Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Sebelum ini isteri saya ada menulis satu artikel yang bertajuk jangan tersalah memilih hospital untuk bersalin dan di dalamnya beliau kongsikan tip-tip memilih hospital untuk bersalin terutamanya kepada ibu-ibu yang ingin memberikan susu ibu kepada anaknya secara eksklusif.
Sebelum ini isteri saya ada menulis satu artikel yang bertajuk jangan tersalah memilih hospital untuk bersalin dan di dalamnya beliau kongsikan tip-tip memilih hospital untuk bersalin terutamanya kepada ibu-ibu yang ingin memberikan susu ibu kepada anaknya secara eksklusif.
Secara umumnya, pemilihan hospital yang memudahkan ibu-ibu bersalin untuk memberikan susu badan yang eksklusif adalah dengan memilih Hospital Rakan Bayi.
Hospital Rakan Bayi merupakan inisitif pihak kerajaan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mempromosikan penyusuan susu ibu. Ini merupakan strategi pihak kementerian yang dipanggil nama Inisiatif Hospital Rakan Bayi.
Antara objektif Hospital Rakan Bayi ini dibentuk adalah untuk melindungi, menyokong dan mempromosikan Penyusuan Susu Badan dengan cara:
- Membangunkan sebuah persekitaran yang menolong ibu-ibu untuk menyusukan bayi mereka dengan susu ibu.
- Menyediakan perkhidmatan yang dapat membantu ibu menyusukan anak mereka
- Melaksanakan polisi yang melindungi penyusuan susu ibu
Tindakan kerajaan melaksanakan Inisiatif Rakan Bayi ini adalah selari dengan inisiatif global Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (UNISEF). Tujuannya adalah untuk memastikan setiap bayi yang baru lahir mendapat permulaan kehidupan yang terbaik dengan persekitaran yang menyokong penyusuan susu badan.
Hospital Rakan Bayi |
Inisiatif ini telah dilacarkan sejak tahun 1991 lagi dan Malaysia telah melaksanakannya sejak 1993. Sehingga tahun 2012, lebih daripada 20 ribu hospital seluruh dunia telah mendapat pengiktirafan sebagai Hospital Rakan Bayi. Negara kita juga mendapat pengiktarafan sebagai negara ketiga di dunia mempunyai 100% hospital kerajaan yang berstatus Hospital Rakan Bayi.
Untuk itu, saya kongsikan dengan anda Senarai Hospital Rakan Rayi di Malaysia dalam entri kali ini. Semoga bermanfaat untuk anda bila hendak bersalin nanti. Kongsikan bersama maklumat ini dengan adik-adik, kakak dan kenalan anda.
Anak kita perlukan susu ibu |
Senarai Hospital Rakan Rayi di Malaysia
HOSPITAL RAKAN BAYI:
Perlis
1. Hospital Tuanku Fauziah, Kangar
Kedah
2. Hospital Sultanah Bahiyah3. Hospital Sultan Abdul Halim
4. Hospital Kulim
5. Hospital Langkawi
6. Hospital Baling
7. Hospital Sik
8. Hospital Yan
9. Hospital Jitra
10. Hospital Kuala Nerang
Pulau Pinang
11. Hospital Pulau Pinang12. Hospital Seberang Jaya
13. Hospital Bukit Mertajam
14. Hospital Kepala Batas
15. Hospital Sungai Bakap
16. Hospital Balik Pulau
Perak
17. Hospital Raja Permaisuri Bainun18. Hospital Taiping
19. Hospital Teluk Intan
20. Hospital Seri Manjung
21. Hospital Slim River
22. Hospital Batu Gajah
23. Hospital Kuala Kangsar
24. Hospital Tapah
25. Hospital Parit Buntar
26. Hospital Kampar
27. Hospital Sungai Siput
28. Hospital Selama
29. Hospital Gerik
30. Hospital Changkat Melintang
Selangor
31. Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
32. Hospital Kajang
33. Hospital Banting
34. Hospital Kuala Kubu Baru
35. Hospital Tanjung Karang
36. Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam Hospital Serdang
Kuala Lumpur
37. Hospital Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan
38. Hospital Putrajaya39. Hospital Labuan
Negeri Sembilan
40. Hospital Tuanku Jaafar41. Hospital Tuanku Ampuan Najihah
42. Hospital Tampin
43. Hospital Port Dickson
44. Hospital Jelebu
Melaka
45. Hospital Melaka46. Hospital Alor Gajah
Johor
47. Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru48. Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar
49. Hospital Batu Pahat
50. Hospital Kluang
51. Hospital Segamat
52. Hospital Kota Tinggi
53. Hospital Pontian
54. Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai (HSTSTI)
55. Hospital Tangkak
56. Hospital MersingHospital Sultan Ismail
Pahang
57. Hospital Tengku Ampuan Afzan
58. Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh
59. Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands
60. Hospital Kuala Lipis
61. Hospital Bentong
62. Hospital Raub
63. Hospital Jerantut
64. Hospital Jengka
65. Hospital Muadzam Shah
Terengganu
66. Hospital Sultanah Nur Zahirah***
67. Hospital Kemaman**
68. Hospital Dungun
69. Hospital Besut
70. Hospital Hulu Terengganu
71. Hospital Setiu
Kelantan
72. Hospital Raja Perempuan Zainab II
73. Hospital Kuala Krai**
74. Hospital Pasir Mas
75. Hospital Tanah Merah
76. Hospital Tumpat
77. Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh
78. Hospital Machang
79. Hospital Gua Musang
Sarawak
80. Hospital Umum Sarawak
81. Hospital Sibu**
82. Hospital Miri**
83. Hospital Bintulu**
84. Hospital Kapit**
85. Hospital Sarikei **
86. Hospital Sri Aman
87. Hospital Saratok
88. Hospital Kanowit
89. Hospital Limbang
90. Hospital Serian
91. Hospital Daro
92. Hospital Betong
93. Hospital Bau
94. Hospital Mukah
95. Hospital Simunjan
96. Hospital Marudi
97. Hospital Lundu
98. Hospital Lawas
Sabah
99. Hospital Likas*
100. Hospital Duchess of Kent**
101. Hospital Tawau**
102. Hospital Keningau**
103. Hospital Lahad Datu**
104. Hospital Beaufort
105. Hospital Kudat
106. Hospital Kota Belud
107. Hospital Sipitang
108. Hospital Tenom
109. Hospital Ranau
110. Hospital Papar
111. Hospital Kinabatangan
112. Hospital Kota Marudu
113. Hospital Semporna
114. Hospital Beluran
115. Hospital Tambunan
116. Hospital Kunak
117. Hospital Pitas
118. Hospital Kuala Penyu
KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA
119. Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak
120. Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak, Melaka
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
121. Hospital Universiti Sains Malaysia, Kelantan
122. Pusat Perubatan Universiti Malaya
HOSPITAL SWASTA
123. KPJ Ipoh Specialist Hospital, Ipoh
124. KPJ Damansara Specialist Hospital, KL
125. KPJ Selangor Specialist Hospital, Shah Alam, Selangor
126. Pusat Perubatan Pantai, KL
127. KPJ Hospital Pakar Ampang Puteri, Selangor
128. Penang Adventist Hospital, Pulau Pinang
Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah berkaitan dengan Hospital Rakan Bayi ini, anda boleh berhubung dengan
Puan Norsyamlina Che Abdul Rahim
03-88924509
Senarai di atas telah diambil daripada Blog Dunia Susu Ibu pada tahun 2012. Saya rasa tahun ini lebih banyak Hospital Rakan Bayi yang telah diiktiraf. Sebagai contoh, Martenity Hospital, Pulau Pinang tempat isteri saya bersalin kedua-dua orang anak saya juga mesra rakan bayi.
Inisiatif yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam hal penyusuan susu ibu membuktikan keperihatinan dan sokongan yang padu kepada ibu-ibu dalam negara Malaysia ini. Untuk itu, saya ingin mengajak ibu-ibu yang sudah ada bayi mahupun bakal ada, marilah kita memperjuangkan penyusuan susu badan.
Kalau anda ada senarai yang lain sila tinggalkan dalam komen di bawah. InsyaAllah, nanti saya kemaskini dan war-warkan di sini. Dekat bawah ini, ada butang share. Silalah klik butang itu.
Maklumat tambahan juga boleh didapati di sini juga: http://www.babycenter.com/
Kalau anda ada senarai yang lain sila tinggalkan dalam komen di bawah. InsyaAllah, nanti saya kemaskini dan war-warkan di sini. Dekat bawah ini, ada butang share. Silalah klik butang itu.
Maklumat tambahan juga boleh didapati di sini juga: http://www.babycenter.com/
Dah sepatutnya banyak hospital rakan bayi
ReplyDeletemereka ini masa depan negara
Betul tu, Saya setuju dengan pendapat teh ramuan
Deletehospital kota tinggi dan tawau pun tersenarai juga..terbaik..
ReplyDeleteMoga lebih banyak lagi hospital yang tersenarai :)
DeleteTerima kasih sudah berbagi artikel tentang memilih Hospital yang bagus dan berkualitas, susu Ibu adalah susu terbaik sedunia untuk memberikan nutrisi kepada bayi :)
ReplyDeleteSama-sama Diet Hipertensi. Terima kasih sudi berkunjung
DeleteWah banyak juga hosp rakan bayi ye skrg. Pendedahan penyusuan susu ibu pun dah d perluaskan. Perkongsian yang memang baik.
ReplyDeleteHttp:www.lovesihat.com
Terima kasih Surya.Sekarang dah banyak kempen berkaitan hospital rakan bayi.
Deletenice sharing :)
ReplyDeleteTerima kasih Puteri Wanita
DeleteNice info :)
ReplyDeletelittleputeri.blogspot.com
nice share... yg dekat dengan rumah pun ada dah tu.. hospital kepala batas.. cuma bakal bini je x nmpak2 lagi.. hehehe
ReplyDeleteInsyaAllah...lepas ni adalah
DeleteSabar sabar ... He he
Delete