidap jaundis memang akan menjadi tidak aktif dan selalu tidur. Jadi ibu-ibu perlu selalu mengejutkan si comel untuk disusukan. Jika bayi anda diberikan susu badan, dia tidak perlu diberikan sebarang cecair lain seperti susu formula atau air sebab penyusuan ibu yang kerap akan memulihkan jaundis.
Merawat Jaundis Dengan Menyusu

Jika bayi anda berkulit gelap, mata putihnya atau tapak tangan atau kakinya akan berwarna kuning. Jika bayi anda lahirkan cukup bulan, selalunya warna kulit dan matanya hanya akan kembali normal seminggu selepas kelahiran. Ini akan mengambil masa yang lebih lama jika bayi anda dilahirkan tidak cukup bulan.

Punca jaundis?


Jaundis terjadi pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin yang berlebihan. Bilirubin ialah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa penguraian normal sel darah merah.

Bayi yang baru lahir cenderung mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi sebab mereka mempunyai sel darah merah tambahan yang mengangkut oksigen dan didapati kadang kala ginjal mereka yang masih baru tidak boleh memetabolismekan bilirubin yang berlebihan itu.

Apabila tahap bilirubin meningkat lebih daripada normal, kekuningan jaundis akan bergerak dari kepala ke bawah, ke tengkuk, dada dan dalam kes teruk, ia akan sampai ke jari-jari kaki.

Jaundis seperti ini yang dikenali sebagai jaundis fisiologi, selalunya tidak menyebabkan kerosakan pada bayi yang sihat.

Adakah ini situasi biasa?


50 peratus bayi yang dilahirkan cukup bulan akan menghidapi jaundis pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran.

Ia baleh hilang selepas seminggu. 80 peratus bayi tidak cukup bulan akan menghidapi jaundis di antara lima hingga tujuh hari selepas kelahiran. Biasanya ia akan hilang dua bulan selepas kelahiran.

Bagaimana merawat jaundis?


Jika anda menyusukan bayi anda, anda perlu menyusunya dengan kerap. Anda mungkin perlu mengejutkan bayi anda dari tidur untuk menyusukannya. Masa ini anda akan perlukan banyak rehat, air mencukupi, makanan dan sokongan yang banyak. 

Bayi yang menghidap jaundis memang akan menjadi tidak aktif dan selalu tidur. Jadi ibu-ibu perlu selalu mengejutkan si comel untuk disusukan.

Jika bayi anda diberikan susu badan, dia tidak perlu diberikan sebarang cecair lain seperti susu formula atau air sebab penyusuan ibu yang kerap akan memulihkan jaundis. 

Jika bayi anda menghidapi jaundis yang teruk atau kelihatan tidak sihat, doktor anda mungkin akan menjalankan ujian darah pada bayi anda untuk mengukur tahap bilirubinnya.

Doktor juga akan perlu melihat punca jaundis jika ia bermula selepas tujuh hari atau berlarutan sehingga lebih daripada 14 hari. 

Ujian darah untuk bayi jaundis

Sesetengah bayi mungkin akan memerlukan rawatan tambahan, iaitu selalunya fototerapi. Bayi anda perlu berada di hospital dan lampu cahaya biru akan diletakkan di katilnya.

Cahaya ini akan membantu memecah bilirubin berlebihan supaya ginjal dapat membuangnya. Kesan sampingan fototerapi termasuklah ruam dan cirit-birit tetapi ini penting untuk penguraian bilirubin. Selalunya ini dilakukan di pusat jagaan bayi di hospital. 

Ingatlah, jaudis adalah penyakit biasa dan selalunya ia bersifat sementara, dan akan pulih dengan cepat tanpa sebarang campur tangan dan tidak mempunyai kesan jangka panjang. Anda boleh bertanya kepada ahli pediatrik anda untuk bantuan sekiranya ada sebarang keraguan.

Rawatan fototerapi untuk bayi jaundis

Adakah jaundis berbahaya?


Ya, ia boleh menjadi bahaya. Jangan ambil ringan mengenai jaundis. Kajian telah menunjukkan bahawa jika lebihan bilirubin melepasi satu tahap, pendengaran bayi anda akan terjejas.

Pada tahap yang paling tinggi, otak juga akan terjejas dan kondisi ini dikenali sebagai kernicterus.

Maklumat lanjut boleh dilihat di Baby Center.



Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Huda untuk:

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Faedah Dua Hala Dengan Penyusuan Susu Ibu ,set menyusu shaklee, penyusuan susu ibu, produk shaklee
Independent Distributor
HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

Anda dibenarkan untuk berkongsi artikel ini dengan orang lain. Mudah-mudahan bermanfaat.

Website Shaklee Malaysia 

12 comments:

  1. perkongsian yang menarik dan bermanfaat ni kak, Ash dulu Alhamdulillah, jaundice tak teruk... sangat sangat sikit dan di bawah paras minimal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Farah. Alhamdulillah Ash tak jaundis. Kalau tidak ibunya mesti susah hati, asyik kena cek darah ja.

      Delete
  2. info yang penting untuk pada ibu bapa kat luar sana jika anak mereka terkena jaundis

    ReplyDelete
  3. Anak saya pun mengalami Jaundis berpanjangan, memang BF saja.. syukur dah ok pas 3 mingu.. dan syukur lg sal xmsuk spital.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah kalau kerap BF jaundis anak akan cepat sembuh

      Delete
  4. maklumat yang berguna untuk bakal bapa.. termasuk yang sedang taip ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah Zool, maklumat ini sebagai persediaan awal untuk bakal bapa :)

      Delete
  5. Jemput join segmen bloglist :)
    http://iniblogke.blogspot.com/2014/12/iniblogke-600-bloglist.html#.VIe17TGUfGQ

    ReplyDelete
  6. nice sharing ...

    kalau ikut nasihat doktor, bagi susu ibu sekarp mungkin je :)

    ReplyDelete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi