HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Monday, November 17, 2014

Suasana Kelas Belajar Buat Blog Dengan Firdaus Azizi Consultansy

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 


Saya memilih untuk menyertai Kelas buat blog ini kerana saya memang teringin sangat belajar ilmu berblog. Saya mula buat blog dengan hanya belajar sendiri dan bertanya dengan suami.

Apabila saya dapat makluman bahawa ada Kelas Belajar Buat Blog Dengan Firdaus Azizi Consultansy  yang berdekatan dengan tempat tinggal kami, memang saya tidak mahu melepaskan peluang.

Kali ini kami terpaksa tinggalkan anak-anak kesayangan kepada Tok Wan dan Tok mereka di kampung. Sekali lagi, ibu dan abah mintak maaf kerana terpaksa meninggalkan anak-anak sekalian.

Kelas Belajar Buat Blog Dengan Firdaus Azizi Consultansy  ini diadakan di Hotel Bustani, Jitra Kedah.

Awal-awal pagi lagi saya bangun buat persiapan untuk meninggalkan anak dan bergerak bersama suami tercinta ke Jitra dari Yan Kedah.

Sebelum bertolak, anak sulung saya bangun. Mula-mulanya, dia nampak ok, tetapi ketika kami mahu keluar rumah air matanya mengalir. Terpaksalah tokwannya pujuk. Dalam kesedihan, saya melangkah juga pergi. Ibu dan abah pergi untuk menuntut ilmu.

Suasana Kelas Belajar Buat Blog Dengan Firdaus Azizi Consultansy 


kelas blog di hotel bustani jitra kedah
Pandangan dari pintu masuk ke Hotel Bustani Jitra Kedah

Alhamdulillah syukur, kami dapat sampai awal ke Hotel Bustani Jitra Kedah. Perjalanan dari Gurun Kedah ke hotel ini lebih kurang 45 minit kalau ikut google map.

Papan tanda ke Hotel
Saya doa sungguh-sungguh supaya Allah mudahkan perjalanan kami dan selamat sampai ke destinasi.

Alhamdulillah, walaupun kami tidak pernah sampai ke hotel ini perjalanan dimudahkan Allah serta selamat.

parking hotel bustani yang selesa
Rupa bentuk hotel

Mungkin kerana awal pagi, parkir masih ada ruang untuk kami. Jadi, senanglah untuk kami memilih mana-mana ruang yang kami mahu. Memang selesa dan luas.


Tuan Firdaus baru hendak mula

Terima kasih kerana sebelum bermula kelas blog ini, sarapan pagi disediakan oleh pihak penganjur. Barulah tidak terganggu kelas nanti.

Di awal sesi kelas turut diadakan sesi taaruf iaitu berkenal-kenalan. Rupa-rupanya, mejoriti peserta kelas ini adalah independent distributor Shaklee seperti saya juga. Yang seronoknya dapat jumpa rakan lama masa sekolah menengah dahulu lagi.

Maklumat Tentang Kelas Blog


Tarikh: 11 Oktober 2014 (Hari Sabtu)
Masa: Jam 8.45 pagi hingga 6 petang
Lokasi: Hotel Bustani, Jitra




Perkongsian Ilmu Blog


Perkongsian Tuan Firdaus Azizi Consultansy dalam Kelas Belajar Buat Blog Dengan Firdaus Azizi Consultansy adalah:




  • Kenapa blog masih laku sehingga kini
  • Maksud Domain & Hosting
  • Blogspot Vs Wordpress
  • Apa itu SEO
  • Keyword Reseacrh
  • SEO setting Blogspot
  • Teknik Penulisan Mesra Google
  • Apa Itu Backlink
 Perkongsian Ilmu Blog   Perkongsian Tuan Firdaus Azizi Consultansy dalam Kelas Belajar Buat Blog Dengan Firdaus Azizi Consultansy adalah:  Kenapa blog masih laku sehingga kini Maksud Domain & Hosting Blogspot Vs Wordpress Apa itu SEO Keyword Reseacrh SEO setting Blogspot Teknik Penulisan Mesra Google Apa Itu Backlink
Sesi Kelas terus berjalan

Semua peserta memberi penumpuan yang tinggi sepanjang sesi kelas berlangsung. Masa yang berlalu tidak terasa. Kelas ini lebih lama berbanding  Suasana Seminr Pemasaran Facebook Extra 2.0 Bersama Amar Zahar & Team Jootawan iaitu mula lebih kurang 8.30 sampai 5.30 petang. 

Kesian dekat anak-anak kesayangan ditinggalkan dalam tempoh yang agak lama.


Suami saya sedang berbincang dengan Tuan Firdaus

Sebelum kelas tamat, ada sesi bergambar beramai-ramai. Kami tidak melepaskan peluang berposing dalam gambar di bawah ini.


Bergambar beramai-ramai dengan peserta yang hadir

Peserta yang hadir kelihatan begitu teruja sekali. Saya rasa kagum dengan seorang kakak yang duduk betul-betul di sebelah saya. Nak tahu kenapa?

Beliau sanggup datang membawa anaknya empat orang tanpa suami datang bersama kerana bekerja. Anaknya yang kecil masih menyusu dan tidak boleh berjalan lagi. Memang hebat kakak ini. Pulak tu datang dari Pulau Pinang. Lagi jauh dari saya.

sudu, garpu, tisu, makan, kursus blog
Jom menjamu selera

Makanan tengahari juga disediakan oleh penganjur. Sebab itu, saya kata memang bagus kursus ini. Yuran penyertaanya pun berpatutan. Kami perlu bayar RM359 untuk dua orang.


sayur, timun, tomato, gulai, kari,
Makanan tengahari di Hotel Bustani

Saya sudah penat belajar blog. Teringat dekat anak
Sudah sampai masa untuk pulang. Memang tidak sabar mahu pulang ke rumah tokwan dan tok kerana mahu jumpa anak-anak yang dirindui.

Alhamdulillah, secara keseluruhan saya memang berpuas hati dengan perkongsian dari Tuan Firdaus Azizi. Kalau sebelum ini saya main hentam ikut sedap hati menulis di blog, tetapi setelah mengikuti kelas ini, saya perlu membuat kajian terlebih dahulu sebelum menulis. 

Terima kasih banyak kepada beliau. Penyampaian beliau mudah difahami. Beliau tidak lokek dalam berkongsi apabila kami bertanya soalan.

Harga yang beliau kenakan pun saya rasa berpatutan dengan tempat dan jamuan makan yang disediakan.

Kepada anda yang memang tidak ada langsung asas tentang blog memang berbaloi mengikuti kelas oleh Tuan Firdaus Azizi.  Kalau anda berminat boleh hubungi beliau.

1 comment:

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi