Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Sebagai manusia kita perlu berusaha dengan kudrat yang Allah SWT kurniakan kepada kita dengan pelbagai cara seperti menjaga kesihatan, dan menjaga keselamatan .
Namun, dalam situasi yang begitu menyayat hati rakyat Malaysia ini, tiada tempat yang boleh kita bergantung melainkan Allah SWT.
Oleh itu, saya rasa baik kita hayati pesanan yang disampaikan oleh Dato' Dr Fadzilah Kamsah ini, mudah-mudahan hati kita menjadi tenang.
Di bawah ini adalah transkrip yang saya olah dalam bahasa sendiri supaya lebih mudah dibaca daripada Video Pesanan Dato' Dr Fadzilah Kamsah Kepada Mangsa Banjir.
Untuk menyaksikan Video Pesanan Dato' Dr Fadzilah Kamsah Kepada Mangsa Banjir sila scroll ke bawah.
Walaupun sukar untuk menerimanya, kita tidak ada pilihan. Kita perlu ingat bahawa apabila Allah SWT uji pasti ada sebabnya.
Dalam keadaan sedih, hiba atau stress disebabkan bantuan tidak sampai dan hubungan terputus kita kena ingat bahawa
"Allah telah bagi kemewahan, kehebatan dan kemudahan bertahun-tahun cuma baru ini Allah SWT uji seminggu kenapa aku boleh lupakan nikmat yang telah Allah SWT berikan
Masa sedih terus angkat tangan kerana orang yang sedang menghadapi bencana atau sebagainya doanya mudah dimakbulkan dengan syarat hatinya bersih.
Jangan lupa solat taubat banyak-banyak, maafkan orang banyak-banyak dan istighfar banyak-banyak mudah-mudahan Allah SWT akan makbulkan doa kita.
Orang kaya yang suka bantu orang adalah perkara biasa tetapi kalau orang yang berada dalam keadaan tertekan, dalam keadaan banjir dan banyak kekurangan tetapi kita masih mahu berkongsi serta memikirkan orang lain maka Allah SWT amat sayangkan kita.
Sifat kita yang sebenar akan muncul apabila Allah SWT berikan kita ujian. Oleh itu, keluarkan sifat kita yang sabar, tabah, gigih dan tidak patah semangat.
Rasulullah SAW berpesan, Allah SWT benci orang yang patah semangat dan syaitan suka orang yang patah semangat.
Banyakkan baca yasin dan mengulang baca Al-Quran. Amalan ini sudah banyak dilakukan di banyak negeri seperti Kelantan, Terengganu dan lain-lain tempat. Semoga Allah SWT memberi pertolongan.
Mulakan setiap hari untuk menjadi orang baru supaya boleh jadi hebat, cemerlang dan dapat menangani sebarang masalah yang datang dengan lebih hebat.
Untuk mendapat penghayatan yang lebih baik kita sama-sama mendengar sendiri Video Pesanan Dato' Dr Fadzilah Kamsah Kepada Mangsa Banjir.

Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah |
Video Pesanan Dato' Dr Fadzilah Kamsah Kepada Mangsa Banjir
Di bawah ini adalah transkrip yang saya olah dalam bahasa sendiri supaya lebih mudah dibaca daripada Video Pesanan Dato' Dr Fadzilah Kamsah Kepada Mangsa Banjir.
Untuk menyaksikan Video Pesanan Dato' Dr Fadzilah Kamsah Kepada Mangsa Banjir sila scroll ke bawah.
#1. Kita perlu redha.
Walaupun sukar untuk menerimanya, kita tidak ada pilihan. Kita perlu ingat bahawa apabila Allah SWT uji pasti ada sebabnya.
#2. Mengenang nikmat lalu
Dalam keadaan sedih, hiba atau stress disebabkan bantuan tidak sampai dan hubungan terputus kita kena ingat bahawa
"Allah telah bagi kemewahan, kehebatan dan kemudahan bertahun-tahun cuma baru ini Allah SWT uji seminggu kenapa aku boleh lupakan nikmat yang telah Allah SWT berikan
#3. Berdoa
Masa sedih terus angkat tangan kerana orang yang sedang menghadapi bencana atau sebagainya doanya mudah dimakbulkan dengan syarat hatinya bersih.
Jangan lupa solat taubat banyak-banyak, maafkan orang banyak-banyak dan istighfar banyak-banyak mudah-mudahan Allah SWT akan makbulkan doa kita.
#4. Pentingnya banyak berkongsi.
Orang kaya yang suka bantu orang adalah perkara biasa tetapi kalau orang yang berada dalam keadaan tertekan, dalam keadaan banjir dan banyak kekurangan tetapi kita masih mahu berkongsi serta memikirkan orang lain maka Allah SWT amat sayangkan kita.
Sifat kita yang sebenar akan muncul apabila Allah SWT berikan kita ujian. Oleh itu, keluarkan sifat kita yang sabar, tabah, gigih dan tidak patah semangat.
Rasulullah SAW berpesan, Allah SWT benci orang yang patah semangat dan syaitan suka orang yang patah semangat.
#5. Terus Beribadah
Banyakkan baca yasin dan mengulang baca Al-Quran. Amalan ini sudah banyak dilakukan di banyak negeri seperti Kelantan, Terengganu dan lain-lain tempat. Semoga Allah SWT memberi pertolongan.
Mulakan setiap hari untuk menjadi orang baru supaya boleh jadi hebat, cemerlang dan dapat menangani sebarang masalah yang datang dengan lebih hebat.
Untuk mendapat penghayatan yang lebih baik kita sama-sama mendengar sendiri Video Pesanan Dato' Dr Fadzilah Kamsah Kepada Mangsa Banjir.
amin...banyak bersabar.
ReplyDeleteSemoga kita tabah menghadapi ujian yang mendatang.
DeleteBenar apa dikatakan oleh DFMK.. semoga mereka tabah menghadapi bencana yang menimpa..
ReplyDeleteSama-sama kita doakan mereka.
DeleteinshaAllah
ReplyDeleteSemoga bermanfaat.
DeleteMoga kita tabah berhadapan dgn musibah..
ReplyDeleteAmin...
DeleteTerima kasih kongsikan..boleh saya manfaatkan juga artikel ni..
ReplyDeleteSama-sama :)
Deleteerm.. berat bahu memandang, berat lagi bahu memikul. bila tengok gambar mangsa banjir, tak terkata
ReplyDeleteItulah,hanya mereka yang mengalaminya tahu perasaan itu.
Delete