HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Friday, March 14, 2014

Belajar Dari Master Shaklee Norlaila

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah syukur yang tidak terhingga kerana dengan keizinannya dapat saya juga berguru dengan Master Shaklee Norlaila.

Ribuan terima kasih saya ucapakan kepada kepada Azwati dan Master Shaklee Norlaila.



Kalau ingin berjaya memang perlukan guru kerana elemen pertama yang perlu ada bagi sesuatu perniagaan bukannya modal, tetapi ilmu.

Meskipun ilmu boleh diperolehi dari membaca, melihat, mendengar dan lain-lain lagi, namun kaedah menuntut ilmu secara berguru menjadi keutamaan.

Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk bersama-sama dengan ibu (Shaklee) saya Azwati untuk berguru secara langsung dengan Master Shaklee Norlaila di rumah beliau.

Belajar Dari Master Shaklee Norlaila


Sedikit pengenalan tentang diri beliau yang saya ingin kongsikan di sini, beliau merupakan seorang ibu kepada 3 orang anak.

Dahulunya bekerja sebagai seorang jurutera di Petronas di Kota Kinabalu, Serawak.

Setelah menjadi pengedar Shaklee secara sambilan selama 2 tahun, beliau membuat keputusan untuk berhenti dari seorang jurutera.

Kenapa beliau berhenti? Salah satu sebabnya beliau ingin memberi sepenuh perhatian kepada keluarganya.

Tambahan pula komisyen yang beliau perolehi sebagai pengedar Shaklee melebihi dari bekerja sebagai seorang jurutera di Petronas.

Namun begitu, untuk mencapai tahap yang beliau capai sekarang tidak semudah yang kita sangkakan.

Tetapi tidak pula mustahil untuk kita capai seperti yang beliau gapai. Usaha yang gigih tanpa rasa jemu merupakan kunci penting yang beliau tekankan.

Selain dari itu, saya ingin kongsikan 5 tip daripada Master Shaklee Norlaila untuk tatapan kita bersama.

Tip Dari Master Shaklee Norlaila


#1. Usah peduli kata-kata orang 



Dalam mencapai kejayaan, pasti ada ujian yang menjelma. Salah satunya pandangan serong orang lain.

Jika anda ingin berjaya, pedulikan apa yang orang kata. Mereka akan buka mata setelah melihat kejayaan kita.

#2. Cabar diri sendiri



Orang yang ingin berjaya perlu berani mencabar diri sendiri. Kuatkan azam dan selalu fikir bahawa "saya boleh lakukannya".

#3. Kalau ingin kejayaan perlukan pengorbanan


Elemen penting untuk berjaya adalah pengorbanan. Sebelum menjadi independent Shaklee, mungkin anda boleh tidur secukup rasa, menonton televisyen, window shopping dan lain-lain lagi.

Namun, setelah anda nekad untuk berjaya dalam Shaklee, semua keseoronokkan perlu dikorbankan.

Barangkali anda terpaksa bangun awal pagi atau tidur lewat untuk update blog dan facebook.

Anda perlu kurangkan banyak masa menonton televisyen, membaca novel, window shopping atau bersiar-siar tanpa hala tujuan.

#4. Rezeki kita telah ditentukan Allah


Meskipun sudah ramai yang menjadi independent distributor shaklee dalam negara kita ini, usah bimbang kerana rezeki kita telah ditentukan oleh Allah.

Kalau memang rezeki kita, tiada siapa yang boleh halang. Apa yang penting adalah doa dan usaha kita perlu diteruskan.

#5. Jangan putus asa


Apabila anda mendaftar sebagai independent distributor, banyak perkara yang perlu anda lakukan.

Setiap masa anda perlu fikirkan bagaimana hendak berkongsi dengan masyarakat seluas-luasnya tentang produk shaklee ini.

Proses pembelajaran tidak pernah putus. Ilmu pemasaran, ilmu tentang produk Shaklee, ilmu menjaga pelanggan dan sebagainya perlu dikuasai sebaik mungkin.

Oleh itu, jangan berputus asa. Teruskan usaha.

Kesimpulan


Sebenarnya banyak lagi tip-tip bermanfaat yang beliau kongsikan kepada kami. 

Persoalannya mampukan kita amalkan semua ini. Jika tidak mampu amalkan semua, jangan tinggalkan semua.

Semoga Allah berikan kekuatan kepada saya untuk terus kuat berkongsi dan berjuang dalam perniagaan shaklee ini.

Perniagaan adalah sunnah Rasulullah SAW. Sekiranya anda ingin menyertai kami sila berhubung terus dengan Huda:011-18685991 (call/sms/whats'app)

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com

2 comments:

  1. Produk Shaklee memang terbaik.... terbukti berkesan. Segala informasi di sini amat bagus.

    Tulus Ikhlas...
    sensasi2020.com@bloggertopstar.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih...kalau berminat boleh berurusan dangan kami.

      Delete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi