Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Kalau ibu-ibu sedang mengalami bengkak susu secara tiba-tiba, jangan bimbang kerana perkara ini bukan hanya dialami oleh anda seorang.
Ramai lagi ibu-ibu yang mengalami masalah yang sama seperti anda kerana dalam proses penyusuan, perkara ini memang sering berlaku.
Saya juga pernah mengalami masalah bengkak susu beberapa kali sejak menyusu anak pertama dan juga anak kedua.
Masa saya mula-mula bengkak susu dahulu, saya juga macam anda jadi gelabah dan tidak tahu apa yang perlu dibuat.
Jadi, saya cuba cari jalan penyelesaiannya dengan bertanya rakan-rakan, doktor dan membaca dari pelbagai sumber seperti internet, majalah dan buku.
Alhamdulillah, selepas kita tahu dan faham kenapa keadaan ini boleh berlaku barulah kita rasa lega dah tahu apa tindakan yang perlu dibuat.
Untuk artikel hari ini, saya kongsikan info ringkas tapi penting untuk ibu-ibu yang mengalami kebengkakan susu.

Ibu-Ibu Bimbang Kerana Bengkak Susu
Proses penyusuan sesuatu yang menyeronokkan |
Masalah Penyusuan Susu Ibu
Penyusuan ibu adalah proses semulajadi. Walau bagaimanapun dalam 2 minggu pertama, penyusuan mungkin sukar bagi ibu terutama jika ini adalah pengalaman pertama anda. Berikut adalah beberapa masalah biasa yang dialami oleh sesetengah ibu :
- Kebengkakkan payu dara
- Puting melecet
- Tidak cukup susu
Pada post ini saya akan membincangkan berkaitan kebengkakkan payu dara. Masalah yang lain saya akan kongsikan pada post seterusnya.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua.
Kebengkakkan payu dara
Kebengkakkan payu dara |
Sebab-sebab
Kebengkakkan payu dara adalah disebabkan peningkatan isipadu susu yang mengakibatkan kongesi salur darah di dalam payu dara. Ia berlainan dengan kepadatan payu dara. Payu dara yang padat masih boleh ditekan, lembut dan fleksibel.
Namun begitu bukan semua ibu yang mengalaminya. Selagi kita kerap menyusukan bayi dan si manja kita di susukan dengan cara yang betul, insyaAllah situasi ini hanya sementara sahaja.
Namun begitu bukan semua ibu yang mengalaminya. Selagi kita kerap menyusukan bayi dan si manja kita di susukan dengan cara yang betul, insyaAllah situasi ini hanya sementara sahaja.
Tanda-tanda dan gejala
Antara gejala masalah ini adalah:
- Payu dara menjadi keras dan sakit, kelihatan berkilat.
- Bahagian areola kelihatan pejal.
Komplikasi/kesan sampingan
Kebengkakkan payu dara boleh menyebabkan:
- Kesukaran untuk bayi menyusu
- Kesukaran untuk mengeluarkan susu
Rawatan:
Perkara- perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kebengkakkan payu dara:
- Susukan bayi anda sekerap yang mungkin iaitu setiap dua atau tiga jam sekali. Pastikan anak menyusukan kedua-dua belah payu dara pada setiap kali sesi penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi.
- Mempelajari teknik penyusuan yang betul. Periksa jika anda menggunakan teknik yang betul. Betulkan jika salah.
- Anda digalakkan memakai coli menyusu yang selesa.
- Sebelum penyusuan dimulakan, keluarkan sedikit susu untuk melembutkan payu dara supaya mudah untuk bayi menghisapnya.
- Selepas penyusuan, jika payu dara masih bengkak, keluarkan susu yang ada. Anda juga boleh menggunakan pam untuk mengeluarkan susu.
- Tuam payu dara dengan menggunakan tuala dan air suam untuk melancarkan pengaliran susu.
- Gunakan tuaman sejuk di antara penyusuan untuk mengurangkan sakit dan kebengkakkan.
Pastikan teknik penyusuan yang betul |
Langkah pencegahan :
Kebengkakkan payu dara boleh dielakkan dengan:
- Menyusukan bayi dengan kerap, sekurang-kurangnya 10-12 kali sehari.
- Mengaplikasi teknik penyusuan yang betul.
Kesimpulan
Meskipun kebengkakkan payudara ini agak menyakitkan ibu-ibu yang mengalaminya. Namun sebagai seorang ibu penting bagi kita sentiasa berdoa dan berfikiran positif. InsyaAllah fasa ini akan berlalu juga sampai akhirnya dan saya doakan ibu-ibu dapat merasai pengalaman menyusu anak yang menyeronokkan.
Selamat menyusu semua.
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Huda untuk:
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com
Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.