HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991
Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Saturday, December 20, 2014

Tutorial Pakai Tudung Telekung Untuk Ibu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Bagaimana dengan gaya shawl yang Heliza Helmi tunjukkan sebelum ini? Ok atau tidak? Apa pula pandangan suami puan?

Kalau puan rasa selesa dengan gaya tersebut dan suami puan-puan pun suka bolehlah beli beberapa jenis dan warna yang berbeza-beza selepas ini. 

Sebelum itu, jangan lupa berbincang dengan suami dahulu, tanyakan warna shawl apa yang dia suka. Barulah romantik kan...He..he..

Kalau yang belum berkahwin mintalah pandangan ibu atau kenalan terdekat tentang warna shawl yang sesuai dengan anda. Barulah orang terdekat dengan anda rasa dihargai dan hubungan silaturrahim semakin erat. Biiznillah.

Baiklah, kalau sebelum saya kongsikan tutorial pakai shawl untuk ibu, tetapi hari ini saya akan kongsikan dengan anda pula tentan tutorial pakai Tudung Telekung Untuk Ibu.

Jangan marah ye, saya masih menggunakan model Heliza Helmi, hehehe... 

Saya bukan mahu mempromosikan produk Heliza Helmi, tetapi saya cuma kongsikan dengan anda sejenis Tudung yang sesuai untuk ibu-ibu yang mementingkan soal aurat dan kemudahan dalam penyusuan anak. 

Malahan tudung telekung ini boleh digunakan terus untuk bersolat walaupun ketika bermusafir.

Tudung Telekung ini bukan sahaja boleh dipakai oleh ibu-ibu, tetapi juga wanita-wanita muda dan yang berumur.


Tutorial Pakai Instant Telekung Untuk Ibu


Terdapat banyak cara untuk menggayakan Tudung Telekung ini tetapi dalam gambar ini saya hanya tunjukkan 2 cara iaitu :

  1. Lilitan Asas 
  2. Lilitan Niqab

Lilitan Asas


Rasanya sudah ramai yang tahu menggayakan cara ini kerana ia mudah dilakukan.  Pegang kedua-dua belah kain (kiri dan kanan) di sebelah hadapan seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah yang pertama.

Temukan kedua-dua bahagian yang anda pegang tadi dan jika anda mahu lilit tudung ke sebelah kiri kepala, pegang bahagian atas yang anda temukan itu dengan tangan kanan dan tangan kiri di sebelah bawah.

Kemudian, lilit kepala anda ke sebelah kiri kepala seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah ke tiga.

Lebihkan kain tundug yang dililit itu tadi di sebelah kanan kepala dan selitkan bahagian yang lebih itu di bawah dagu. 

Jika mahu kemas dan tidak tertanggal, boleh diletakkan pin atau sebagainya mengikut citarasa anda.

Lilitan Niqab


Untuk lilitan niqab ini pula adalah sambungan daripada lilitan asas. Anda hanya perlu pegang bahagian hadapan tudung dan naikkan sehingga ke atas hidung. 

Selamat mencuba. 

Kalau anda mahu beli tudung ini jangan beli dengan saya sebab saya tidak jual sekarang. Anda boleh terus hubungi Heliza Helmi di blog Heliza Helmi Hijab.

Heliza Helmi

Cantikkan?

Pada saya, Tudung ini boleh digayakan dengan pelbagai cara mengikut citarasa dan kriativiti. Tudung ini labuh dan menutup bahagian dada memudahkan ibu-ibu untuk bersolat. 

Tetapi,jangan hanya tudung sahaja labuh, pastikan juga baju yang kita pakai mengikut piawaian agama iaitu menutup aurat.

Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Huda untuk:
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Faedah Dua Hala Dengan Penyusuan Susu Ibu ,set menyusu shaklee, penyusuan susu ibu, produk shaklee
Independent Distributor
HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

Read more ...

Thursday, December 18, 2014

Tutorial Pakai Shawl Untuk Ibu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Melihat kepada tajuk di atas mungkin ada yang kata saya ingin menjual shawl. 

Hehe...

Buat masa ini saya belum berniat untuk menjual shawl lagi. Tetapi tidak tahulah di masa akan datang.

Entri ini cuma untuk berkongsi kepada ibu-ibu yang gemar memakai shawl. Kepada yang bukan ibu pun boleh ikut tutorial ini.

Walaupun ibu-ibu seperti saya sentiasa sibuk dengan tugasan dan anak yang kerap menyusu badan, tetapi tidak menjadi masalah untuk bergaya dengan memakai shawl.

Menjaga penampilan diri juga penting kerana ibu-ibu perlu ingat, hati suami kita perlu sentiasa ditambat meskipun anak-anak sudah ramai yang boleh melompat.(anak semakin besar)

Apa yang penting, niat mesti ikhlas dan menutup aurat.

Tutorial Pakai Shawl Untuk Ibu


Kalau ikut cara yang ditunjukkan oleh Heliza Helmi ini memang nampak mudah tetapi kalau siapa yang tidak biasa agak kekok sikit.

Jujur saya katakan, saya sendiri tidak pandai memakai shawl tetapi adalah cuba-cuba pakai sendiri. Hehe...

Kepada ibu-ibu dan sesiapa yang memang gemar memakai shawl, boleh ambil shawl yang terlipat atau tersidai di ampaian dan boleh ikut cara yang ditunjukkan oleh Heliza Helmi. 

  1. Pegang kedua belah bucu kain yang bergetah seperti dalam gambar.
  2. Masukkan ke kepala dan pastikan kedudukan tali getah berada di belakang kepala
  3. Kain tudung yang berada di hadapan ditarik ke belakang
  4. Kain tudung yang ditarik ke belakang kelihatan seperti di dalam gambar no 4
  5. Pegangn kedua-dua belah kain di kiri dan kanan
  6. Ambil bahagian kanan kain dan selitkan ke dalam getah bahagian sebelah kiri. (Ia boleh ditukar kiri dan kanan mengikut keselesaan masing-masing.)
  7. Bahagian yang diselitkan ke dalam getah bahagian kiri tadi, ditarik sehingga menjadi seperti di dalam gambar



Tutorial memakai shawl oleh Heliza Helmi
Sekarang sudah siap.

Macammana? Mesti cantik ! Cuba ibu-ibu tunjukkan kepada suami ibu, pasti dia teruja dengan penampilan ibu yang cun dan menawan.

Kalau suami ibu-ibu tidak berkenan saya rasa ibu perlu cuba cara lain yang membuatkan dia terbeliak biji mata. He..he..

Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan artikel ini dengan orang lain.

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Huda untuk:

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Faedah Dua Hala Dengan Penyusuan Susu Ibu ,set menyusu shaklee, penyusuan susu ibu, produk shaklee
Independent Distributor
HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com


Read more ...

Saturday, March 15, 2014

Cara Mengetahui Trend Keyword Yang Dicari Google

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtara.

Keyword atau kata kunci merupakan elemen penting yang perlu diambil perhatian oleh seorang blogger yang inginkan artikel mereka disukai oleh enjin carian Google. 

Dengan menggunakan keyword yang disukai oleh Google, mudahlah artikel kita dijumpai oleh pencari maklumat.

Untuk itu, kita perlu Mengetahui Trend Keyword Yang sering Dicari oleh enjin carian Google.

Cara Mengetahui Trend Keyword Yang Dicari Google


Caranya mudah sekali. Anda hanya perlu klik http://www.google.com/trends/ dan masukkan keyword yang anda mahu.

Setelah itu, tekan enter atau klik simbol kanta sebelah kanan.

Di bawah ini saya tunjukkan contoh keyword yang saya ingin lihat trend carian di Google.

Saya ingin melihat trend keyword 'cari'. Berdasarkan graf Interest over time yang ditunjukkan dalam gambar di bawah keyword ini memang menjadi trend dan disukai pada masa ini.









Seandainya anda rasa bermanfaat entri ini, sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan.

FREE CONSULTATION
 and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com
Read more ...

Tuesday, March 4, 2014

Cara Meletakkan Order Form Percuma Di Blog

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtara.

Salah satu perkara mustahak yang perlu ada dalam blog yang bercirikan perniagaan adalah order form.

Order form boleh digunakan oleh pengguna/pembeli untuk berhubung dengan kita secara langsung.

Dalam order form ini, pengguna/pembeli perlu mengisi beberapa maklumat penting yang kita perlukan.

Maklumat-maklumat pengguna amat penting untuk kita berhubung dan juga menghantar barang yang dipesan oleh pembeli.

Oleh itu, hari ini saya kongsikan bagaimana cara meletakkan order form percuma di blog anda.

Cara Meletakkan Order Form Percuma Di Blog


Cara buat order form


#1. Anda perlu klik >> Freedback.

#2. Sign in terlebih dahulu >> Masukkan maklumat yang diperlukan.

Cara Meletakkan Order Form Percuma Di Blog


#3. Tunggu sehingga anda menerima emel pengesahan oleh Freedback.

#4. Sekarang anda klik Create A Form Now>>Berikan nama form anda.

Cara Meletakkan Order Form Percuma Di Blog


#5. Klik Add Question >> Ada 6 jenis pilihan soalan yang anda boleh hasilkan.
  • Short Answer
  • Long Answer
  • Radius Buttons
  • Select Box
  • Checkboxs
  • Text

https://www.facebook.com/pages/SyukurnyaSihatCom/1409341569307394


6 pilihan soalan ini menentukan jawapan yang akan muncul pada blog anda. Cuba hasilkan soalan yang memudahkan pengguna.

Apabila siap satu soalan, klik required jika anda mahu mewajibkan pengguna isi bahagian itu dan klik save.

Untuk menambah soalan berikut, hanya perlu ulang langkah ke 5. 

Jika anda mahu edit, delate atau ubah kedudukan soalan sila gunakan button sebelah kanan bagi setiap soalan.

#6. Setelah siap soalan-soalan yang anda mahukan, Klik Continue di bawah sebelah kanan.

#7. Pastikan emel yang tertera adalah betul kerana maklumat pengguna akan dihantar ke emel tersebut. Klik Continue sekali lagi.

Cara Meletakkan Order Form Percuma Di Blog


#8. Sekarang anda copy code html untuk ditampal ke dalam blog anda.

Cara Meletakkan Order Form Percuma Di Blog


Cara tampal order form di blog


Log in blog anda >>  Pilih layout >> Add gadget >> Pilih Html/Java Script. Kemudian tampal code Html tersebut.

Setelah itu anda boleh cuba fungsi order form ini sama ada boleh guna atau tidak. 

Caranya, masukkan sahaja beberapa maklumat yang diperlukan dan klik submit form. Kemudian lihat dalam emel anda ada atau tidak.


Alhamdulillah, siap kerja anda. Di bawah ini saya tunjukkan hasil yang telah saya buat .



Cara Meletakkan Order Form Percuma Di Blog



p/s: Hanya satu form sahaja untuk satu akaun yang boleh dihasilkan. Jika anda mahu buat order form lebih, anda perlu upgrade sistem ataupun delate order form yang lama dan gantikan yang baru. 

FREE CONSULTATION
 and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

Seandainya anda rasa bermanfaat entri ini, sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Read more ...

Wednesday, February 5, 2014

Tutorial Buat Blog Percuma Untuk Pengedar Shaklee

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtara. 




Sebelum ini saya telah kongsikan info kepentingan blog dalam memasarkan produk Shaklee. Jom tengok di sini.

Hari ini pula saya akan tujukkan Tutorial Buat Blog Percuma Untuk Pengedar Shaklee.

Caranya tidaklah sesusah yang anda sangkakan. Cuma sediakan ruang masa untuk belajar.

Baik, sebelum itu saya ingin nyatakan kepada anda bahawa kita boleh membina blog dengan dua cara iaitu:


  1. Berbayar 
  2. Percuma

Bagi anda yang masih baru berjinak-jinak dengan blog, saya mencadangkan agar anda bina blog versi percuma dahulu.

Apabila sudah mahir dalam arena blog nanti, bolehlah anda bertukar ke blog yang berbayar pula.

Hari ini saya hanya berkongsi bagaimana membuat blog percuma sahaja kepada pengedar Shaklee.


Tutorial Buat Blog Percuma Untuk Pengedar Shaklee


#1. Buka akaun gmail.


Kepada yang sudah memiliki akaun gmail terus sahaja ke langkah yang ke dua, kalau belum lagi boleh terus ke www.gmail.com.

#2. Buka akaun blogger

Setelah anda memiliki akaun gmail terus sahaja ke www.blogger.com. Oleh kerana saya pernah Sigg in ke dalam akaun blogger ini nama dan email saya sudah terpampang.

Anda yang baru pertama kali masuk ke dalam akaun blogger perlu masukkan alamat email (gmail) dan password. Kemudian klik sign in yang berwarna biru itu.



http://goo.gl/TKhCoJ

#3. Mula membina blog.

Sekarang anda sudah boleh membina blog anda sendiri. 


1) Klik pada butang new blog sebelah kiri.



http://goo.gl/TKhCoJ

2)   Masukkan nama blog di bahagian Title (1). 


Contohnya saya pilih shakleeanda


3) Masukkan alamat blog anda pada bahagian Address (2). 


Contohnya saya pilih shakleeanda.blogspot.com

Sebelum anda klik butang berwarna oren (Create blog!) di sebelah kiri bawah, anda boleh memilih template yang anda suka.

Sebagai contoh saya pilih Simple sahaja. Apabila selesai klik Create blog!


http://goo.gl/TKhCoJ

3) Blog telah siap


Sekarang blog anda telah siap dibina tetapi anda belum boleh melihat wajah blog anda selagi anda belum menghatar sebarang entri atau artikel

Anda boleh mula menghantar artikel di blog anda dengan klik Start blogging seperti yang ditujukkan oleh anak panah.


http://goo.gl/TKhCoJ

4) Mula menulis


Anda telah berjaya membina blog sendiri dan sekarang anda boleh tulis apa sahaja yang anda suka.

Masukkan tajuk pada ruang nombor 1 dan artikel anda pada ruang nombor 2. Kemudian anda boleh publish di ruang nombor 3.


http://goo.gl/TKhCoJ

5) Artikel pertama!


Alhamdulillah, artikel anda yang pertama telah diterbitkan. Untuk melihat hasilnya klik butang View blog.


http://goo.gl/TKhCoJ

6) Blog Siap


Inilah paparan blog yang telah siap dibina dan anda boleh mula edit sendiri bagaimana paparan yang ada mahu.


http://goo.gl/TKhCoJ

Selamat mencuba!

Sekiranya anda rasa artikel ini berguna, sila kongsikan dengan orang lain yang anda inginkan.


FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!



HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

Read more ...

Cara Automatik Hantar Artikel Blog Ke Facebook

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtara.

Bertemu lagi dengan saya dalam tuturiol blog. Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana hendak menjadikan artikel di blog kita terus di pos ke facebook secara automatik.

Saya yakin dan percaya pasti ramai blogger-blogger atau peniaga khususnya pengedar Shaklee sukakan kaedah ini.

Cara ini bukan sahaja memudahkan kerja anda, malahan anda tidak perlu membayar apa-apa kepada facebook atau blogger. Ia adalah percuma.

Namun, untuk makluman anda facebook telah menghadkan penghantaran artikel secara automatik dari blog ini kepada 300 artikel sahaja.

Untuk menghantar lebih dari itu, anda perlu upgrade dan ada caj yang dikenakan oleh facebook. Bagi saya untuk menulis artikel sebanyak 300 mengambil masa yang agak lama.

Jika sudah penuh 300 artikel itu, anda masih boleh guna cara hantar artikel ke banyak group di facebook yang saya tunjukkan sebelum ini.

Tanpa melengahkan masa anda dan masa saya, ayuh saya tunjukkan cara yang hebat ini. Selamat belajar dan mencuba.


Cara Automatik Hantar Artikel Blog Ke Facebook 


#1. Sign in ke akaun facebook anda 


Oleh kerana kita hendak link artikel ke facebook, tentulah kita kena sign in ke akaun facebook anda dahulu.


#2. Terus ke link ini >> http://apps.facebook.com/rssgraffiti/


Pastikan keluar paparan seperti dalam gambar di bawah ini. Kemudian klik Add New Publishing Plan


Cara Automatik Hantar Artikel Blog Ke Facebook1
























#2. Berikan nama pada New Publishing Plan


Masukkan nama blog yang hendak anda link dengan facebook ini dan klik Create Publishing Plan


Cara Automatik Hantar Artikel Blog Ke Facebook2














Selepas anda Create Publishing Plan, anda akan dapati ada dua bahagian yang terpapar iaitu source dan target.

Cara Automatik Hantar Artikel Blog Ke Facebook3


#3. Klik add new pada sources


Masukkan link blog anda dalam enter RSS fee URL seperti yang ditunjukkan oleh anak panah dibawah dan add source.


Cara Automatik Hantar Artikel Blog Ke Facebook4





#4. Setup Basic


Anda boleh masukkan berapa banyak post yang anda mahu setiap kali anda update blog anda di bahagian Maximum Posts per Update.

Anda boleh susun post anda sama ada yang terbaru di atas atau post lama di atas. Kemudian klik Save Change.


Cara Automatik Hantar Artikel Blog Ke Facebook5



























#5. Setup Advance


Kalau anda mahu masukkan messege dalam post yang anda link dengan facebook, maka anda perlu setup di bahagian Advance.

Caranya, anda klik Advance di sebelah Basic dan pastikan paparan di bawah ini muncul.

Pilih yang mana anda mahu di bahagian Format Message dan taip message anda di bahagian Static Text .

Paparan yang akan terhasil boleh dilihat pada Live Data Preview seperti yang ditunjukkan oleh anak panah biru dan klik Save Change.

Cara Automatik Hantar Artikel Blog Ke Facebook6

Seandainya anda rasa bermanfaat entri ini, sila kongsikan dengan onghargainya.

#6. Klik New Target pada Target


Setelah anda klik new target anda pilih facebook seperti dalam gambar di bawah ini.

Cara Automatik Hantar Artikel Blog Ke Facebook7



#7. Pilih Fanpage Facebook


Pada ruang setup target ini anda boleh pilih fanpage anda yang mahu dilink dengan blog anda.

Anda juga boleh pilih paparan link blog anda di facebook dengan memilih standard, compact atau status updates seperti di bahagian yang ditunjukkan oleh anak panah hijau.

Cara Automatik Hantar Artikel Blog Ke Facebook8

#8. On dan Siap


Pastikan anda klikl button Off di tengah-tengah antara source dan target supaya jadi On. Alhadulillah sudah siap.

Sekarang anda boleh mula menulis artikel di blog dan secara automatik artikel itu akan terpapar di facebook anda.


Cara Automatik Hantar Artikel Blog Ke Facebook9


FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!



HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com


Sekiranya anda rasa artikel ini bermanfaat, sila kongsikan dengan orang yang anda mahu. Mari beramal agar disayangi Tuhan.

Read more ...

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi