Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Selain cuti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidil Adha, kenduri kahwin dan kematian, 1 May setiap tahun merupakan hari cuti yang unik kerana semua pekerja bercuti kecuali yang ambil Over Time (OT).
Alhamdulillah, pada tanggal 1 May 2014 yang lalu saya dan keluarga berkesempatan berhimpun di rumah abah, Kampung Permatang Pasir, Gunung Semanggol, Perak.
Menu Himpunan Keluarga 1 May 2014
Saya bergerak dari Seberang Perai usai dari taklimat percuma Al-Baghdadi di Masjid Perda Pulau Pinang dan adik pertama saya sudah sampai ke kampung kerana beliau bergerak lagi awal dari Machang Kelantan.
Namun, ada satu famili yang kurang dalam himpunan Himpunan Keluarga 1 May 2014 kali ini, iaitu adik saya yang berada di Kuala Nerang, Kedah.
Ketiadaan beliau tidak dirasakan sangat kerana minggu sebelum itu, saya telah bertandang ke Kuala Nerang kerana ada kenduri akikah anak beliau.
Himpunan kali ini diisi dengan beberapa program ringkas keluarga seperti menziarahi keluarga tokwan, maklong dan maklang di Bt 8, Cangkat Jering, Perak, majlis hari lahir dan makan-makan.
Sebelum itu cadangnya ingin pergi ke Zoo Taiping, tetapi hujan. Jadi, kami menuju ke satu tempat sahajalah.
Balik dari Cangkat Jering kami singgah di Kuala Sepatang untuk mencuba Mee Udang Kuala Sepetang. Tetapi kami tidak makan di situ kerana hari agak lewat malam.
Antara menu makanan yang sempat kami nikmati bersama:
Kek Coklat dari Kek House
Kek Coklat yang dibeli oleh isteri saya di Kek House .
Kek Hari Lahir |
Mee Udang Kuala Sepetang
Mee Udang beli dari Kuala Sepetang
Mee Udang Kuala Sepetang |
Nasi Arab Home Made
Nasi Arab ini buata sendiri. Saljuhumairah punya air tangan.
Nasi Maqbula Ayam |
Setiap kali bertemu dengan Saljuhumairah, perkara yang sering kami bincangkan adalah aktiviti blogging sebab minat yang sama.
Bila kami buka topik blogging, memang keluarga lain tidak masuk campur kecuali adik saya yang baru belajar berblog. Boleh lawat blog Nota Insan.
Alhamdulillah, diharap kami sekeluarga dapat berhimpun lagi di masa-masa akan datang.
Bila kami buka topik blogging, memang keluarga lain tidak masuk campur kecuali adik saya yang baru belajar berblog. Boleh lawat blog Nota Insan.
Alhamdulillah, diharap kami sekeluarga dapat berhimpun lagi di masa-masa akan datang.
Himpunan Keluarga sebegini memang sukar diperolehi. Ia suatu anugerah Allah SWT yang tidak ternilai harganya.
Jika berminat dengan produk shaklee, sila hubungi Huda: 011-18685991
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com
Seandainya anda rasa entri ini bermanfaat , sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan.
Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
seronoknya..semua menu sedap belaka..
ReplyDeleteYa..nikmat makan yang patut disyukuri
Deletealhamdulillah... memang sedap
ReplyDeleteAlhamdulillah
Deletenampak sedap je nasi arab tu. hehe
ReplyDeleteya Alhamdulillah..sedap
Deleteseronok bila dapat berkumpul beramai-ramai bersama keluarga :)
ReplyDeleteia betul..jarang nak dapat bila masing-masing berkeluarga
DeleteNasi arab.. sedap tu. Lagi-lagi kalau kumpul satu family.
ReplyDeleteBetul tu
Delete