Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Hari ini memang ramai ibu-ibu termasuk isteri saya sendiri mengepam susu badan di pejabat atau di tempat kerja. Bolehkah amalan ini dilakukan menurut pandangan Islam.
Untuk menjawab persoalan ini, baiklah kita bertanya orang yang alim. Penjelasan ini saya ambil daripada video Ustaz Azhar Idrus berkenaan dengan wanita pam susu badan di pejabat.
Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Hukum Wanita Pam Susu Badan Di Pejabat
Soalan
Saya ada seorang kawan yang suka pam susu badan untuk simpanan. Aktiviti ini sudah menjadi wajib hingga mencuri masa kerja.
Adakalanya, sudah habis waktu bekerja pun dia masih pam sehingga memaksa orang lain menunggu di habis pam untuk kunci pejabat. Padahal boleh sahaja dia terus balik dan beri susu anak.
Pam Susu Medela |
Bila ditanya kenapa tidak pam di rumah? Dia jawab pam di pejabat, jimat elektrik di rumah. Apakah hukum perbuatannya itu.
Dia bukan bayar duit pun.
Jawapan
Mengepam susu badan menggunakan mesin pam, hukumnya harus. Namun, jika kita menggunakan harta benda awam seperti cas telefon di surau dengan sengaja hukumnya haram. Dapat dosa.
Kalau tidak, mesti dengan izin daripada majikan terlebih dahulu. Jika, secara adatnya dibenarkan kepada staf, maka tidak wajib minta izin.
Contohnya, staf yang hendak cas bateri telefon di pejabat. Kebiasaanya, pejabat tidak akan ambil tindakan kerana dikira sedikit, hukumnya harus.
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Huda untuk:
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Independent Distributor |
HUDA [SID:1093239]
Emel:nh_5656@yahoo.com
Huhu..terima kasih kongsikan..leh ilmu hari ni..hehe
ReplyDeletesama-sama...semoga bermanfaat
Deletekalau begitu lah cara menanya memang lah jawabnya haram... dia bukan nak tanya soal pam susu kat pejabat pun... dia nak tanya soal menggunakan menggunakan kemudahan pejabat jer... takyah cakap soal pam susu, kalau bukan pasal pam susu pun akan haram kalau menggunakan kemudahan pejabat selain dari bekerja.... nampak sangat yg menanya pun hati tak elok...
ReplyDeleteya, soalan itu bukan untuk pam susu sahaja
Deletewah.. bahaya gak yer kalau jatuh hukum haram. erm.. kalau ofis kecik boleh la minta kebenaran bos, kompeni bos punya. kalau kompeni besar / keje govt, nak tanya bos, bos pun makan gaji :)
ReplyDeletebila dh terlalu byk sngat ilmu, akan ada sahaja jawapan utk 'menghalal'kan yg haram.. wallaualam..
ReplyDelete