HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Saturday, November 15, 2014

Cara Mudah Buat Kek Karamel

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Saya yakin, ramai yang gemar makan kek karamel. Dalam keluarga kami, adik kedua saya adalah orang yang paling suka makan kek karamel. 

Pantang jumpa kek karamel, mesti dia hendak beli. Bagus juga dia beli, bolehlah saya pun apa lagi, tumpang sekaki. He...he...

Setelah beberapa kali tengok dia beli kek karamel, saya rasa teringin buat sendiri. Banyak kali juga saya cuba buat sebelum ini tetapi tidak berapa menjadi. 

Alhamdulillah selepas buat kek karamel ikut resepi Kak Syamila menjadi pula. Rasanya pun sedap. Terima kasih Kak Syamila kerana sudi berkongsi resepi kek karamel ini. 

Di sini saya kongsikan resepi kek karamel. Anda boleh pilih warna apa yang anda suka. Saya suka warna biasa sahaja.Selamat mencuba.


Cara Mudah Buat Kek Karamel


Cara Mudah Buat Kek Karamel
Kek Karamel

Bahan-bahan yang diperlukan:


Loyang 8 inci x 3 inci
8 biji telur
1 tin susu cair
140 gm gandum
280 gm gula + 1 1/2 sudu besar utk gula hangus
130 ml air biasa
50 ml minyak masak
Cream of tar tar
Esen vanila
Baking powder



Langkah 1 : Gula Hangus untuk lapisan atas Puding Karamel


Masukkan 1 1/2 sudu besar gula ditengah-tengah loyang
Buka api perlahan dan biarkan gula cair
Ratakan keseluruhan loyang bila gula dah cair sepenuhnya.
Biarkan sejuk.


Langkah 2 : Asingkan telur untuk Puding Karamel dan Kek


Sediakan 3 bekas untuk bancuh puding, meringue dan adunan kek 2
Bekas A : 3 biji kuning telur + 2 biji telur penuh
Bekas B : 3 biji kuning telur
Bekas C : 6 biji putih telur


Langkah 3 (Bekas A) : Adunan Puding Karamel


140gm gula
1 tin susu cair atau 400ml susu segar
1 sudu kecil esen vanila
Kacau rata telur dengan perlahan jangan sampai berbuih
Masukkan esen vanila, susu dan gula, kacau perlahan sampai sebati atau gula hancur
Tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi
Ketepikan


Cara Mudah Buat Kek Karamel
Puding Karamel

Langkah 4 (Bekas C) : Adunan kek 1 – Meringue


70gm gula
1 sudu kecil cream of tar tar
Pukul putih telur sehingga berbuih.
Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
Pukul lagi dengan halaju tinggi sehingga kental dan kaku.
Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah.
Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan kek 2

Cara Mudah Buat Kek Karamel
Telur putih yang dipukul sehingga kembang

Langkah 5 (Bekas B) : Adunan kek 2


70gm gula
130ml air
50ml minyak
140gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang dan matikan mixer
Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, kacau dengan senduk kayu dan kaup balik sampai sebati
Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2. Kacau perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata juga dengan perlahan-lahan.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.
Warnakan dengan warna pilihan anda.


Cara Mudah Buat Kek Karamel
Adunan Kek

Langkah 6 : Cara tuang adunan kek atas puding karamel


Sendukkan adunan kek ke dalam loyang puding tadi. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding.

Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dengan tray oven yang ada air untuk bain marie nanti)

Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak dengan menggunakan api bawah sahaja. 10 minit terakhir guna api atas dengan suhu 100 degree.

Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang.
Sejukkan dalam suhu bilik dalam 20-30 minit, baru terbalikkan adunan dalam pinggan.

Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah.

Potong Kek Puding Karamel semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk.


Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Kenapa Tidak Boleh Makan Shaklee Ketika Berpuasa?
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

16 comments:

  1. weewww .... nikmat2 tuh ,,, perlu dicoba ,,,, :)

    ReplyDelete
  2. nyum nyum... sedap sangat ni kalau dah sejukkan dalam fridge. terliur lak :)

    ReplyDelete
  3. Dapnye, pos la kt sini sikit....^_^

    ReplyDelete
  4. asalamualaikum..salam kenal..

    iryantyahamad.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. wah..sedapnya..cuti ni boleh try buat la..:)

    ReplyDelete
  6. perlukan kesabaran nak buat step by step ni ...

    ReplyDelete
  7. nampak mcm senang.. tp banyak step jugak.. hehe..
    maybe boleh cuba one day nanti..
    tp sue tak la minat pun.. tu yg pikir banyak kali kalau nak buat.. hoho..

    ReplyDelete
  8. nampak sedapnye.. in shaa Allah.. ade kesempatan nak mencuba :)

    ReplyDelete
  9. Sedapnya kek karamel, dah lama tak buat

    ReplyDelete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi