Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Sejak melahirkan anak sulung lagi, saya akan memaklumkan kepada doktor bahawa saya sedang menyusukan bayi setiap kali berjumpa doktor .
Saya bukannya apa, bimbang kalau-kalau ubat yang saya makan boleh mendatangkan kesan yang tidak diigini kepada anak.
Sebelum saya teruskan entri ini, saya ingin tanya anda adakah seorang ibu menyusu tidak boleh mengambil sebarang ubat?
Bagi yang sudah berpengalaman dan memang ahli dalam bidang kesihatan memang tidak ada masalah tentang jawapan ini bukan?
Manakala yang belum mengetahui jawapan untuk soalan pertama tadi, hari ini saya akan kongsikan dengan anda artikel yang saya baca dari buletin Pusat Racun Negara.
Artikel yang saya maksudkan dikarang oleh Dr Muhammed Izham Bin Muhammad Ibrahim Dan Dr Norlela Bin Maarup.
Bolehkah Ibu Menyusu Mengambil Ubat?
Pelbagai jenis ubat |
Susu ibu merupakan sumber zat dan antibodi yang baik untuk bayi. Bagi ibu-ibu yang terpaksa mengambil ubat dalam tempoh penyusuan beberapa perkara perlu diketahui terlebih dahulu.
Ini adalah kerana sesetengah ubat boleh memasuki tubuh bayi melalui susu ibu. Ubat-ubat ini juga boleh memberi kesan buruk kepada bayi kerana sistem tubuh bayi yang sedang berkembang.
Sesetengah ubat pula, boleh mengurangkan pengeluaran susu ibu, justeru menjejaskan berat badan bayi.
Kadangkala ibu terpaksa memberhentikan penyusuan lebih awal dari sepatutnya kerana kekurangan atau ketiadaan susu.
Ibu-ibu dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat terperinci daripada doktor atau ahli farmasi tentang kaedah untuk mengurangkan risiko ubat-ubatan terhadap bayi mereka.
Sesetengah ubat juga perlu digunakan dalam dos yang kecil dan ada ubat yang perlu digunakan dalam tempoh yang singkat.
Sesetengah ubat juga perlu digunakan dalam dos yang kecil dan ada ubat yang perlu digunakan dalam tempoh yang singkat.
Contoh-contoh ubat yang perlu dielakkan atau digunakan secara berhati-hati semasa tempoh penyusuan bayi.
- amantadin
- ubat antikanser
- bromokriptin
- kloramfenikol
- alkaloid ergot
- klemastin
- garam emas
- iodin, litium
- fenindion
- tiourasil
Contoh-contoh ubat yang perlu diambil secara berhati-hati.
- aminofilin
- amiodaron
- aminoglikosida
- antibiotik
- antraquinon
- aspirin
- atropin
- barbiturat
- benzodiazepin
- penghalang beta
- kalsiferol
- karbimazol
- klorpromazin
- simetidin
- klindamisin
- kortikosteroid
- diuretik
- indometasin
- isoniazid
- laksatif
- meprobamat
- metildopa
- metronidazol
- asid nalidisik
- nitrofurantoin
- analgesik opiod
- kontraseptif oral
- penisilin
- fenobarbiton
- fenilbutazon
- reserpin
- hormon seks
- sulfonamida
Panduan memilih ubat bagi ibu menyusu
Pastikan bayi comel anda tidak berisiko |
- dos ubat dan tempoh rawatan.
- umur bayi tersebut.
- jumlah susu yang digunakan (dihisap).
- tahap penyerapan ubat secara oral oleh bayi.
- kesan mudarat (atau toksik) yang tidak berkaitan (tidak bergantungan) pada dos ubat.
- kemungkinan kesan ubat yang berpanjangan.
- kemungkinan gangguan ubat terhadap pengeluaran susu.
- pengalaman dan pengetahuan ahli profesional kesihatan berkaitan ubat berkenaan.
Bagaimana untuk mengurangkan pendedahan bayi kepada ubat-ubat dalam susu ibu?
- elakkan atau jangan ambil ubat jika boleh.
- lambatkan proses rawatan terhadap ibu jika keadaan tidak terdesak.
- pilih ubat yang tidak boleh atau sukar memasuki susu ibu.
- pilih cara pengambilan ubat (cara pemberian) yang lebih sesuai.
- elakkan penyusuan pada waktu kepekatan ubat tinggi dalam susu.
- berikan ubat kepada ibu selepas penyusuan yang terakhir iaitu sebelum bayi tidur malam.
- berhentikan penyusuan buat sementara waktu..
- berhenti menyusu sekiranya ubat mempunyai banyak kesan mudarat.
Kesimpulan
Tidak salah bagi ibu menyusu mengambil ubat. Namun begitu faktor di atas perlulah diambil kira sebelum ibu-ibu mengambil ibu tertentu. Yang penting setiap pengambilan ubat adalah daripada doktor atau pakar kesihatan yang bertauliah.
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Huda untuk:
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com
Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
saya selalunya pun akan inform doc bagitau baby BF untuk elakkan dpt ubat yg xsesuai
ReplyDeletebaru-baru ni, IbuNoey terpaksa makan antibiotik sebab sakit yang silih berganti..dan memang ada kesan pada produksi susu ibu. ;(
ReplyDeleteerm.. time menyusukan baby atau time ngandung, selalu elakkan makan ubat wpun time sakit. panadol pun kalau dah tak tahan sangat baru ambil, kalau sakit yg boleh ditahan, memang tahan aje. semuanya sebab pikirkan baby. nice sharing :)
ReplyDeleteTerima kasih atas info ini.
ReplyDelete