HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Tuesday, November 18, 2014

Panduan Penyusuan Selepas Caesarean

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Syurga di bawah tapak kaki ibu. 

Begitu tingginya martabat seorang ibu. Sampaikan tapak kaki ibu diumpamakan tempat letakkanya syurga. Mana tidaknya, pengorbanan seorang ibu memang tiada tandingannya.  

Salah satu pengorbanan ibu adalah melahirkan kita ke dunia ini. Tidak semua wanita ditakdirkan melahirkan bayi secara normal, atas sebab-sebab tertentu ada yang terpaksa melahirkan bayi secara pembedahan atau caesarean.

Mungkin cara melahirkan anak secara caesarean ini bukan pilihan pertama, namun ia terpaksa juga dilakukan di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Ini semua adalah ketentuan Ilahi yang perlu diterima oleh seorang ibu demi melihat anaknya lahir ke dunia ini dengan selamat.

Bagi seorang ibu yang melahirkan anak secara caesarean, bukan masalah besar untuk menyusukan anak anda.

Namun, perlu berhati-hati kerana luka pembedahan mudah terbuka jika tidak berhati-hati ketika menyusu.

Kepada anda yang ingin menyusukan anak walaupun bersalin secara caesarean boleh ikuti panduan penyusuan selepas caesarean ini.


Syurga di bawah tapak kaki ibu. Ungkapan yang seringkali kita dengar. Pengorbanan seorang ibu tiada tandingannya, sanggup mengorbankan diri demi zuriat tercinta. Marilah kita sentiasa mendoakan ibu dan bapa kita.
Kasih seorang ibu

Panduan Penyusuan Selepas Caesarean


  • Persediaan awal

Sebelum bersalin anda disarankan membuat persediaan untuk mempelajari asas dan teknik penyusuan yang betul. Kelas persediaan penyusuan ibu adalah terbaik kerana anda dan suami dapat mempelajarinya secara menyeluruh.

  • Mulakan penyusuan seawal mungkin

Mulakan penyusuan seawal mungkin sejurus kelahiran kerana pada waktu itu, payudara masih lembut dan susu awal yang dihasilkan masih dalam kuantiti yang sedikit.

Jika anda mengambil bius spinal atau epidural, penyusuan adalah lebih mudah tetapi bagi yang menggunakan bius seluruh badan, minta doktor atau jururawat untuk meletakkan bayi di dada anda. 

Pastikan bayi dan anda berada dalam keadaan selesa dan diselimuti kerana suhu di bilik pembedahan sangat sejuk.


  • Sentiasa berada di sisi bayi

Pastikan bayi rooming in bersama anda. Kerapkan penyusuan mengikut keperluannya. Biasanya bayi menyusu lebih kurang 8 hingga 12 kali dalam 24 jam. 

Jika anda menggunakan bius seluruh badan, bayi lebih mengantuk. Oleh itu, bantu dia untuk bangun menyusu dan rangsang pengeluaran susu ibu dengan menggunakan tangan atau pam.



Pastikan bayi rooming in bersama anda. Kerapkan penyusuan mengikut keperluannya. Biasanya bayi menyusu lebih kurang 8 hingga 12 kali dalam 24 jam. Jika anda menggunakan bius seluruh badan, bayi lebih mengantuk. Oleh itu, bantu dia untuk bangun menyusu dan rangsang pengeluaran susu ibu dengan menggunakan tangan atau pam.
Selalu memeluk bayi anda

  • Posisi yang betul

Posisi penyusuan yang paling sesuai adalah posisi mengiring. Letakkan bantal dibahagian belakang, celah kaki dan dada. 

Anda hanya perlu tinggi atau rendahkan bantal supaya bayi boleh mendapat susu daripada kedua-dua belah payudara tanpa menukar arah. Pastikan anda mendapat bantuan dari sesiapa yang ada.

Posisi penyusuan yang paling sesuai adalah posisi mengiring. Letakkan bantal dibahagian belakang, celah kaki dan dada. Anda hanya perlu tinggi atau rendahkan bantal supaya bayi boleh mendapat susu daripada kedua-dua belah payudara tanpa menukar arah. Pastikan anda mendapat bantuan dari sesiapa yang ada.
Posisi mengiring ketika menyusu

  • Bergerak dalam tempoh 24 jam

Anda disarankan untuk bangun dan bergerak dalam tempoh 24 jam supaya cepat sembuh. Untuk bangun dari katil hospital, gunakan penghadang di sisi katil sebagai sokongan. Jika di rumah, anda boleh mengikat kain panjang di hujung katil dan gunakan kuasa tangan untuk menarik kain tersebut dan bangun.


  • Gunakan penyokong

Dapatkan tali pinggang sokongan atau bengkung yang berpelekat untuk memberi sokongan pada perut dan belakang agar memudahkan anda berjalan.


  • Gunakan bantal menyusu

Gunakan bantal menyusu supaya dapat membantu anda untuk mengurangkan sakit di perut ketika menyusu.

Gunakan bantal menyusu supaya dapat membantu anda untuk mengurangkan sakit di perut ketika menyusu.
Bantal untuk menyokong badan ketika menyusu

  • Sentuhan dengan bayi

Di antara waktu menyusu, pelbagaikan aktiviti sentuhan kulit ke kulit dengan bayi. Sentuhan berpanjangan akan menambahkan keakraban yang secara tidak langsung meningkatkan tahap hormon yang bertanggungjawab menghasilkan susu. 

Anda boleh meletakkan bayi di dada sambil berbaring. Bagi memastikan keselamatan bayi, anda boleh balutkan diri anda atau bayi dengan tuala supaya dia tidak mudah jatuh ke tepi.

Kesimpulan


Walaupun saya bersalin normal, saya dapat bayangkan kesulitan yang dialami ibu-ibu yang bersalin secara caesarean.

Jangan bimbang, walaupun anda bersalin secara caesarean, anda tetap boleh menyusukan anak anda dengan susu ibu secara eksklusif.

Anda ibu yang hebat! Saya doakan ibu-ibu dapat meneruskan penyusuan kepada si manja meskipun berdepan cabaran selepas bersalin. Selamat menyusukan bayi anda.



Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Kenapa Tidak Boleh Makan Shaklee Ketika Berpuasa?
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com



Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

Maklumat tentang susu ibu boleh di dapati di sini juga: http://www.babycenter.com/

1 comment:

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi