HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Thursday, August 14, 2014

Cara Buat Sendiri Nasi Arab Mandy Ayam - Panduan Lengkap

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Negara kita Malaysia memang kaya dengan pelbagai jenis makanan. Makanan yang ada di sini bukan setakat menu pelbagai bangsa, malahan menu pelbagai negara turut ada.

Salah satu makanan yang cukup digemari masa kini adalah Nasi Arab. Cuba tengok Restoran Nasi Arab di kawasan bandar, memang banyak.

Anda ingin buat pau sendiri klik >>Pakej Lengkap Video Bun, Pau Dan Pizza Style Hotel

Nasi Arab ada beberapa jenis seperti Nasi Mandy Ayam, Nasi Mandy Kambing, Nasi Kabsah Ayam dan Nasi Maqluba Ayam.

Saya yakin, ramai juga rakyat Malaysia yang berpusu-pusu menikmati Nasi Arab di restoran-restoran yang ada. Saya dan suami juga pernah pergi ke Restoran Hadramaut dekat Bandar Perda Pulau Pinang untuk rasa Nasi Arab Mandy.

Kalau asyik makan di kedai atau restoran bosan juga kan? Apa kata kalau kita cuba buat sendiri Nasi Arab hari ini sebab sekarang sudah ada rempah dan beras nasi arab yang saya sebutkan tadi. Anda cuma perlu beli ayam atau daging untuk memasaknya.

Mari saya tunjukkan Cara Buat Sendiri Nasi Arab Mandy Ayam.


Cara Buat Sendiri Nasi Arab Mandy Ayam - Panduan Lengkap
Cara Buat Sendiri Nasi Arab Mandy Ayam - Panduan Lengkap

Cara Buat Sendiri Nasi Arab Mandy Ayam - Panduan Lengkap


Cara Buat Sendiri Nasi Arab Mandy Ayam - Panduan Lengkap
Pandangan hadapan kotak Nasi Arab

Cara Buat Sendiri Nasi Arab Mandy Ayam - Panduan Lengkap
Panduan lengkap di belakang kotak rempah Nasi Arab


Bahan-bahannya:


1 kotak Nasi Mandy Ayam Saudi ( Beras Basmati, Rempah tumis dan rempah serbuk)
1ekor ayam
1 tin kecil tomato puree
600 ml air
Bawang putih
Bawang besar
Cili hidup hijau
Garam 
Minyak
Kismis atau biji buah gajus sebagai tambahan

Cara membuatnya seperti gambar di bawah:


Basuh dan rendam beras 10 minit dan toskan.
Basuh ayam sebersihnya, perap dengan bawang putih, rempah serbuk,garam dan tomato puree seketika. Anda boleh bakarkan dalam oven ataupun goreng seperti biasa.
Tumiskan bawang besar, bawang putih yang dihiris dan rempah tumis sehingga wangi. 
Masukkan rempah serbuk, tomato puree dan garam.
Setelah mendidih masukkan beras basmati.
Tutup api dan masukkan ke dalam periuk nasi elektrik dan masak seperti biasa.
Sebagai tambahan boleh masukkan cili hijau, kismis atau biji buah gajus.
Sedia untuk dimakan.

Sos Harrah


Blender tomato, cili api, bawang putih dan perahan lemon atau limau (tanpa masukkan air).
Masukkan garam sekiranya suka.

Cara Buat Sendiri Nasi Arab Mandy Ayam - Panduan Lengkap
Beras Nasi Arab yang direndam


Cara Buat Sendiri Nasi Arab Mandy Ayam - Panduan Lengkap
Beras yang sudah dibasuh




Cara Buat Sendiri Nasi Arab Mandy Ayam - Panduan Lengkap
Ayam yang sudah diperap dengan rempah, bawang putih dan garam  

Cara Buat Sendiri Nasi Arab Mandy Ayam - Panduan Lengkap
Bancuhan rempah Nasi Arab

Cara Buat Sendiri Nasi Arab Mandy Ayam - Panduan Lengkap
Beras dan rempah dimasukkan ke dalam periuk

Cara Buat Sendiri Nasi Arab Mandy Ayam - Panduan Lengkap
Nasi Arab sudah masak

Cara Buat Sendiri Nasi Arab Mandy Ayam - Panduan Lengkap
Nasi Arab sudah boleh dimakan

Kesimpulan


Alhamdulillah kami sekeluarga telah mencuba dan menyukai semua jenis nasi arab ini. Dengan panduan memasak yang lengkap membantu anda memasak dengan lancar. Pada penggemar nasi arab, saya syorkan anda mencuba sendiri di rumah. Sangat mudah dan menyelerakan. Sesiapa yang berminat dengan rempah Nasi Arab ini boleh hubungi Faizal (suami saya) di talian 012-4603666 untuk mendapatkannya. Selamat mencuba :)


Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Kenapa Tidak Boleh Makan Shaklee Ketika Berpuasa?
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com


 Anda berminat dengan produk shaklee dan ingin menjana pendapatan dengan shaklee, sila hubungi Huda: 011-18685991 Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

8 comments:

  1. Uhhh terliur pulak nasi arab ni..hari raya hari tu makan nasi arab...perghhh memang sedap..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, sesekali makan nasi arab memang best.

      Delete
  2. fuhh..macam sedap aje nih. leh try buat nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan mencuba , insyaAllah tidak mengecewakan :)

      Delete
  3. nampak memang sedap tu ..lapar plak :)

    ReplyDelete
  4. nampak sangat sedap.. hihii.. boleh try buat ni..

    ReplyDelete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi