HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Tuesday, November 4, 2014

Siapa Suruh Jadi Ibu Susuan?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Dahulu, masa awal perkahwinan saya dengan suami, kami tinggal berjuahan. Suami bekerja di Perak dan saya di Pulau Pinang. Jumpa hanya pada hujung minggu sahaja.

Ya, secara fitrahnya, semua ibu bapa mahukan anak.  Saya sendiri berperasaan begitu setelah berkahwin. Bahkan sebelum berkahwin sudah bercita-cita untuk memiliki anak dari darah daging sendiri.

Namun, saya menunggu lebih setahun, tetapi belum dikurniakan cahaya mata. Saudara yang kahwin lewat daripada kami pun sudah dikurniakan cahaya mata, tapi kami berdua belum nampak petanda apa-apa.

Allah SWT Maha Kuasa. Dia Tahu apa yang terbaik untuk kita...

Alhamdulillah, masuk tahun kedua, kami dikurniakan cahaya mata yang diberi nama Muhammad Nasih 'Ulwan. Kami berdua pun sudah bekerja di dalam negeri yang sama ketika itu. Syukur sangat-sangat. Terima Kasih Tuhan...

Saya faham benar perasaan ibu yang belum dikurniakan anak. Di sekeliling saya memang ada pasangan suami isteri yang masih belum dikurniakan anak walaupun sudah berkahwin 10 tahun.

Harap bersabar, semua yang berlaku adalah ujian Allah SWT. Pasti ada hikmahnya.

Siapa Suruh Jadi Ibu Susuan?


Bagi yang belum dikurniakan anak, Islam tidak melarang untuk mengambil anak angkat. Tetapi perlu diingat, pasangan yang ingin mengambil anak angkat, mungkin menghadapi masalah dalam batas aurat di antara anak angkat dan keluarga angkat. 

Oleh itu, cara yang dianjurkan bagi pasangan yang mahu ambil anak angkat, jadikan anak angkat itu sebagai anak susuan.

Jadi, jawapan kepada soalan di atas adalah, Allah SWT.

Anak susuan akan menjadi mahram kita.  Justeru, ini akan memudahkan kita dari segi aurat dan perhubungan seharian. Di sini saya berkongsi serba sedikit panduan buat ibu susuan.

syarat ibu susuan, ibu susuan Rasulullah, hukum ibu susuan, susu ibu, penyusuan susu ibu
Susu lemak berkerim 

Panduan Menjadi Ibu Susuan


 Syarat Menjadi Ibu Susuan Mengikut Islam 


Secara ringkasnya, penyusuan yang menimbulkan ikatan mahram yakni yang menjadikan seorang wanita sebagai mahram kepada anak yang disusuinya ialah yang memenuhi syarat-syarat berikut:


  • Hendaklah dari susu manusia dan wanita, bukan susu binatang atau susu lelaki.  
  • Menurut ulamak-ulamak dari mazhab Syafie,disyaratkan juga wanita yang menyusu hendaklah telah mencapai umur 9 tahun.
  • Hendaklah jumlah penyusuan tidak kurang dari lima kali. 
  • Bayi yang disusui hendaklah umurnya belum mencapai dua tahun. 

syarat ibu susuan, ibu susuan Rasulullah, hukum ibu susuan, susu ibu, penyusuan susu ibu
Bayi comel sedang menyusu

Anak susuan akan menjadi mahram kepada: 

  • Ibu susuannya
  • Ibu kepada ibu susuan (nenek susuan) 
  • Ibu kepada suami ibu susuan (nenek susuan sebelah bapa susuan) 
  • Adik perempuan/kakak kepada ibu susuan (makcik susuan) 
  • Adik perempuan/kakak kepada suami susuan (makcik sebelah bapa susuan) 
  • Anak buah perempuan sebelah ibu susuan 
  • Anak perempuan ibu susuan atau bapa susuan (adik-beradi susuan). 
Hadis ‘Diharamkan kerana susuan apa yang diharamkan kerana nasab’ (Riwayat Bukhari dan Muslim). 

Cuma bezanya adalah si anak susuan itu tidak mewarisi harta ibu susuannya. 


Adakah ibu susuan boleh mengambil suntikan ataupun ubat bagi tujuan penyusuan?



Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bersetuju memutuskan bahawa menggunakan ubat atau suntikan untuk merangsang pengeluaran susu badan adalah harus dengan syarat ia seorang wanita yang telah mencapai umur baligh sama ada telah berkahwin ataupun sebaliknya.

Ubat atau hormon yang digunakan tersebut tidak mengandungi sebarang unsur-unsur najis atau mudharat. Keharusan ini tidak tertakluk bagi seorang lelaki yang berubah menjadi wanita melalui pertukaran jantina. 

Kaedah Penyusuan


syarat ibu susuan, ibu susuan Rasulullah, hukum ibu susuan, susu ibu, penyusuan susu ibu
Sukanya bayi menyusu


Jumhur fuqaha’ juga bersepakat bahawa terdapat dua kaedah penyusuan bagi menjadikan bayi tersebut mahram dengan sebab susuan, iaitu penyusuan secara langsung dari payudara dan penyusuan secara tidak langsung seperti menggunakan tiub, botol susu dan sebagainya. 

Sehubungan itu, bagi wanita yang menggunakan alat sokongan atau alat bantuan sebagai kaedah menyusukan bayi, Muzakarah memutuskan bahawa bayi tersebut sah sebagai anak susuan apabila cukup syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak seperti berikut:

  • Bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan.
  • Susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi.
  • Umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah.
syarat ibu susuan, ibu susuan Rasulullah, hukum ibu susuan, susu ibu, penyusuan susu ibu
Belaian ibu untuk anak

Kesimpulan


Menyusukan anak angkat bukan semata-mata untuk tujuan menjadikan anak itu mahram kepada kita. Ia juga bertujuan memberikan makanan terbaik buat bayi. Langkah ini mungkin berdepan pelbagai cabaran, namun ianya tidak mustahil. Selamat menyusukan anak anda.


Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Kenapa Tidak Boleh Makan Shaklee Ketika Berpuasa?
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com


Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

4 comments:

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi