Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Hari ini saya rasa ramai sudah masyarakat kita yang tahu tentang solat sunat Dhuha. Ia amat dituntut kepada kita untuk mengamalkannya.
Solat sunat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat sahaja. Tetapi apa Kepentingan Menunaikan Solat Sunat Dhuha ini?
Jom Solat Sunat Dhuha |
Kepentingan Menunaikan Solat Sunat Dhuha
Solat sunat Dhuha adalah antara amalan berbentuk sedekah. Dalam tubuh kita terdapat anggota sendi serta ruas tulang yang kita perlukan untuk kita bergerak dan melakukan aktiviti. Ini adalah nikmat kurniaan Allah SWT yang amat tinggi nilainya. Oleh itu, bagi setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang ini perlu mengeluarkan sedekah bagi menunjukkan ketaatan kita kepada Allah SWT.
Lantaran itu, solat sunat Dhuha adalah amalan yang mampu menunaikan tanggungjawab tersebut. Daripada Abu Dzarr RA bahawa Rasulullah SWT pernah bersabda yang bermaksud
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. (Hadith Riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720)
Kita tidak perlu bimbang dan risau kerana Allah Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari …
Allah S.W.T. sentiasa mencukupkan segala keperluan kita sepanjang siang hari. Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman yang bermaksud:
“Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang.” (Hadith Riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097)
Panduan Ringkas Menunaikan Solat Sunat Dhuha
Waktu Mengerjakan Solat Dhuha
Waktu untuk mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari terbit.
Atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit).
Menurut Syaikh al-‘Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti’.
Jika demikian, waktu solat Dhuha dimulai setelah keluar dari waktu larangan solat pada awal siang hari (pagi hari) sampai adanya larangan saat tengah hari.
Namun demikian waktu yang afdal adalah pada saat matahari panas terik. Demikian adalah dalil-dalil tentang waktu mengerjakan solat Dhuha:
Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Dhuha
Rakaat Pertama
- Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha
- Takbiratul Ihram
- Doa Iftitah
- Membaca surah al-Fatihah
- Membaca Surah al-Qur’an
- Rukuk
- Iktidal
- Sujud
- Duduk antara dua sujud
- Sujud kali kedua
- Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua
- Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
- Duduk untuk tahiyyat akhir
- Memberi salam ke kanan dan ke kiri
Amalan solat Dhuha adalah antara amalan dalaman yang ampuh untuk menjemput rezeki. Doa solat Dhuha tidak terhad digunakan ketika solat Dhuha sahaja. Tetapi ia boleh digunakan pada setiap masa.
Ingin tahu lebih lanjut bagaimana solat Dhuha membantu untuk menjemput rezeki?
Klik sini -- > http://goo.gl/Svgu6P
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Huda untuk:
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com
Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Solat sunat Dhuha selain menjemput rezeki ia juga mempermudahkan segala urusan kita untuk hari tersebut. Bagus untuk diamalkan.
ReplyDeleteBetul...saya setuju
DeleteTerima kasih perkongsian ini..
ReplyDeleteSama-sama kak.
Delete