Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Review Blog #1 Ayu Insyirah
Pada saat blog ini direview, ranking seluruh dunia adalah 562,400 dan rangking dalam Malaysia adalah 7443 menerusi
Alexa Rank.
Kalau SEO score menggunakan tool
Chkme, blog ini memcapai 17%. Jumlah pengunjung saat ini adalah 25805 menggunakan tool
Hit Web Counter. Mula berblog sejak tahun 2009 (tolong betulkan saya kalau tersilap).
Saya mengenali beliau melalui segmen-segmen yang anjurkan oleh rakan-rakan blogger sebelum ini dan sejak dari situ saya mula follow blog ini dari semasa ke semasa.
Walaupun saya tidak mengenali secara mendalam, namun sedikit sebanyak saya boleh gambarkan daripada beberapa maklumat yang saya perolehi daripada blog beliau.
Pada saya, blog
Ayu Insyirah lebih kepada perkongsian peribadi dan sangat aktif menyertai pelbagai jenis segmen yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger.
Header blog ini menunjukkan sekuntum bunga merah yang segar bugar bersama helaian-helaian daun hijau yang cukup sedap mata memandang.
Antara untaian kata yang menarik minat saya adalah tentang artikel
muhasabah diri yang bertarikh 31 Mac 2014 yang bertajuk 13 Kata-kata "Jangan Menunggu" yang perlu dihindari.
1. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia.
2. Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.
3. Jangan menunggu termotivasi baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.
4. Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang lain! Maka kamu akan dipedulikan ….
5. Jangan menunggu orang memahami kamu. baru kamu memahami dia, tâpi fahamilah orang itu, maka orang itu akan faham dengan kamu.
6. Jangan menunggu terinspirasi baru menulis.tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.
7. Jangan menunggu projek, baru bekerja, tapi bekerjalah, maka projek akan menunggumu.
8. Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai.
9. Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.
10. Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah ke arah kebaikan, maka kamu akan menjadi contoh yang akan diikuti.
11. Jangan menunggu berjaya baru bersyukur tapi bersyukurlah, maka insha Allah kita akan berjaya.
12. Jangan menunggu boleh, baru melakukan, tapi lakukanlah! Maka kamu pasti boleh!
13. Jangan menunggu waktu luang tuk membaca Al-qur'an, Tapi luangkan waktu tuk membaca Al-qur'an,
Kalau anda mahu membaca lebih banyak perkongsian beliau, boleh terus sahaja ke blog Ayu Insyirah. Pasti anda tidak mahu melepaskan peluang untuk membaca artikel-artikel lain yang ada di sini.
Dalam pada itu, anda juga boleh meletakkan iklan untuk mempromosi website atau produk anda di blog beliau. Tetapi rasanya perlu berbincang dengan beliau dari segi bayaran yang dikenakan.
Saya doakan
Ayu Insyirah akan terus maju dan berjaya dalam arena blogging.
Semoga anda terhibur dengan review blog yang tidak seberapa ini. Jika anda ada sebarang komen tentang review blog ini boleh utarakan di bawah ini. Terima kasih.
Read more ...