HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Monday, December 15, 2014

Cara Mudah Buat Ketam Masak Cili

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Kedudukan kampung saya yang dikelilingi sawah, laut, gunung, sungai dan air terjun sangat mendamaikan jiwa.

Oleh kerana kampung saya tidak jauh dari kawasan laut, maka mudah bagi kami mendapatkan sumber laut secara terus.

Lebih-lebih lagi bapa saya memang suka membeli ikan dan sebagainya terus dari nelayan yang baru naik dari laut.

Saya dan keluarga memang sangat sukakan makanan laut dan salah satu kegemaran saya adalah ketam. Hampir setiap kali saya balik kampung dan ketika bapa saya mahu pergi ke jeti Sungai Yan, Kedah saya akan berpesan supaya belikan ketam jika ada.

Masa yang paling saya tunggu adalah pertengahan bulan Hijrah atau ketika bulan mengambang kerana kebiasaannya, isi ketam penuh ketika itu.

Minggu lepas, saya pulang ke kampung kerana ada kenduri kahwin di rumah emak saudara. Usai sampai, umm saya memberi tahu bahawa bapa sudah beli ketam.

Wah, terujanya dalam hati. Memang tidak sabar rasanya ingin memasak ketam. Saya terus meluru ke dapur untuk melihat ketam yang dibeli oleh bapa.

Alhamdulillah, saiznya memang besar. Sayangnya saya terlupa mengambil gambar sebelum masak. Setelah siap suami saya cepat-cepat ambil gambar untuk dikongsikan di dalam blog syukurnyasihat.com.

Selalunya ummi saya masakkan gulai lemak ketam tetapi minggu ini rasa teringin makan ketam masak cili. Di bawah ini adalah gambar hasil ketam masak cili.

Alhamdulillah, semua ahli keluarga saya makan dengan begitu selera. Sekali hidang, memang habis terus.

Kepada anda yang ingin mencuba sendiri ketam masak cili boleh ambil resepi yang saya kongsikan di sini.

Cara Mudah Buat Ketam Masak Cili

Cara Mudah Buat Ketam Masak Cili, Cara Mudah Buat Ketam Masak Cili, Rezepi ketam masak cili, masak ketam cili, ketam sedap
Ketam Masak Cili

Bahan-bahannya:


Ketam 2-3 ekor
Sos tiram 1 susu besar
Sos cili 2 sudu besar
Garam dan gula secukup rasa
Kunyit serbuk
Minyak untuk menumis
Air
Daun limau purut
Bawang besar potong untuk hiasan
Telur (jika suka)

Bahan untuk diblender:


Bawang merah 4 biji
Bawang putih 2 biji
Halia 1/2 inci
Cabai hidup 4 biji
Cabai kering 5 biji
Serai 2 batang

Cara-cara memasaknya:



  1. Sapukan ketam dengan garam dan kunyit. Asingkan sebentar.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang diblender sehingga naik minyak.
  3. Masukkan sos tiram, sos cili, gula,garam dan daun limau purut.
  4. Masukkan sedikit air agar berkuah.
  5. Masukkan ketam dan masak sehingga mendidih dan pekat.
  6. Sekiranya suka boleh masukkan telur yang telah dipukul.
  7. Akhir sekali masukkan bawang sebagai hiasan.
  8. Sedia untuk dimakan :)

Resepi yang saya kongsikan ini memang telah saya cuba sendiri dan citarasa saya memang berpuas hati.

Barangkali, ada yang memang pakar memasak dan ingin menambah ramuan atau mengurangkan bahan-bahan yang ada, terpulang kepada anda.

Bukankah citarasa kita berbeza-beza. Apa-apa pun saya doakan anda sihat sentiasa. Selamat mencuba.

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Huda untuk:

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Faedah Dua Hala Dengan Penyusuan Susu Ibu ,set menyusu shaklee, penyusuan susu ibu, produk shaklee
Independent Distributor
HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

2 comments:

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi