HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Thursday, November 27, 2014

Panduan Mengelak Gigitan Bayi Ketika Menyusu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Pernahkah ibu-ibu merasai gigitan bayi pada puting susu ketika menyusu? Saya percaya, majoriti ibu menyusu memang terpaksa mengalami situasi ini.

Ini adalah salah satu cabaran yang terpaksa diterima oleh seorang ibu yang menyusukan anak. Sebab itu, Allah SWT muliakan ibu-ibu.

Saya sendiri sudah berapa kali sampai tidak ingat kalau mahu dibilang mengalami situasi ini. Memang sakit dan sampai menangis dibuatnya.

Bagi mengurangkan masalah ini anda boleh cuba panduan Mengelak Gigitan Bayi Ketika Menyusu  yang akan saya kongsikan dalam entri ini.  Artikel ini saya dapati dari majalah PaMa. Semoga memberi manfaat kepada ibu semua.

Panduan Mengelak Gigitan Bayi Ketika Menyusu

 Antara cabaran dalam menyusukan anak adalah bayi suka menggigit ketika menyusu. Situasi ini pernah saya hadapi dan memang kita sebagai ibu merasa agak tidak selesa. Disini saya kongsikan panduan mengelak gigitan bayi ketika menyusu.
Panduan mengelak gigitan bayi

  • Ketahui punca

Pertamanya kita sebagai ibu perlu mengenalpasti  punca sebenar yang menyebabkan bayi menggigit. Bayi kita mungkin kecewa  akibat tidak berjaya memperolehi susu seperti yang diingininya. Jika itu menjadi penyebab, ibu harus merangsang aliran susu sebelum menyusukan bayi. 

Antaranya, anda boleh tekapkan payu dara menggunakan tuala kecil yang telah direndam dengan air suam terlebih dahulu selama beberapa minit bagi melancarkan pengaliran susu Selain itu, boleh juga lakukan urutan khas payudara. 

  • Beralih payudara
Alternatif lain adalah dengan mengalihkan bayi daripada payudara yang sedang digigit kepada payudara sebelah lagi. Lakukan secara perlahan-lahan untuk mengelakkan kecederaan kepada puting. Sambil itu, anda boleh berkomunikasi dengan bayi anda. Antaranya ialah, " Adik jangan gigit ibu tau, sakit ibu". Ini adalah supaya bayi anda akan memahami ketidakselesaan ibunya.

  • Menekap muka bayi

Apabila setiap kali bayi mula mahu menggigit, rapatkan mukanya ke arah payudara. Ini secara tidak langsung akan membuatkan si  manja mengalami sesak nafas. Ini akan menyebabkan bayi melepaskan gigitan untuk bernafas semula. 

  • Selesakan posisi 

Kedudukan selesa semasa penyusuan adalah sangat penting bagi ibu dan anak. Ini kerana posisi yang tidak selesa akan mengganggu proses penyusuan yang sedang berlangsung. 

  • Leraikan dengan jari

Apabila anda merasakan bayi akan menggigit, segera masukkan jari kelingking di bahagian tepi mulut bagi meleraikan dia daripada payudara. Namun, jangan sesekali meleraikan sesi penyusuan secara tiba-tiba tanpa memasukkan jari anda dahulu. Hal ini, boleh menyebabkan puting anda cedera dan lebih menyakitkan. 


 Kedudukan selesa semasa penyusuan adalah sangat penting bagi ibu dan anak. Ini kerana posisi yang tidak selesa akan mengganggu proses penyusuan yang sedang berlangsung.
Posisi penyusuan yang betul



Anda juga boleh memberikan alat-alat lain untuk bayi menggigit. Contohnya adalah seperti teether . Alat seperti ini dapat memenuhi keinginan bayi menggigit, tambahan pula jika dia sedang mengalami gatal gusi.
Contoh teethet

  • Gigit sesuatu
Anda juga boleh memberikan alat-alat lain untuk bayi menggigit. Contohnya adalah seperti teether . Alat seperti ini dapat memenuhi keinginan bayi menggigit, tambahan pula jika dia sedang mengalami gatal gusi. 

Set ini membantu ibu-ibu sebagai milk booster, penambah tenaga dan mengandungi suplemen lengkap seharian
Set penyusuan Shaklee

  • Jangan menjerit

Cuba hindari daripada menjerit kepada bayi ketika dia menggigit. Malahan jangan sesekali memukul atau menampar pipinya. Keadaan ini akan membuatkan bayi terkejut dan takut untuk meneruskan penyusuan. Lebih teruk lagi, ia akan menjadi penyebab bayi enggan lagi menyusu pada sesi penyusuan seterusnya.

Kesimpulan


Sebagai seorang ibu, saya amat memahami kesakitan akibat digigit bayi. Kesakitan yang kita alami mudah-mudahan dapat menjadi kifarah dosa yang kita lakukan secara sedar atau tidak sedar. Dan juga kita mohon kepada Allah agar cabaran dalam menyusu ini dapat kita tanggung sehingga berjaya.

Diharapkan panduan di atas dapat membantu ibu-ibu menangani situasi ini. Banyakkan bersabar dan teruskan penyusuan anda. Selamat mencuba :) 

Maklumat tentang susu ibu boleh di dapati di sini juga: http://www.babycenter.com/

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Kenapa Tidak Boleh Makan Shaklee Ketika Berpuasa?
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com



Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

7 comments:

  1. Huhu..dah ada pengalaman tang anak pertama dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kesian kat ibunya, tapi anak kita pun bukannya faham lagi.

      Delete
  2. hmmm saya pernah nampak kakak saya tampar anak dia... tapi lepas tu dia menyusu jugak... tapi lepas2 dari tu dia main perah je susu dia bagi kat baby tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang bila dah kena gigit memang trauma nak menyusu.

      Delete
  3. nice sharing... paling teruk penah kena gigit sampai berdarah. aihh.. sayang anak kan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah... Nam buat macam mana. read sahajalah

      Delete
  4. salam perkenalan,,,,

    pengalaman saya masa menyusu anak sulung dulu dia pernah gigit sekali...tindakan reflex masa dia gigit tu memang saya terpukul peha dia smp dia terkejut dan terlepas dari menyusu,,,

    mungkin sebab kena pukul masa memang dia tengah gigit, lps tu terus tak gigit dah....:)

    http://ummuzuhayr.com

    ReplyDelete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi