HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991
Showing posts with label Rohani. Show all posts
Showing posts with label Rohani. Show all posts

Wednesday, December 31, 2014

5 Koleksi Wall Paper Menarik Tahun Baharu 2015

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 

Tinggal beberapa jam sahaja lagi, kita akan menyambut tahun baharu masihi 2015. Setiap apa yang berlaku sepanjang tahun 2014, patut kita syukuri kerana kita diberi peluang untuk hidup.

Di samping itu, penting bagi kita muhasabah diri dengan apa yang melanda dalam negara kita seperti kes pesawat MH370, MH17, banjir besar dan sebagainya.

Ini semua adalah peringatan Allah SWT yang jelas untuk kita renung dan insafi.

Bersempena tahun baharu ini, kami di syukurnyasihat.com ingin mengucapkan selamat tahun baharu 2015 anda semua.

Terima kasih yang tidak terhingga di atas sokongan daripada rakan-rakan blogger dan pembaca blog syukurnyasihat ini.

Bagi menyerikan tahun baru 2015 yang bakal menjelma, saya sajikan kepada anda 5 Koleksi Wall Paper Menarik Tahun Baharu 2015 supaya hidup kita lebih ceria dan bahagia.

Sebelum itu, apa azam tahun baru anda? Boleh kongsi dalam ruang komen di bawah ini.

5 Koleksi Wall Paper Menarik Tahun Baharu 2015



Belon-belon 2015

Abstrak Happy New Year 2015

Kreatif 2015


Papan tanda 2015


Cantiknya Happy New Year 2015
Didoakan tahun baru yang bakal menjelma memberikan kita semangat yang baru, azam yang baru dah kehidupan yang baru.

Diharapkan juga Allah SWT memberi kemudahan disetiap urusan dan dijauhkan segala kesulitan dalam menempuh cabaran yang mendatang.

Merujuk kepada soalan di atas, kami juga ada azam kami untuk blog syukurnya sihat dot com ini. Antaranya adalah:

  • Menjadi sebuah blog perkongsian maklumat berguna kepada sesiapa sahaja terutama dalam bab kesihatan.
  • Memberi nilai tambah dari segi perkongsian informasi yang lebih sistematik dan mesra. 
  • Memandangkan cabaran ekonomi tahun hadapan dikatakan lebih mencabar, kami juga ingin menambah pendapatan samping melalui blog. InsyaAllah.


Kami doakan kejayaan anda dan kami harap anda tolong doakan kejayaan kepada kami.

Read more ...

Monday, December 29, 2014

Video Pesanan Dato' Dr Fadzilah Kamsah Kepada Mangsa Banjir

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Sebagai manusia kita perlu berusaha dengan kudrat yang Allah SWT kurniakan kepada kita dengan pelbagai cara seperti  menjaga kesihatan, dan menjaga keselamatan .

Namun, dalam situasi yang begitu menyayat hati rakyat Malaysia ini, tiada tempat yang boleh kita bergantung melainkan Allah SWT.

Oleh itu, saya rasa baik kita hayati pesanan yang disampaikan oleh Dato' Dr Fadzilah Kamsah ini, mudah-mudahan hati kita menjadi tenang.

Video Pesanan Dato' Dr Fadzilah Kamsah Kepada Mangsa Banjir
Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

Video Pesanan Dato' Dr Fadzilah Kamsah Kepada Mangsa Banjir


Di bawah ini adalah transkrip yang saya olah dalam bahasa sendiri supaya lebih mudah dibaca daripada Video Pesanan Dato' Dr Fadzilah Kamsah Kepada Mangsa Banjir.

Untuk menyaksikan Video Pesanan Dato' Dr Fadzilah Kamsah Kepada Mangsa Banjir sila scroll ke bawah.

#1. Kita perlu redha.


Walaupun sukar untuk menerimanya, kita tidak ada pilihan. Kita perlu ingat bahawa apabila Allah SWT uji pasti ada sebabnya.

#2. Mengenang nikmat lalu


Dalam keadaan sedih, hiba atau stress disebabkan bantuan tidak sampai dan hubungan terputus kita kena ingat bahawa

"Allah telah bagi kemewahan, kehebatan dan kemudahan bertahun-tahun cuma baru ini Allah SWT uji seminggu kenapa aku boleh lupakan nikmat yang telah Allah SWT berikan

#3. Berdoa


Masa sedih terus angkat tangan kerana orang yang sedang menghadapi bencana atau sebagainya doanya mudah dimakbulkan dengan syarat hatinya bersih.

Jangan lupa solat taubat banyak-banyak, maafkan orang banyak-banyak dan istighfar banyak-banyak mudah-mudahan Allah SWT akan makbulkan doa kita.

#4. Pentingnya banyak berkongsi.


Orang kaya yang suka bantu orang adalah perkara biasa tetapi kalau orang yang berada dalam keadaan tertekan, dalam keadaan banjir dan banyak kekurangan tetapi kita masih mahu berkongsi serta memikirkan orang lain maka Allah SWT amat sayangkan kita.

Sifat kita yang sebenar akan muncul apabila Allah SWT berikan kita ujian. Oleh itu, keluarkan sifat kita yang sabar, tabah, gigih dan tidak patah semangat.

Rasulullah SAW berpesan, Allah SWT benci orang yang patah semangat dan syaitan suka orang yang patah semangat.

#5. Terus Beribadah


Banyakkan baca yasin dan mengulang baca Al-Quran. Amalan ini sudah banyak dilakukan di banyak negeri seperti Kelantan, Terengganu dan lain-lain tempat. Semoga Allah SWT memberi pertolongan.

Mulakan setiap hari untuk menjadi orang baru supaya boleh jadi hebat, cemerlang dan dapat menangani sebarang masalah yang datang dengan lebih hebat.

Untuk mendapat penghayatan yang lebih baik kita sama-sama mendengar sendiri Video Pesanan Dato' Dr Fadzilah Kamsah Kepada Mangsa Banjir.




Post by ERA FM & ERA TV.

Di doakan Allah SWT memberi kekuatan dan keselamatan kepada kita.
Read more ...

Sunday, December 28, 2014

Doa Ketika Hujan Dan Musim Banjir

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Dua tiga hari ini, mood saya untuk menulis entri dalam blog syukurnyasihat lebih kepada isu banjir yang melanda negara kita. 

musim banjir, doa, musibah, banjir
Keadaan banjir di negeri Kelantan

Hati rasa pilu, insaf dan mengharap...Mari kita terus berdoa untuk saudara kita yang menjadi mangsa banjir.

Sampai ke hari ini musibah banjir yang melanda negara kita Malaysia terutamanya di bahagian Pantai Timur masih belum selesai. 

Bahkan, bilangan mangsa yang terlibat dengan banjir luar biasa tahun ini semakin bertambah dengan begitu pantas sekali. 

Negeri-negeri lain di luar daripada pantai timur Malaysia juga turut terlibat seperti Johor, Kedah, Perlis dan Perak.

Info-info banjir boleh diperolehi di beberapa fanpage di bawah ini:
Info BanjirInfo Banjir TerengganuInfo Banjir KelantanInfo Banjir Terkini

Jujur saya katakan memang tidak sampai hati melihat keadaan mangsa banjir menerusi gambar-gambar dan rakaman video yang disiarkan di internet mahupun televisyen. 

Tempat tinggal, kenderaan dan harta benda kebanyakkannya habis rosak. Itu belum kira tentang nyawa yang melayang lagi. Masya-Allah.

Antara perkara yang begitu menyentuh naluri saya adalah tentang enam orang anak pasangan suami isteri Suhaimi Awang dan Nur Hayati Sulong yang lemas selepas bot mereka terbalik ketika ke pusat pemindahan banjir.

Doa ketika hujan dan musim banjir
Wajah 6 orang adik beradik yang kehilangan ibu bapa ketika bajir baru-baru ini

Hanya Allah SWT yang maha mengetahui. Disoakan roh suami isteri ini dicucuri rahmat dan keenam-enam anak ini mendapat lindungan Allah SWT serta mereka menjadi anak yang soleh.

Bagi kita yang tidak terlibat dengan banjir ini wajib bersyukur kepada Ilahi. Dua cara bersyukur yang amat disarankan adalah berdoa dan menghulurkan bantuan.

Di bawah ini adalah contoh doa yang boleh kita amalkan ketika hujan dan musim banjir. Doa ini patut diamalkan oleh orang sedang dilanda musibah banjir dan kita yang masih lagi diberi keselamatan oleh Allah SWT. 

Cara memberikan bantuan yang paling senang untuk rakan blogger adalah dengan memberi komen di blog ini. Setiap satu komen bernilai RM1.
Jika mahu memberi sumbangan dalam bentuk wang tunai juga boleh. Klik sahaja di sini--->> Sumbangan


Doa Ketika Hujan Dan Musim Banjir


اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا، وَلاَ عَلَيْنَا، اللَّهُمَّ عَلَى الآكَامِ وَالجِبَالِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ

ALLAHUMMA HAWAALAINA WA LAA ’ALAINA. ALLAHUMMA ’ALAL AAKAMI WAL JIBAALI, WAZH ZHIROOBI, WA BUTHUNIL AWDIYATI, WA MANAABITISY SYAJARI

Bermaksud : 

“Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami dan tidak di atas kami. Ya Allah turunkan hujan di bukit-bukit, pergunungan, dataran tinggi, tengah lembah, dan tempat tumbuhnya pohon-pohon.”

Seandainya tidak pandai berdoa dalam bahasa Arab, terus sahaja berdoa dalam bahasa Melayu dan mintalah bersungguh-sungguh dengan hati yang ikhlas kepada Allah SWT.

Doa di bawah ini juga boleh dibaca.

Doa Dalam Bahasa Melayu Untuk Mangsa Banjir


Bismillahirrahmanirrahim,
Selawat dan salam ke atas junjungan
besar kita Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda,
dan para sahabat2 baginda....
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Ya Waliy, Ya Mukmin, Ya Aziz,
Engkau lindungilah kedua Ibu bapa kami,
Adik beradik kami,
Sanak saudara kami,
Sahabat2 kami,
Dan semua penduduk di negeri-negeri yang terkena musibbah banjir ini,
Ya Mutakabbir, Ya Sami', Ya Bashir,
Sesungguhnya kami semua hamba-hamba Mu yang lemah,
Kami tidak berdaya untuk menanggung ujian daripadaMu,
Sesungguhnya Engkau Ya Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu...
Ya Malikul Mulk,
Ya Malik, Ya Muhaimin, Ya Matin,
Engkau perintahkanlah bumiMu menelan airnya,
Engkau perintahkanlah langitMu berhenti mencurahkan airnya,
Sesungguhnya kami amat lemah untuk menanggung ujian daripada Mu,
Ya Waaliy....
Ya Rahim, Ya Basith, Ya Rofi,
Kasihilah kami semua,
Kami mohon kepadaMu,
Redakanlah bencana ini,
Ya Mani'...
Dan lindungilah kami semua,
Ya Qowiy, Ya Qodir,
Daripada perkara2 yang buruk...
Ya Allah,
Sesungguhnya Engkau tidak akan menimpakan sesuatu,
Kepada kami melainkan sebagai peringatan kepada kami,
Di atas segala dosa2 dan kelalaian kami kepadaMu,
Ya Allah, Ya Tawwab,
Sesungguhnya kami telah mezalimi diri kami,
Ampunkanlah kami,
Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Ya Allah, Ya Hafidz,
Jangan Engkau biarkan hati, iman kami terpesong,
dan lalai sehingga melupakan tanggungjawab kami kepadaMu,
Rahmatilah kami semua Ya Allah,
Ya Allah,
Tiada tuhan melainkan Engkau,
Dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Mu,
Ya Allah, Ya Ghofur, Ya Mujib,
Perkenankan dan kabulkanlah doa kami....
Amin....
Wallahualam
Read more ...

Wednesday, December 17, 2014

Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Hukum Wanita Pam Susu Badan Di Pejabat

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Hari ini memang ramai ibu-ibu termasuk isteri saya sendiri mengepam susu badan di pejabat atau di tempat kerja. Bolehkah amalan ini dilakukan menurut pandangan Islam.

Untuk menjawab persoalan ini, baiklah kita bertanya orang yang alim. Penjelasan ini saya ambil daripada video Ustaz Azhar Idrus berkenaan dengan wanita pam susu badan di pejabat.

Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Hukum Wanita Pam Susu Badan Di Pejabat


Soalan


Saya ada seorang kawan yang suka pam susu badan untuk simpanan. Aktiviti ini sudah menjadi wajib hingga mencuri masa kerja. 

Adakalanya, sudah habis waktu bekerja pun dia masih pam sehingga memaksa orang lain menunggu di habis pam untuk kunci pejabat. Padahal boleh sahaja dia terus balik dan beri susu anak. 

Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Hukum Wanita Pam Susu Badan Di Pejabat
Pam Susu Medela

Bila ditanya kenapa tidak pam di rumah? Dia jawab pam di pejabat, jimat elektrik di rumah. Apakah hukum perbuatannya itu.

Dia bukan bayar duit pun.

Jawapan 


Mengepam susu badan menggunakan mesin pam, hukumnya harus. Namun, jika kita menggunakan harta benda awam seperti cas telefon di surau dengan sengaja hukumnya haram. Dapat dosa.

Kalau tidak, mesti dengan izin daripada majikan terlebih dahulu. Jika, secara adatnya dibenarkan kepada staf, maka tidak wajib minta izin.

Contohnya, staf yang hendak cas bateri telefon di pejabat. Kebiasaanya, pejabat tidak akan ambil tindakan kerana dikira sedikit,  hukumnya harus.





Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Huda untuk:

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Faedah Dua Hala Dengan Penyusuan Susu Ibu ,set menyusu shaklee, penyusuan susu ibu, produk shaklee
Independent Distributor
HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com
Read more ...

Tuesday, December 16, 2014

Kata-Kata Hikmah Usaha Dengan Penuh Ikhlas

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Entah kenapa, tiba-tiba saya teringat kepada arwah datuk saudara saya yang saya panggil sebagai Tok Lang.

Beliau agak rapat dengan saya. Semasa hayatnya, beliau pernah berpesan kepada saya, " Kalau nak buat sesuatu kerja, buatlah sungguh-sungguh."

Beliau juga pernah nasihatkan saya supaya belajar dengan seorang guru biar sampai faham. Kalau belajar satu ilmu dengan ramai guru lagi baik. Namun, bila sudah pandai jangan pula berlagak sombong.

Kata-Kata Hikmah Usaha Dengan Penuh Ikhlas



"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"


Kata-kata hikmah tentang usaha di tepi pantai


Sampai ke hari ini saya masih ingat apa yang Tok Lang katakan. Cumanya, cara untuk aplikasikan nasihat beliau itu mengkin berbeza dengan zaman ini.

Nasihat beliau mungkin tidak jauh maknanya dengan kata-kata hikmah di atas. Mari kita hayati dan aplikasikan dalam kehidupan kita.

Ya, dalam meneruskan kehidupan ini, pelbagai keinginan yang kita ingin capai bukan? Jadi, kunci untuk mencapai kejayaan adalah dengan berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Namun, dalam berusaha mengejar cita-cita yang ingin kita capai, peting sekali ikhlas. Ini kerana hanya keikhlasan dalam beramal akan diterima Allah SWT.

Anda juga boleh lihat koleksi 665 Mutiara Kata Penuh Hikmah.
Read more ...

Monday, December 8, 2014

665 Mutiara Kata Penuh Hikmah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Hari ini adalah hari Jumaat, saya ingin berkongsi dengan anda sebanyak 665 Mutiara Kata atau Kata-Kata Hikmah yang saya kumpulkan daripada internet daripada banyak blog.

Semua Mutiara kata ini boleh dijadikan panduan dan iktibar untuk meneruskan kehidupan kita. Selain itu, ia juga boleh dijadikan pencetus semangat untuk terus maju dan berjaya.

Selamat menelaah 665 Mutiara Kata yang penuh dengan maksud tersurat lagi tersira. Moga-moga bemanfaat hendaknya.

665 Mutiara Kata Penuh Hikmah


Semut menolak apa tu?

665 Mutiara Kata Penuh Hikmah


1. "Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"

2. "Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"

3. "Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

4. "Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tidak lekas patah hati, tetetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran"

5. "Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan"

6. "Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai"

7. "Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup.Tetetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian"

8. "Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk turun ke bawah"

9. "Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"

10. "Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan"

11. "Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket"

12. "Orang yang selalu bersedih akan sukar mencapai apa yang dicita-citakan"

13. "Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri"

14. "Janganlah kamu berkawan dengan orang yang suka melakukan maksiat, nanti hilang kebencian kamu terhadap maksiat"

15. "Tiada sesuatu yang lebih bahaya kepada seseorang selain daripada kawan yang elok percakapannya tetetapi buruk perbuatannya"

16. "Orang yang sangat dibenci oleh Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan"

17. "Jangan dilupa pada yang putih. Ianya suci, bersih sudi juga mengingatkan kita pada usia"

18. "Hidup yang berguna adalah hidup yang ketika petang membawa suluh untuk menghadapi malam yang akan sampai"

19. "Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan"

20. "Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan Allah melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir"

21. "Kekayaan yang hilang dapat dikejar kembali dengan kerajinan dan jimat cermat. Kesihatan yang hilang boleh direbut kembali dengan ubat-ubatan. Akan tetetapi waktu yang hilang pasti tidak akan kembali"

22. "Bila anda dapat bangun dari tidur pada suatu pagi, bermakna anda harus menjadikan hidup anda lebih bermakna sebagai tanda kesyukuranmu kepada Ilahi"

23. "Bersedekah dengan senyuman lebih baik daripada bersedekah dengan harta kerana bersedekah dengan senyum, manusia tidak terasa terhutang apa-apa dan tidak pula terasa dihina"

24. "Janganlah engkau pandang ringan perbuatan baik, sekalipun hanya dengan menunjukkan muka manis ketika engkau bertemu dengan saudaramu"

25. "Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang dengan batu tetetapi dibalas dengan buah"

26. "Manusia tidak dapat mengubah rupa bentuk mukanya, tetetapi jika dia mahu, dia boleh mempercantikkan budinya"

27. "Perkataan yang baik tidak akan muncul dalam jiwa yang kotor seperti biji benih yang tidak akan tumbuh pada tanah yang gersang"

28. "Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah bodoh, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik"

29. "Yang menentukan masa depan anda bukan kekayaan, kedudukan dan kebahagiaan yang anda capai, tetetapi ke arah mana akan anda bawa semua itu"

30. "Orang yang sibuk mengejar kepentingan dirinya sendiri akan mencipta banyak lawan"

31. "Jika kita bukan pelita yang menerangi malam, memadailah kita menjadi kunang-kunang yang akan menemani malam"

32. "Hidup adalah komedi bagi sesiapa yang hidupnya dengan akal. Dan merupakan tragedi bagi sesiapa yang hidup dengan emosi"

33. "Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan"

34. "Sesiapa yang dapat menahan marahnya, padahal dia berkuasa untuk melepaskan marahnya itu maka Allah memenuhi hatinya dengan iman dan rasa aman ketenangan"

35. "Yang bernama perwira bukanlah yang banyak menjatuhkan lawan, tetetapi perwira sejati ialah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah"

36. "Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur"

37. "Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"

38. "Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang kita mampu buat, orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat"

39. "Seorang guru yang jujur harus berniat agar muridnya lebih pintar daripadanya, manakala seorang murid yang jujur harus pula mengakui kepintaran gurunya"

40. "Cintailah yang memberi nikmat dan jangan engkau cintai nikmat yang diberikan"

41. "Dengan hatilah seseorang itu melihat dengan betul, apa yang penting tidak dapat dilihat dengan mata" Antoine de Saint-Exupery The Little Prince. 

42. "Kerana anda dapat mengawal kehidupan anda. Jangan sesekali lupa bahawa anda adalah diri anda setelah pilihan yang anda buat secara sedar atau tidak sedar" Barbara Hall. 

43. "Cara yang paling cepat melakukan banyak perkara ialah dengan melakukan satu perkara dalam satu masa" Samuel Smiles 

44. "Sokong mereka yang kuat, galakkan mereka yang pemalu, ingatkan mereka yang cuai, dan beri amaran kepada mereka yang menentang" Whitney W Young 

45. "Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetetapi tidak ramai boleh menetetapi masa yang berharga" Dr. Mahathir Mohamad. 

46. "Manusia berharap terlalu banyak tetetapi berbuat terlalu sedikit" Allen Tate

47. "Kegagalan hari Ini beerti pendorong, namun kejayaan semalam bukan beerti kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi"

48. "Manusia yang berhati suci adalah manusia yang banyak menangis daripada ketawa. Didiklah hati dengan keihklasan dan kesucian agar liku-liku kehidupan ini menjadi lebih bermakna dan mengikuti arus perubahan kedewasaan" 

49. "Tugas pertama seorang lelaki ialah menjadi dirinya sendiri"

50. "Pilihlah seseorang untuk dicintai & cintalah pilihan anda itu"

51. "Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan"

52. "Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu"

53. "Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam & bahaya"

54. "Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam & bahaya"

55. "Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri"

56. "Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA"

57. "Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan"

58. "Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki, menghadiri persidangan sebagai persediaan menjadi lelaki yang sebenar & menulis menjadikan anda lelaki sejati"

59. "Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan daripada dikesani oleh orang lain"

60. "Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama"

61. "Lelaki berani mungkin akan kalah tetetapi tidak akan mengalah"

62. "Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan"

63. "Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka"

64. "Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar"

65. "Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik"

66. "Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliau beristeri. Anak perempuan kekal menjadi anak perempuan seumur hidupnya"

67. "Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai"

68. "Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya"

69. "Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu"

70. "Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya"

71. "Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia"

72. "Orang miskin memakan makanan nyang lebih enak daripada orang kaya kerana makanan mereka adalah berkat kepada kemiskinan mereka"

73. "Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka"

74. "Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya daripada lelaki yang beliau cintai"

75. "Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut"

76. "Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam"

77. "Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar"

78. "Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana"

79. "Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain"

80. "Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari"

81. "Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan"

82. "Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan......... "

83. "Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga manusia untuk membina sebuah monumen yang indah sekali. Masyarakat abad kini menggunakan jentera hanya untuk membina sebuah kedai........."

84. "Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya"

85. "Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat"

86. "Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah"

87. "Seorang lelaki boleh dikalahkan tetetapi tidak boleh dimusnahkan"

88. "Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada kemenangan terhadap orang lain"

89. "Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar tetetapi tidak melakukannya"

90. "Kemenangan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya"

91. ''Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertama daripada cuba untuk mengejar impian-impian lain selepasnya''

92. ''Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan''

93. ''Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetetapi anda boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu memikirkan masa depan anda'

94. "Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup"

95. 'Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama''

96. ''Berterima kasihlah kepada pokok yang memberi anda perlindungan dengan tidak memusnahkannya''

97. ''Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah hinaan kepada Allah''

98. ''Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan hari ini''

99. ''Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca''

100. ''Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah bahawa masa depan masih ada''

101. ''Rasuah akan sentiasa wujud selagi masih ada perasaan tamak pada diri manusia''

102. ''Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita belum kecapi kejayaan yang orang lain capai''

103. ''Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang yang gagal terus gagal''

104. "Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan dirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku" 

105. ''Dalam dunia ini lebih ramai yang berlidah buaya daripada yang berlidah manusia''

106. ''Dunia bukanlah tempat menunjukkan kekuatan tetetapi untuk kita rasai nikmatnya''

107. ''Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan kegagalan''

108. ''Seseorang yang cepat mendaki ke puncak akan cepat pula jatuh ke bumi''

109. ''Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak membuktikannya melalui perlaksanaan''

110. "Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetetapi sewaktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan"

111. ''Penipu yang mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranya dirinya ditipu''

112. ''Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan''

113. "Harta boleh menjadikan seseorang yang tamak sebagai hambanya"

114. ''Kecantikan dan kebaikan tidak wujud bersama''

115. "Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian"

116. "Setiap manusia hanya mempunyai dua matlamat iaitu cita-cita & kejayaan"

117. "Harta menjamin dunia. Iman menjaminkan akhirat"

118. "Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau kekurangan"

119. ''Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya terhadapnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri''

120. "Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri kita yang sebenar"

121. "Masa adalah sekolah di mana kita belajar. Masa adalah api di dalamnya kita terbakar"

122. "Manusia mesti menamatkan peperangan, jika tidak peperangan akan menamatkan manusia"

123. "Arus masa depan telah tiba & tiada cara melawannya" 

124. ''Kisah cinta yang sebenarnya tiada akhirnya''

125. "Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan" 

126. "Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah daripada berusaha memperbaiki kelemahan diri"

127. "Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan" 

128. "Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang"

129. "Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati"

130. ''Dendam adalah manis. Balasannya adalah pahit''

131. ''Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian''

132. ''Sungguhpun bertanya itu memalukan, tetetapi disitulah kebenaran yang mudah diperolehi. Malu bertanya sesat jalan. Bertanyalah pada mereka yang arif''

133. ''Perkara yang paling manis dalam dunia ini ialah pujian seorang kekasih daripada perasaan cintanya. Ia lebih manis daripada madu yang paling enak di dunia ini''

134. ''Pemimpin yang paling berkuasa ialah yang disegani oleh rakyatnya, manakala seorang pemimpin yang tidak baik akan menipu rakyatnya''

135. ''Anak yang soleh sentiasa bermanis muka ketika bercakap, tidak berwajah garang atau bermasam muka kepada orang lain''

136. ''Ilmu yang tidak dimenafaatkan umpama pohon yang tidak berbuah''

137. ''Tiap-tiap perkara yang tidak dimulai dengan BISMILLAH, maka akan terputus keberkatannya"

138. ''Janganlah kita bersikap sombong dan bermegah-megah dengan kelebihan yang ada pada diri kita. Orang yang sombong selalunya akan dibenci''

139. ''Bercakaplah yang benar walaupun ianya pahit''

140. ''Sesungguhnya Allah s.w.t itu tidak melihat kepada tubuhmu, tidak pula melihat bentuk rupamu, tetetapi Dia melihat kepada hatimu''

141. ''Janganlah takut mencuba sesuatu yang baru, asalkan kalau kita yakin dengan kebaikan yang akan diperolehinya

142. ''Janganlah mudah kita melemparkan kata-kata nista kepada orang lain sebab mungkin orang yang dinista itu lebih baik daripada kita. Orang yang baik juga sentiasa menjaga lidahnya daripada menyakiti hati orang lain''

143. Fikirkanlah dosa dan pahala...lalu laksanakanlah yang berpahala dan tinggalkan yang berdosa''

144. 'Orang Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih disukai oleh Allah daripada orang Mukmin yang lemah''

145. ''Berbuat baiklah, sesungguhnya Allah s.w.t menyukai orang-orang yang berbuat baik''

146. ''Jadikanlah hari ini lebih baik dari hari semalam''

147. ''Tidak akan masuk syurga bagi orang yang memutuskan silaturrahim'.

148. ''Tunaikanlah amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita dengan jujur''

149. ''Berusahalah untuk menjadi kawan yang setia....kita tetap bersama walaupun dalam keadaan yang susah''

150. ''Ingatlah, kita tidak akan menjadi miskin atau susah hanya kerana kita berkongsi sedikit daripada harta kita dengan orang lain''

151. ''Tidak kira betapa kecil atau besar sumbangan yang boleh kita berikan, yang penting kita berusaha sebaik mungkin dengan keupayaan yang ada pada diri kita''

152. ''Sesuatu kejayaan adalah lebih bermakna apabila ia disertai usaha yang bersungguh-sungguh...orang yang mudah berputus asa tidak mungkin beroleh kejayaan yang cemerlang. Biarlah bersusah dahulu, asalkan senang kemudian''

153. ''Pentingkan yang lebih penting kerana yang lebih penting itu lebih penting dari yang penting''

154. ''Jangan terlalu memandang tinggi kepada orang lain sehingga memandang rendah kepada diri sendiri''

155. ''Janganlah kita mudah lupa diri apabila mendengar puji-pujian sebab tidak semua puji-pujian itu dapat memberi kebaikan kepada kita''

156. "Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"

157. "Jalan terbaik untuk keluar dari suatu kesulitan ialah menghadapi dan mengatasi kesulitan itu"

158. "Apabila kita mendengar sesuatu berita , kita selalu harus menunggu keputusannya"

159. "Memberi contoh dengan perbuatan adalah lebih baik daripada memberi contoh dengan perkataan"

160. "Manusia yang dapat membina dunia serta kemajuannya adalah manusia yang dapat memuji dan mengkritik"

161. "Perancangan yang teliti memainkan peranan yang penting dalam hidup manusia, jika anda mempunyai matlamat atau tujuan hidup jelas, anda harus merancangnya dengan teliti agar dapat menuju kearah sasaran dengan tepat"

162. "Keadilan adalah timbangan kebenaran, kesederhanaan adalah timbangan keberanian"

163. "Jika kita tidak mampu bertindak seperti yang kita harapkan maka kita harus bertindak apa yang kita mampu"

164. "Angan-angan, harapan, keinginan, kehendak dan cita-cita dapat diubah sehingga menjadi kenyataan, setelah melalui pengalaman pahit dan kegagalan dan tetap bertekad untuk berjalan terus maju terus tanpa mengenal lelah dan putus asa sekalipun orang lain sudah menghalangnya"

165. "Tidak sekali-kali panjang fikiran seseorang selain ia telah berilmu. Dan tidak sekali-kali berilmu seseorang itu selain ia beramal"

166. "Keyakinan yang mendalam akan membuat seseorang itu kebal terhadap ejekkan dan hinaan"

167. "Untuk mencapai cita-cita yang anda idam-idamkan, anda harus ada kemahuan , kebolehan, kesanggupan dan penentuan yang teguh"

168. "Modal paling baik dari seorang ialah kerajinannya"

169. "Jangan melepaskan apa yang berada berhampiran kita dengan bermimpi tentang apa yang jauh daripada kita"

170. "Barang siapa yang menjadikan dirinya pemimpin maka hendaklah ia mulai memimpin dirinya sebelum ia memimpin orang lain"

171. "Kalau kamu melihat seseorang berbudi luhur, berusahalah menyamai kebaikannya dan kalau kamu bertemu dengan seorang berbudi rendah, periksalah dirimu sendiri"

172. "Hargailah diri sendiri, peliharalah maruah dan martabat demi menjadi insan yang sempurna"

173. "Waktu sangat berharga, maka itu janganlah engkau habiskan kecuali untuk sesuatu yang berharga"

174. "Tidak ada yang lebih mencelakakan daripada bekerja tanpa menggunakan pengetahuan."

175. "Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"

176. "Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

177. "Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk turun ke bawah"

178. "Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"

179. "Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan"

180. "Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket"

181. "Orang yang selalu bersedih akan sukar mencapai apa yang dicita-citakan"

182. "Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain"

183. "Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi"

184. "Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal"

185. "Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu"

186. "Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda"

187. "Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain"

188. "Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya"

189. "Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"

190. "Perkara yang paling manis dalam dunia ini ialah pujian seorang kekasih daripada perasaan cintanya. Ia lebih manis daripada madu yang paling enak di dunia ini"

191. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

192. Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. Andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

193. Hidup tidak selalunya indah tetapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

194. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

195. Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

196. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

197. Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

198. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tetapi diiringi dengan riak.

199. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

200. Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

201. Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

202. Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

203. Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

204. Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tetapi amat sukar dilihat.

205. Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

206. Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong

207. Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

208. Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

209. Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

210. Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

211. Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

212. Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

213. Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

214. Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

215. Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

216. Bersyukurlah sampai berjaya, jangan tungguh berjaya baru mahu bersyukur

217. Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang- kadang menumpahkan darah.

218. Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

219. Esok pasti ada tetetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

220. Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi .

221. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

222. Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

223. Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaku, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

224. "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yangbersinar- bersinar, tetetapi tidak melihat apa-apa"

225. "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

226. Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

227. Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tetapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

228. "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"

229. "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tetapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

230. "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

231. "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

232. Hadiah Terbaik : Kepada kawan - Kesetiaan Kepada musuh - Kemaafan Kepada ketua - Khidmat Kepada yang muda - Contoh terbaik Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan. Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan Kepada manusia - Kebebasan

233. "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

234. "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

235. "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

236. "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".

237. "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"

238. "Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang"

239. "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tidak ber teman.."

240. "Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"

241. "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"

242. "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

243. "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."

244. "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetetapi kita sering kali ingat apa yang ora ng lain ada."

245. "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."

246. "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi."

247. "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

248. "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."

249. "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

Mutiara Kata Penuh Hikmah bersambung ke entri yang lain kerana ada maasalah pada tamplate blog ini. Anda boleh klik link seterusnya di bawah ini.


250-359 Kata-Kata Hikmah Mencetus Semangat
360-459 Kata-Kata Hikmah Panduan Hidup
460-526 Kata-Kata Hikmah Mencapai Kejayaan Hidup
527-576 Kata-Kata Hikmah Eksklusif Lukmanul Hakim
577-606 Kata-Kata Hikmah Eksklusif Imam Shafie
607-625 Kata-Kata Hikmah Eksklusif Imam Ghazali
626-665 Kata-Kata Hikmah Eksklusif Saidina Ali

Sila kongsikan dengan rakan-rakan anda secara percuma. 
Read more ...

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi