Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Masa terus berlalu dan berlalu tanpa menunggu kita. Alhamdulillah, hari ini genaplah usia anak ke dua kami iaitu Muhammad Thaqif Thamin mencecah 2 tahun.
Selamat Hari Lahir Anakku Sayang
Ibu dan abah ingin ucapkan Selamat Hari Lahir Anakku Sayang Muhammad Thaqif Thamin Bin Faizal. Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan kepada dirimu.
Semoga Allah sentiasa memberkati keluarga kita, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur dalam keberkatan.
Tentang Anak-Anak Kesayangan
Muhammad Thaqif Thamin berbeza umur dengan abangnya Muhammad Nasih Ulwan hanya setahun sahaja.
Selamat Hari Lahir Anakku Sayang |
Sebab itu, kadang-kadang ada yang menyangka bahawa beliau adalah abang. Ibu dan abah doakan adik dan abang menjadi anak soleh, penyejuk hati dan mata ibu dan abah.
Alhamdulillah kerana dengan izinNya dapat saya menyusu Muhammad Thaqif Thamin sampai 2 tahun.
Namun, cabaran bagi saya sekarang adalah bagaimana hendak memberhentikan susu badan kepada anak saya.
Sehingga semalam, beliau masih lagi meminta susu ibu. Dalam hati saya memang kesian kerana aktiviti menyusu ini telah lama berlangsung.Ya Allah ... tunjukkan jalan.
Anak syurga ibu dan abah |
Kerenah Anak Kesayangan
Mereka berdua memang selalu bekerjasama dalam 'mengemas rumah', menyapu sampah dan sebagainya. Mereka juga rajin 'membantu' ibu sidai kain. Bukan kain yang basah sahaja yang disidai, kain yang kering juga hendak disidai.
Memang mencabar...Meskipun, ibu terpaksa membantu anak-anak ibu mengemas hasil kemasan anak-anak setiap hari dan penat bekerja di tempat kerja tetapi ibu tetap tidak jemu memandang wajah anak-anak ibu. Melihat akan kerenah dan gaya cakap mereka berdua membuat hati gembira dan teruja.
Ibu dan abah sayang abang dan adik. Moga-moga kita terus bahagia dan menjadi insan berguna untuk agama di dunia dan akhirat.
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Huda untuk:
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com
No comments:
Post a Comment