HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Thursday, November 13, 2014

Cara Mudah Buat Bubur Asyura

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.


Apabila masuk bulan Muharram, aktiviti yang kami sekeluarga lakukan adalah membaca doa awal tahun dan doa akhir tahun. Satu lagi perkara yang lekat dalam ingatan adalah bubur asyura.


Biasanya, bubur asyura ini dibuat oleh saudara mara yang tinggal berdekatan dengan rumah kami. Memandangkan lambat lagi nak balik kampung, saya bercadang untuk membuatnya sendiri.


Saya pun apalagi, mula mencari resepi di internet. Setelah lama mencari akhirnya saya memilih satu resepi dari blog ini. Sangat kagum melihatkan Kak Noor mengacau bubur yang banyak untuk bersedekah.


Saya cuba resepi ini sendiri bersama bantuan suami mengacaunya. Alhamdulillah syukur. Walaupun baru pertama kali ia menjadi. Boleh saya makan sekeluarga dan diberikan kepada rakan-rakan sekerja.
Di sini saya berkongsi resepi bubur asyura tersebut. Oleh kerana keluarga kami kecil, saya hanya membuat separuh daripada resepi asal.




Cara Mudah Buat Bubur Asyura


bubur asyura resepi bubur asyura bubur asyura utara bubur asyura johor bubur asyura terengganu bubur asyura recipe masak bubur asyura bahan bubur asyura kisah bubur asyura sejarah bubur asyura
Bubur Asyura

Bahan-bahan A:

1 kg tepung beras
200 gm tepung jagung
Pisang emas
1 liter pati santan 
1 tin susu cair
2 tin jagung manis atau jagung biasa
1 1/2 kg gula pasir - boleh dikurangkan jika tidak suka manis
½ kg gula merah
200 gm sagu putih
Kismis ikut citarasa
Beberapa helai daun pandan
Garam secukup rasa

bubur asyura resepi bubur asyura bubur asyura utara bubur asyura johor bubur asyura terengganu bubur asyura recipe masak bubur asyura bahan bubur asyura kisah bubur asyura sejarah bubur asyura
Tepung beras

Bahan-bahan B:


Kacang Hijau Yang Direbus Sehingga Empuk, bubur asyura resepi bubur asyura bubur asyura utara bubur asyura johor bubur asyura terengganu bubur asyura recipe masak bubur asyura bahan bubur asyura kisah bubur asyura sejarah bubur asyura
Kacang Hijau


1 kg kacang hijau
500 gm kacang kuda
500 gm kacang ketupat (kacang duduk)
500 gm kacang merah 
1 kg ubi keledek 

Jagung yang dihiris isinya, bubur asyura resepi bubur asyura bubur asyura utara bubur asyura johor bubur asyura terengganu bubur asyura recipe masak bubur asyura bahan bubur asyura kisah bubur asyura sejarah bubur asyura
Jagung

Penyediaan Awal:


1. Pisang emas dibuang kulit dan dipotong dadu (lebih ½ inci lebar).
2. Ubi keledek dibuang kulit dan dipotong dadu.
3. Semua bahan B direbus secara berasingan sehingga empuk. Kecuali keledek direbus ¾ empuk, jangan sampai hancur. Kemudian toskan. Air rebusan ubi keledek disimpan dan digunakan untuk membancuh tepung.
4. Gula merah dicampur dengan air dan dididihkan di atas dapur sehingga larut, kemudian tapiskan.
5. Gula putih dicampur dengan air dan dididihkan di atas dapur sehingga larut.
6. Sagu direndam sehingga kembang, kemudian toskan.

Sagu yang direndam sehingga kembang, bubur asyura resepi bubur asyura bubur asyura utara bubur asyura johor bubur asyura terengganu bubur asyura recipe masak bubur asyura bahan bubur asyura kisah bubur asyura sejarah bubur asyura
Sagu yang direndam sehingga kembang

Cara-cara Memasaknya:

Cara Mudah Buat Bubur Asyura,bubur asyura resepi bubur asyura bubur asyura utara bubur asyura johor bubur asyura terengganu bubur asyura recipe masak bubur asyura bahan bubur asyura kisah bubur asyura sejarah bubur asyura
Semua bahan yang disatukan dan dikacau


1. Satukan tepung beras, tepung jagung, pati santan, susu cair, air rebusan keledek, larutan gula merah dan gula putih, dan garam di dalam bekas. Gaul semua bahan sehingga sebati, kemudian ditapis. Selain kaedah tapis, boleh gunakan kaedah yang lain iaitu masukkan dalam blender dan kisar sehingga adunan halus. Kemudian masukkan di dalam periuk/kuali besar dan kacau di atas api sehingga 1/2 pekat.

2. Masukkan kacang kuda, kacang ketupat, kacang merah, ubi keledek, jagung, sagu, kismis, dan daun pandan. Kecilkan api dan kacau adunan sehingga ¾ pekat. Akhir sekali masukkan pisang. Kacau lagi sehingga adunan masak.

3. Untuk memastikan adunan ini masak dengan elok, ambil sedikit daripada adunan tadi dan letakkan di atas piring. Biarkan ia sejuk sebenar. Selepas sejuk, cuba golekkan adunan tadi di atas piring. Sekiranya ia tidak melekat, ini bermakna adunan tadi telah masak. Tetapi sekiranya ia masih melekat, ini bermakna adunan tadi belum betul-betul masak. Hendaklah dikacau lagi. 

4. Adunan ini mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk masak.

5. Setelah masak, tuangkan adunan tadi di dalam bekas. Biar sejuk sebentar di luar, kemudian masukkan di dalam peti ais untuk disejukkan.

Bubur ini rasanya sedap, tetapi memerlukan semangat yang tinggi kerana mengambil masa yang agak lama untuk mengacaunya. Selamat mencuba. Selamat mencuba.



Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Kenapa Tidak Boleh Makan Shaklee Ketika Berpuasa?
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com


Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

1 comment:

  1. Alhamdulillah, pernah makan kawan buat memang sedap. in sya Allah akan mencuba

    ReplyDelete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi