HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Saturday, November 1, 2014

Perkongsian Ilmu Bersama Ustazah Zawiah Hassan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Pada  Selasa 14 Oktober lepas,  Pusat Islam tempat saya bekerja mengadakan majlis perkongsian ilmu. Alhamdulillah memandangkan saya ada kelapangan masa, sempatlah saya menyertai program ini.

Perkongsian Ilmu Bersama Ustazah Zawiah Hassan


ustazah zawiah hassan, ceramah, seminar, saat aku terima nikahnya



Salah satu slot ceramahnya disampaikan oleh Ustazah Zawiah Hassan. Slot ini bertajuk "Saat aku terima nikahnya". Saya memang suka cara penyampaian Ustazah Zawiah yang santai tetapi sarat dengan pengajaran. Cara penceritaan beliau sangat berkesan di hati. 

Ini kerana banyak kisah yang diceritakan adalah daripada pengalaman beliau dalam memberi kaunseling kepada pasangan yang bermasalah dalam rumahtangga.Ustazah telah beberapa kali dijemput mengadakan program di tempat saya bekerja.

Sebelum saya teruskan perkongsian ilmu beliau mari saya kita lihat sedikit latarbelakang Ustazah Zawiah Hassan. Beliau adalah penceramah dan pendakwah bebas. Jawatan terakhir beliau adalah Penolong Pengarah Kanan Jakim Bahagian Keluarga Islam .

Sebelum itu beliau ialah Ketua Penolong Pendaftar Nikah, Cerai & Rujuk (NCR) , Jabatan Agama Islam (JAWI), KL.  Sering dijemput menjadi panel Forum Perdana dan program “Semanis Kurma” (TV9).

Disini saya kongsikan beberapa intipati daripada ceramah beliau.

Dalam Islam amat menitikberatkan kufu, harta, keturunan, kecantikan, keagamaan dan berakhlak dalam memilih jodoh. Ciri yang beragama sangat penting kerana dapat mendidik anak-anak dengan didikan yang baik. Dapat menjamin kekalnya hubungan suami isteri.

Pasangan yang beragama akan membimbing keluarganya dengan harmoni. Ini secara tidak langsung akan melahirkan perasaan kasih sayang di antara satu sama lain. Seterusnya akan terlahirlah zuriat yang baik dan mulia.

Kita hendaklah terima perbezaan pasangan. Ustazah menyarankan kita dan pasangan menyesuaikan diri dengan perbezaan. Contohnya mungkin dari segi hobi, sukan atau sebagainya. Kita hendaklah belajar untuk memperbaiki keadaan demi mencari sebuah kebahagiaan.

Tanggungjawab bersama dalam berumahtangga ialah :

  • Saling cinta mencintai.
  • Saling menunjukkan sikap setia.
  • Saling hormat menghormati.
  • Saling menghargai pendapat dan pendirian masing-masing.
  • Cuba memahami watak dan tabiat masing-masing.
  • Mengamalkan sikap tolak ansur.
  • Memberi kepercayaan kepada pasangan.
  • Tidak cepat cemburu ataupun curiga.
  • Mengetahui hak dan tanggungjawab masing-masing.
  • Bantu membantu dalam apa jua urusan.
  • Mendidik anak-anak menurut tatasusila Islam.
  • Mengawal kehormatan keluarga.


Kesimpulan


Perkahwinan merupakan satu institusi yang menemukan dua insan yang berlainan corak kehidupannya. Justeru kita sebagai pasangan yang menginginkan kebahagian dalam berumahtangga seharusnya saling bertolak ansur dan mencari titik kebahagian.


Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Kenapa Tidak Boleh Makan Shaklee Ketika Berpuasa?
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com


Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

8 comments:

  1. perkongsian yang sangat bagus
    terima kasih

    ReplyDelete
  2. Huda, sy suke entri ni. Kita kawin dgn pasangan kita, tetima kelemahan dn kekuatannya, insyallah perhubungan sentiasa di bawah lindungan NYA.

    Http://www.lovesihat.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Betul Surya, kita yang bertanggungjawab ke atas kebahagiaan rumahtangga kita.

      Delete
  3. Assalamulaikum saya ingin bertanya apa kah dosa menyakiti dan menghina anak yatim piatu

    ReplyDelete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi