Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Sekarang ini, usia anak kami yang kedua sudah melebihi 2 tahun 2 bulan. Kami berdua terutamanya, isteri saya sedang berusaha memahamkan anak kami supaya berhenti menyusu secara perlahan-lahan.
Buat masa ini, anak saya masih menyusu badan walaupun isteri saya sudah tidak membuat simpanan untuknya.Dia menyusu tidak sekerap dahulu, tetapi dia masih belum mahu berhenti.
Dalam pada itu, timbul persoalan dalam diri adakah agama Islam membenarkan seorang anak menyusu badan lebih daripada 2 tahun?
Alhamdulillah, ketika hati saya tercari-cari jawapan untuk soalan di atas, Allah berikan jawapan melalui seorang ustaz dalam satu kuliah agama.
Syukur sekali lagi kerana saya terjumpa dalam berita harian online dalam ruangan agama tentang hal ini.
Ramai sudah yang sedia maklmum bahawa penyusuan badan adalah hak anak dalam Islam. Sudah pasti ia adalah yang terbaik.
Malahan kajian saintifik juga membenarkan kenyataan bahawa susu ibu adalah susu yang terbaik di dunia.
Namun begitu, kebanyakan ulama berpendapat bahawa penyusuan badan patut dihentikan selepas dua setengah tahun kerana susu itu tidak lagi berfungsi sebagai pembekal nutrien untuk membesar kepada bayi.
Buat masa ini, anak saya masih menyusu badan walaupun isteri saya sudah tidak membuat simpanan untuknya.Dia menyusu tidak sekerap dahulu, tetapi dia masih belum mahu berhenti.
Farah Diba dengan baby |
Hukum Menyusu Anak Lebih 2 Tahun
Dalam pada itu, timbul persoalan dalam diri adakah agama Islam membenarkan seorang anak menyusu badan lebih daripada 2 tahun?
Jawapan Pertama
Alhamdulillah, ketika hati saya tercari-cari jawapan untuk soalan di atas, Allah berikan jawapan melalui seorang ustaz dalam satu kuliah agama.
- Menurut ustaz tersebut, ada ulama yang berpendapat bahawa ibu boleh menyusu anaknya sehingga umur anaknya 2 tahun ke 2 setengah tahun.
Jawapan Kedua
Syukur sekali lagi kerana saya terjumpa dalam berita harian online dalam ruangan agama tentang hal ini.
- Menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah harus terutamanya untuk maslahat si anak. Tiada nas atau hukum fikah mengharamkannya.
- Namun, ada sesetengah ulama berpendapat situasi ini boleh melemahkan bayi kerana setiap yang disyorkan oleh Allah seperti tempoh menyusu dua tahun itu pasti ada hikmahnya kerana Allah Maha Tahu sebagai Pencipta manusia.
Kesimpulan
Ramai sudah yang sedia maklmum bahawa penyusuan badan adalah hak anak dalam Islam. Sudah pasti ia adalah yang terbaik.
Malahan kajian saintifik juga membenarkan kenyataan bahawa susu ibu adalah susu yang terbaik di dunia.
Namun begitu, kebanyakan ulama berpendapat bahawa penyusuan badan patut dihentikan selepas dua setengah tahun kerana susu itu tidak lagi berfungsi sebagai pembekal nutrien untuk membesar kepada bayi.
Selain itu, ia bertujuan untuk memberi peluang kepada ibu mengandung lagi kerana penyusuan badan biasanya membantut proses mengandung secara alami.
erm.. baru tahu kalau lebih dari 2 tahun setengah, susu ibu dah tak ada nutrien
ReplyDeleteBetul tu puteri wanita,sebab baby dah boleh dapat nutrein dari makanan pejal.
Deletesalah tu, nutriet tetap ada , tapi anak kita perlu nutrient lebih dari susu untuk membesar dengan baik selepas umur tersebut
DeleteDr safiya
Terima kasih Dr. Safiya di atas pencerahan :)
DeleteSaya ada pendapat dari segi kesihatan... ibu yg menyusukan anak lebih mudah menjaga berat badan berbanding yg tidak... (terkeluar topik sikit yer)
ReplyDeleteTerima kasih Najib...pendapat tu memang betul. Tapi bila dah berhenti menyusu, berat badan memang cepat naik :)
Deletebagus info ni. ada anak yg masih menyusu anak hingga 4 tahun, eloklah dipisahkan...
ReplyDeleteBetul tu, Sudah tidak banyak nutrein yang dia boleh dapat :)
Deletemaklumat baru ni
ReplyDeleteingatkan susu ibu selamanya berkhasiat untuk si anak
Tu la, ada hikmahnya Islam menganjurkan penyusuan selama 2 tahun...
Deletebiasanya yang saya tahu ibu menyusukan anak sehongga dua tahun je
ReplyDeleteAda juga anak-anak yang menyusu lebih 2 tahun...
DeleteTerkadang anak sendiri yang nak menyusu dengan ibu kan.. hehe..
ReplyDeleteTu la...mungkin dah rutin dia selama 2 tahun ...hehe
DeleteAlhamdulillah..anak sulong saya memang cukup dua tahun menyusu badan..tektik meletakkan sirap di puting susu memang menjadi..bila si anak nak hisap, cakap ada darah..hahaha..
ReplyDeleteAlhamdulillah bertuah anak Hafizul dapat menyusu 2 tahun penuh...Anak saya ni tak berjaya lagi nak bercerai susu ni :)
Deletekadang anak-anak ni saja nak bermanja tu..tu yang menyusu sampai dua tahun lebih.macam ada kawan seofis IbuNoey, anaknya dah dua tahun lebih tapi kalau malam masih lagi cari susu ibu.sekadar lepas gian gitu.hehe..
ReplyDeleteTu la, dah jadi tabiat dia selama 2 tahun...hehe
DeleteKathy menyusu anak sampai 3 tahun lebih.. Hehehe..
ReplyDelete