Alhamdulillah, syukur kerana masih boleh menyedut udara segar dan diberi kesihatan. Badan yang sihat adalah rezeki dan nikmat Allah SWT yang tiada tara. Kalau kita sihat, macam-macam boleh buat. Kalau tidak sihat pelbagai kerja terbengkalai.
Oleh itu, nikmat sihat ini perlu kita syukuri dengan cara menjaga kesihatan diri. Hari ini, saya akan kongsikan kepada anda panduan ringkas menjaga kesihatan diri. Kalau anak-anak anda dari sekolah rendah ingin jadikan artikel ini sebagai panduan untuk membuat karangan pun boleh.
Bagaimana Cara Menjaga Kesihatan Diri
Minum air masak
Minum air kosong atau air masak atau air yang sudah ditapis. Minumlah air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
Minuman yang bersih
Pastikan makanan dan minuman yang diambil adalah bersih dan selamat seperti tidak terdedah kepada lalat atau serangga lain.
Memilih gerai makan
Jangan membeli makanan di gerai-gerai tepi jalan yang kotor dan berhabuk. Kalau anda yakin gerai tersebut bersih dan jauh dari bahu jalan tidak mengapa.
Bersenam
Bersenam sekurang-kurangnya 20 minit sehari. Antara aktiviti senaman yang mudah dilakukan adalah dengan berjalan kaki, berjoging, menunggang basikal dan bermain badminton.
Mencuci tangan
Biasakan mencuci tangan selepas ke tandas, sebelum makan dan selepas makan. Jika boleh gunakan teknik cucian yang sempurna.
Tidur yang cukup
Sediakan masa yang cukup untuk tidur. Usah biasakan tidur lewat kerana banyak masalah kepada badan boleh berlaku
Berjumpa doktor
Sekiranya anda mengalami sebarang penyakit walaupun anda rasa kecil seperti kudis, kurap dan kulat, segera berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan.
Ambil suplemen
Zaman sekarang, kita terdedah dengan pencemaran dan bahan redikal bebas yang boleh menjejaskan kesihatan. Oleh itu, ramai doktor atau pakar-pakar kesihatan menyarankan kita mengamalkan suplemen untuk menampung kekurangan nutrisi yang kurang.
Kesimpulan
Menjaga kesihatan diri adalah perkara penting dan memang dituntut dalam agama. Orang yang sihat lebih baik daripada orang yang sakit kerana orang yang sihat dapat beribadat dengan lebih sempurna.
Oleh itu, syukurilah nikmat sihat untukb beribadat.
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Huda untuk:
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com
Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Terbaik..
ReplyDeleteTerima kasih kak
Deletepanduan yang patut diamalkan untuk memastikan kesihatan berada pada tahap yang baik...terima kasih berkongsi :)
ReplyDeleteSama-sama Puteri Kasih
DeleteHuhu..betul tu..penting semua ni demi masa depan yang sejahtera..hehe
ReplyDeleteHehe...betul tu
Delete