Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Saya mengandungkan anak kedua saya, Muhammad Thaqif semasa anak sulung saya, Muhammad Nasih yang masih menyusu lagi. Dapat anak setahun seorang...rezeki.
Ramai sahabat dan saudara terdekat menasihati saya supaya tidak menyusukan bayi ketika sedang hamil. Dengan perasaan sedih, saya mencari informasi berkaitan isu ini. Jujurnya, saya masih mahu menyusukan Muhammad Nasih.
Alhamdulillah...akhirnya saya mendapat jawapan yang dicari. Menurut pandangan Islam, menyusu anak ketika hamil tidak menjadi kesalahan. Kepada ibu-ibu yang sedang menyusu, teruskan menyusu ia adalah perjuangan suci yang wajar diteruskan.
Saya mengandungkan anak kedua saya, Muhammad Thaqif semasa anak sulung saya, Muhammad Nasih yang masih menyusu lagi. Dapat anak setahun seorang...rezeki.
Ramai sahabat dan saudara terdekat menasihati saya supaya tidak menyusukan bayi ketika sedang hamil. Dengan perasaan sedih, saya mencari informasi berkaitan isu ini. Jujurnya, saya masih mahu menyusukan Muhammad Nasih.
Alhamdulillah...akhirnya saya mendapat jawapan yang dicari. Menurut pandangan Islam, menyusu anak ketika hamil tidak menjadi kesalahan. Kepada ibu-ibu yang sedang menyusu, teruskan menyusu ia adalah perjuangan suci yang wajar diteruskan.
Walaubagaimanapun, ujian ketika menyusu tetap ada. Nasihat saya, usah gentar dengan ujian yang muncul kerana ia dapat meningkatkan kekuatan diri ibu dan mengeratkan hubungan kekeluargaan di antara anak dan ibu.
Ketika menyusukan anak, ibu dapat memandang wajah anak dengan penuh kasih |
Ujian Untuk Ibu Yang Menyusu
Banyak ibu yang menyusu mengalami ujian sejak mengandung lagi. Ini kerana ibu-ibu merasa bimbang dengan risiko keguguran yang mungkin berlaku, bayi tidak cukup zat dan sebagainya.
Untuk pengetahuan anda, sehingga kini tiada bukti yang didokumentasikan tentang bahaya penyusuan susu ibu terhadap bayi dalam kandungan mahupun ibu hamil itu sendiri.
Kajian Moscone dan Moore iaitu BReastfeeding During Pregnancy dalam Journal of Human Lactation 1993 mendapati kehamilan tidak menjadi penyebab kepada apa-apa pun komplikasi dalam kehamilan.
Berikut adalah aspek yang perlu diambil perhatian oleh ibu-ibu semua.
Zat Makanan Bayi Terjaga
Tubuh anda bijak kerana sangat mengutamakan bayi dalam kandungan dengan mengenepikan dan menyalurkan zat makanan mengikut keperluannya.
Jadi tidak timbul isu bayi tidak cukup zat. Pada masa yang sama, anda dan si anak turut memperoleh cukup zat. Namun apa yang penting ialah anda benar-benar menjaga corak pemakanan seharian dengan mengambil makanan yang seimbang dan sihat.
Tidak Mudaratkan Anak
Hormon yang mengekalkan kandungan didapati hadir dalam susu ibu dalam kuantiti yang sangat sedikit. Oleh kerana itu, ia tidak sesekali membahayakan anak anda. Namun, di peringkat akhir kehamilan, bekalan susu akan mula menyusut sedikit demi sedikit.
Jadi, dapatkan nasihat doktor pakar kanak-kanak agar pertambahan berat badan anak anda adalah normal sejajar dengan peningkatan usianya.
Bercerai Susu Sendiri
Isipadu dan kandungan susu ibu akan berubah sepanjang tempoh kehamilan. Paras sodium dan protein meningkat manakala laktosa dan glukosa menurun. Oleh yang demikian, ia menjadikan rasa dan rupa susu ibu seakan-akan kolostrum.
Ada sesetengah anak boleh menerima perubahan ini. Namun ada juga yang mula kurang berminat untuk menyusu susu ibu dan akhirnya mengambil keputusan untuk bercerai susu tanpa paksaan.
Rangsangan Puting
Terdapat kajian membuktikan rangsangan mekanikal ke atas puting payudara mampu memulakan proses kelahiran jika dilakukan di dalam trimester yang ketiga. Namun, rangsangan semulajadi ketika penyusuan tidak mempunyai kesan yang sama seperti rangsangan mekanikal yang dikaji.
Walaubagaimanapun, bagi anda yang mempunyai sejarah melahirkan bayi pramatang atau pernah keguguran, anda dinasihatkan untuk bercerai susu lebih awal.
Sakit Puting
Bagi mengatasi ketidakselesaan ini, anda digalakkan untuk mencuba pelbagai jenis posisi bersesuaian dan mengaplikasikan teknik pernafasan yang efektif. Ketahuilah, sakit yang dialami akan berkurangan selepas trimester pertama apabila puting menjadi kurang sensitif.
Pemakanan Sihat
Wanita hamil perlu mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Jadi, makanlah secara teratur dan minum banyak air. Anda juga perlu mengurangkan tekanan dan banyakkan berehat.
Apabila menyusukan anak, anda perlu memastikan diri dapat mengekalkan amalan pemakanan sihat, berkhasiat dan pelbagai dalam menu seharian. Jika perlu, ambillah suplemen tambahan.
Makanan yang sihat merangsang penghasilan susu ibu |
Kalori Tambahan
Sasarkan untuk mengambil 500 hingga 800 tambahan kalori, 4 hidangan protein dan 6 hidangan kalsium setiap hari. Anda juga perlu minum sekurang-kurangnya 8 gelas air.
Kesimpulan
Dalam meneruskan perjuangan menyusu anak dengan susu ibu, memang tidak dinafikan bahawa ujiannya cukup mencabar. Namun, kita perlu sedar bahawa menyusu bukan perbuatan yang sengaja dibuat-buat atau meniru mana-mana teori yang dibawa oleh pakar. Sebaliknya ia adalah anjuran dalam agama Islam sendiri. Cuba lihat sejarah Rasulullah SAW, berapa ramai yang menjadi ibu susuannya?
Selamat menyusukan bayi anda :)
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Huda untuk:
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com
Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Maklumat tambahan juga boleh didapati di sini juga: http://www.babycenter.com/
Yup..sebab tu la anak kedua sekarang ni pun masih setia kekal dengan susu badan..banyak kelebihannya..hehe
ReplyDeletekaum bapa pula jangan lepas tangan
ReplyDeletekena ambil perhatian dan beri bantuan juga pada si ibu
nice info... sebagai bakal bapa pun kena belajar.. hehehe
ReplyDelete