HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Thursday, February 12, 2015

Panduan Menghadapi Alahan Ketika Mengandung

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Panduan Menghadapi Alahan Ketika Mengandung


Panduan Menghadapi Alahan Ketika Mengandung


Berita kehamilan memang sangat menggembirakan pasangan suami isteri. Maklumlah kita akan menerima kehadiran insan baru didalam keluarga.

Mulalah, terbayangkan kehadiran si comel yang akan menceriakan rumahtangga kita.

Namun begitu ada juga sebahagian kecil ibu-ibu yang diuji dengan alahan yang teruk di awal kehamilan.

Bahkan ada yang terpaksa ditahan di wad kerana kehilangan banyak air akibat muntah yang berterusan. 

Saya juga tidak terkecuali menghadapi alahan ketika mengandung. Muntah di awal pagi tu memang sudah menjadi kebiasaan.

Alhamdulillah walaupun begitu, saya masih lagi dapat meneruskan rutin harian biasa.

Setiap hari saya akan mengambil makanan tambahan shaklee dan makan-makanan yang membantu kepada kesihatn dan tumbusaran bayi.

Antara makanan tambahan yang saya ambil adalah ostimatrix, B complex dan sebagainya. Kalau anda ingin tahu dengan lebih lanjut boleh baca di bawah ini.

Hari ini saya ingin kongsikan sedikit panduan buat ibu-ibu dalam menghadapi alahan seperti yang saya alami sekarang ini.

Panduan Menghadapi Alahan Ketika Mengandung

Apa yang boleh kita buat ketika menghadapi alahan?



  • Makan sedikit dan kerap. Perut yang kosong boleh menambahkan loya. Kekalkan tahap gula secara stabil dalam darah. Cuba makan makanan kering dalam jumlah sedikit sepanjang hari.
  • Makan apa dan bila anda kehendaki, tetapi elakkan daripada makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng dan kurangkan makan lemak secara amnya. Ambil makanan yang kaya dengan protin dan vitamin B seperti yogurt. Makanan yang mudah dimakan dan dihadam seperti biskut juga boleh diambil.
  • Simpan snek ringan seperti biskut tawar di sebelah katil anda. Luangkan sedikit masa untuk makan biskut tersebut pada waktu pagi dan berehat sebelum turun dari katil.
  • Dapatkan rehat yang secukupnya dan ambil masa rehat dari bekerja jika perlu. Tekanan dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk.
  • Minum teh halia. Sediakan teh halia menggunakan akar yang disagat atau ambil sirap halia atau pil. Halia baik untuk melegakan perut dan mengurangkan loya. Walau bagaimanapun, halia perlu digunakan dalam kuantiti yang sederhana dan dengan berhati-hati. Ia juga tidak berkesan bagi sesetengah orang.
  • Vitamin B6 (piridoksina) atau multivitamin kehamilan boleh mengurangkan mabuk kehamilan. Jika anda mengambil vitamin semasa kehamilan, anda mungkin kurang mengalami simptom yang teruk. 

Supplemen yang dapat membantu anda


Di antara supplemen yang dapat membantu para ibu ialah B-Complex, Ostematrix, Peppermint Ginger Plus dan Performance Drink.


Di antara supplemen yang dapat membantu para ibu ialah B-Complex, Ostematrix, Peppermint Ginger Plus dan Performance Drink.

B-Complex


Kajian menunjukkan bahawa 1/3 daripada wanita yang mengambil Pyridoxine berjaya mengurangkan masalah morning sickness yang dihadapi. Pyridoxine ni adalah salah satu komponen dalam Vitamin B iaitu B6. Kebaikan Pyridoxine akan diperolehi secara optimum jika diambil bersama Asid Folik (B9), Niacin (B3) & Cobalamin (B12).

B-Complex dapat membantu:


  • melegakan mabuk, loya, pening bagi ibu-ibu yang mengalami alahan.
  • Diperlukan dalam pembentukan asid amino.
  • membantu dalam pembentukkan sel darah merah dan pembentukkan sistem saraf.
  • menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
  • mencegah stress.
  • menguatkan antibodi tubuh

Ostematrix



Kalsium Shaklee dikenali sebagai Ostematrix.Ia lengkap dengan gabungan vitamin D yang membantu penyerapan optimum kalsium. Antara kesan kekurangan kalsium ialah  kekejangan otot atau pun cramp yang sering berlaku ketika mengandung.

Ostematrix dapat membantu:

  • mendapatkan tidur lena sepanjang malam.
  • mendapatkan badan terasa bertenaga dan mudah bangun pagi keesokan harinya, terutama apabila digabung dengan pengambilan Shaklee B-Complex.
  • menghilangkan lenguh-lenguh dan bisa-bisa badan.
  • mengurangkan rasa sakit pinggang dan kejang kaki terutama buat ibu hamil.
  • melawaskan sistem penghadaman.

Peppermint Ginger Plus


Terdiri daripada 4 bahan herba utama iaitu peppermint, ginger, fennel dan anise. Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut. 

Peppermint Ginger Plus dapat membantu:

  • mengurangkan morning sickness ibu hamil.
  • melegakan senak perut.
  • membantu proses penghadaman.
  • mengurangkan mual dan muntah.
  • membuang angin dalam badan.
  • mengurangkan sakit gastrik

Performance Drink


Performance drink dapat membantu:
  • menggantikan kehilangan air akibat muntah.
  • meningkatkan daya tahan otot.
  • mengurangkan dehidrasi (kehilangan air yang banyak dalam badan).

Kesimpulan


Semoga ibu-ibu yang menghadapi alahn dapat menghadapinya dengan redha. Berat mata memandang, berat lagi mata yang memikul. InsyaAllah ada hikmahnya buat kita. Para suami sokonglah isteri anda dalam menghadapi situasi ini.

14 comments:

  1. Replies
    1. sis emma ,semuanya dalam bentuk tablet, cuma performance drink serbuk dan perlu dibancuh.

      Delete
  2. Nasib baik masa bini mengandung dulu tiada alahan teruk..

    ReplyDelete
  3. saya pernah terbaca ada kes yg perempuan mengandung, tapi laki plak yg loya.. acane tuh..? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami nak tolong menanggung alahan isteri tu....hehe.

      Delete
  4. info baik untuk ibu2 yg kalah masa mengandung... saya harap bapaknya janganlah terikut2 kalah pulak yer... karang kena double dose

    ReplyDelete
  5. IbuNoey ada alahan sikit masa ngandungkan anak pertama.tak boleh sentuh nasi,mesti muntah.anak kedua,so far,alahan sekejap je.

    ReplyDelete
  6. nice tip... anak pertama and kedua teruk sangat alahan. anak ketiga kurang sikit. anak ke empat Alhamdulillah takde alahan :)

    BLOG OH! BLOG

    ReplyDelete
  7. alhmdulillah saya alahan tak teruk dulu..dpermudahkan walaupun hari-hari kena travel naik train 3-4 jam untuk pergi balik college ms kat Japan dlu..klu serang baru nak pregnant taktau ler canerr pulak nanti he he

    ReplyDelete
  8. memang bahaya juga alahan kepada para ibu yang hamil..

    ReplyDelete
  9. Dah mencuba juga produk shaklee ni ...

    ReplyDelete
  10. sama macam apa yang saya buat waktu preggy dulu. tips yang best!

    ReplyDelete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi