Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtara.
Sekarang ini cepat betul masa berlalu. Adakah anda juga rasakan apa yang saya rasa.
Tambahan pula kalau kita fokus melakukan sesuatu kerja, memang tidak terasa masa berjalan.
Pergi kerja seawal jam 8 pagi, duduk buat kerja...tengok jam sudah pukul 12 tengahari.
Selepas solat zohor sahaja tinggal kurang daripada 3 jam lagi waktu bekerja habis.
Bagi yang suri rumah pula, siapkan makanan, kelola keperluan anak-anak dan kemas rumah sudah mengambil masa 3 ke 4 jam.
Begitulah rutin yang dilalui oleh kebanyakkan rakyat Malaysia. Sama ada kita sedar atau tidak, masa tidak pernah berhenti. Ia terus berjalan.
Dalam 24 jam sehari, berjuta-juta nikmat Allah SWT telah kita gunakan sejak lahir ke dunia.
Namun, Allah SWT mengingatkan kepada kita bahawa tidak ramai daripada hambaNya yang bersyukur.
Selain itu, Allah SWT bersumpah dalam surah Al-Asr bahawa manusia sentiasa berada dalam kerugian melainkan orang-orang beriman dan beramal soleh serta berpesan kebenaran dengan kesabaran.

Oleh sebab itu, Rasulullah SAW sendiri berpesan kita supaya sentiasa bersyukur dan ingat akan nikmat kurniaan Allah SWT.
Salah satu pesanan baginda Rasulullah SAW yang cukup mahsyur adalah tentang 5 perkara sebelum 5 perkara.
5 Perkara sebelum 5 perkara itu adalah:

- sihat sebelum sakit,
- muda sebelum tua,
- kaya sebelum miskin,
- masa lapang sebelum sempit,
- hidup sebelum mati
5 Nikmat Yang Perlu Disyukuri
Lantaran itu, 5 nikmat yang perlu kita syukuri adalah:
Betapa beruntungnya kita kerana masih diberi nikmat kesihatan. Pelbagai perkara boleh kita lakukan sama ada yang baik mahupun yang buruk.
Cuba banyangkan mereka yang sedang terlantar di atas katil kerana sakit. Sudahlah kegiatan yang boleh dilakukan terhad, malahan ada yang terpaksa memohon bantuan orang.
Oleh itu, nikmat sihat yang kita perolehi seharusnya disyukuri dengan melakukan sebanyak-banyak mala kebaikan.
Ketika muda tenaga kita lebih banyak berbanding dengan orang tua. Sudah tentu, kemampuan untuk kita melakukan aktiviti harian lebih banyak berbanding dengan orang tua.
Jika nikmat muda tidak kita gunakan untuk beribadah kepada Allah memang kita merupakan orang yang rugi.
Ini kerana, orang muda belum tentu boleh sampai tua. Ajal maut tidak kita tidak mengenal usia.
Orang yang kaya memang banyak kelebihan berbanding dengan orang miskin jika mereka bersyukur.
Kita boleh melakukan pelbagai kerja kebajikan seperti menderma di sekolah-sekolah agama, membantu orang susah, mewakafkan tanah untuk mendirikan masjid, mendirikan pusat asuhan untuk anak-anak yatim dan sebagainya.
Banyakkan. Inilah contoh-contoh cara untuk mensyukuri nikmat kaya.
Nikmat masa lapang sama dengan nikmat masa senang. Ketika senang, kita boleh buat amal ibadah dengan tenang.
Sebaliknya, jika ketika kita sempit atau tidak senang, biasanya kita akan buat kerja dengan tergesa-gesa tidak 100% sempurna.
Justeru, kita perlu bersyukur dan ingat bahawa nikmat lapang ini adalah anugerah Allah.
Jika kita tidak gunakan nikmat ini dengan sebagus mungkin tentu kita akan rugi.
#1. Nikmat sihat

#2. Nikmat muda

#3. Nikmat kaya
Orang yang kaya memang banyak kelebihan berbanding dengan orang miskin jika mereka bersyukur.
Kita boleh melakukan pelbagai kerja kebajikan seperti menderma di sekolah-sekolah agama, membantu orang susah, mewakafkan tanah untuk mendirikan masjid, mendirikan pusat asuhan untuk anak-anak yatim dan sebagainya.
Banyakkan. Inilah contoh-contoh cara untuk mensyukuri nikmat kaya.
#4. Nikmat masa lapang
Nikmat masa lapang sama dengan nikmat masa senang. Ketika senang, kita boleh buat amal ibadah dengan tenang.
Sebaliknya, jika ketika kita sempit atau tidak senang, biasanya kita akan buat kerja dengan tergesa-gesa tidak 100% sempurna.
Justeru, kita perlu bersyukur dan ingat bahawa nikmat lapang ini adalah anugerah Allah.
Jika kita tidak gunakan nikmat ini dengan sebagus mungkin tentu kita akan rugi.
#5. Nikmat hidup
Nikmat hidup yang Allah SWT berikan kepada kita bertujuan untuk beribdah kepadaNya.
Segala amal ibadah yang kita lakukan di dunia akan dibicarakan di akhirat nanti.
Sebagai tanda syukurnya kita dengan nikmat hidup ini, kita perlu laksanakan segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala laranganNya.
Kesimpulan
Jika kita tidak mensyukuri nikmat Allah SWT, kita merupakan orang yang rugi lagi kufur.
Allah SWT akan ingat kepada kita ketika susah kalau kita ingat Allah SWT ketika kita senang.
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com
Seandainya anda rasa bermanfaat entri ini, sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan.
Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Syukur alhamdulillah kita berikan Alllah kesihatan yang baik.
ReplyDeleteBetul tu Tuan denai hati
Delete