Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Walau apa pun yang kita sedang lakukan. Walau di mana kita sedang berada. Kita perlu sedar bahawa kita milik Tuhan.
Walau apa pun yang kita sedang lakukan. Walau di mana kita sedang berada. Kita perlu sedar bahawa kita milik Tuhan.
Kita Milik Tuhan
Bismillah.
Kita
Milik Tuhan
Dan ...
akan kembali kepada-Nya. Dalam tiap perkara, sebaiknya kita sedar,
"Kita
milik Tuhan."
Termasuk
seperti harta, anak-anak, ibu bapa, isteri / suami. Atau, andai kita rasa kita
memiliki, kita akan berat untuk memulangkan semula kepada Allah.
Contoh,
kita peroleh keuntungan RM1,000.
Oleh
sebab kita rasa RM1,000 itu milik kita, kita rasa berat untuk agih-agihkan.
Apabila Allah minta secara paksa, seperti kereta rosak, kita rasa begitu
teruji. Sedangkan sebaiknya kita sedar RM1,000 bukan milik kita.
Kita
hanya berperanan sebagai pengagih rezeki-Nya. Pernah baca pepatah ini?
"Tiap
rezeki kita ada orang lain."
Ia
bermaksud,
"Tiap
rezeki kita bukan milik kita 100%."
Justeru,
penting untuk sedar bahawa,
"Kita
dan apa-apa sahaja yang ada pada kita, adalah milik Tuhan."
Dan
apabila Allah mahukan ia kembali, pulangkan pada-Nya.
Apakah Solusinya?
Syukur,
akan membebaskan kita daripada penyesalan dan pengharapan. Syukur buat kita
hargai saat ini. Syukur buat hati kita lapang, tenang dan bahagia dengan
izin-Nya.
Termasuk
kita bersyukur peroleh ujian. Ya. Ujian juga.
Ramai
antara kita mampu bersyukur pada perkara yang kita suka, namun belum tentu
ramai yang mampu bersyukur pada perkara yang kita tidak suka.
Pernah
suatu ketika, saya diuji. Saya berusaha mengungkapkan,
"Terima
kasih Allah, alhamdulillah, saya suka diuji."
I fake it
because I want to make it. Air mata saya bercucuran mengalir seraya saya
mengungkapkan perkataan di atlas. Alhamdulillah, selepas itu saya rasa lebih
tenang dan bahagia.
Rasa
seperti hati lapang menerima ujian itu.
Produk RM50 'Hilang'
Baru-baru
ini juga saya ada membeli produk bernilai RM50. Produk itu penting. Untuk saya
gunakan bisnes saya. Namun, seperti yang saya tekankan di atas,
"Apa
yang ada pada kita bukan milik kita."
Produk
itu tidak sampai kepada saya. Mungkin telah diambil orang. Tiada notis di
tempat ia dipos, bahawa saya perlu ambil bungkusan itu di mana-mana.
Saya
menetapkan hati untuk redha dengan perkara itu. Bukan kerana nilainya murah.
Saya ingin belajar untuk tidak mempunyai perasaan 'memiliki'. Atau saya akan
kecewa, apabila saya mempunyai sikap itu.
Contoh
lain, harta. Andai saya rasa saya memiliki harta itu, insya-Allah saya akan
rasa ia berat untuk diberi kepada orang lain. Saya akan rasa sayang pada harta
itu, sehingga saya sukar agihkan kepada orang lain.
Astagfirullah.
Dalam
soal keluarga juga, andai suatu hari Allah 'minta' ahli keluarga yang telah
dipinjamkan setelah beberapa tahun bersama, kita perlu beri walau dalam keadaan
terpaksa.
Kerana ia
bukan milik kita.
Ujian Bukan Milik Kita
"Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)." (Surah Al Mulk: 2)
Apabila
kita berasa ujian itu milik kita, kita akan rasa berat untuk menghadapinya.
Apabila kita yakin, menetapkan hati,
"Ujian
bukan milik kita."
Insya-Allah
kita rasa ringan untuk menghadapinya. Kerana kita yakin, ujian itu hanya
pinjaman Allah yang ditujukan kepada kita, untuk sementara waktu, dan diambil
semula apabila tiba masanya.
Insya-Allah,
kita akan belajar lebih 70 pengajaran daripada aspek bisnes, kehidupan dan spiritual.
Agar kita tidak terjatuh ke lubang yang sama untuk kali kedua.
70
Pengajaran itu telah dikompilasikan dalam sebuah ebook bertajuk, 70 Lessons.
Ebook ini 100% dalam bahasa Melayu.
Dengan
membaca ebook ini, insya-Allah pembaca dapat meneladani pengajaran yang
dikongsikan, hasil daripada pengalaman 3 - 5 tahun.
Seperti
kitab Al Quran yang mempunyai 101 pengajaran yang boleh diteladani. Agar kita
tidak melakukan kesalahan yang sama, seperti kaum sebelum kita.
Insya-Allah,
boleh muatturun pada link di bawah,
Klik sini
--> http://x2t.com/70Pengajaran
Alhamdulillah.
Jika berminat dengan produk shaklee, sila hubungi Huda: 011-18685991. Sila kongsikan dengan artikel ini dengan orang lain.
Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
INSYA ALLAH, ada ujian adalah hikmahnya yang mendatang kemudian.
ReplyDeleteUjian itu pasti ada hikmahnya..
ReplyDeleteBukan hakmilik kekal kita, bila-bila masa boleh ditarik. terima kasih perkongsiannya.
ReplyDeleteya. Sentiasalah ingat Allah selalu.
ReplyDeleteEmm betul tu kan..bila kita sedarianya bukan milik kita, perkara yang jadi ni sedikit sebanyak akan menenangkan jiwa...terima kasih atas perkongsian ni..
ReplyDeleteSedekah dan amal jariah merupakan nadi kepada pahala. Semakin banyak kita laburkan untuk bersedekah, semakin banyak balasan pahala yang Allah berikan.
ReplyDelete