Ya, aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak adalah mandi kolam.
Seperti yang saya nyatakan dalam entri Menginap di Kamalodge Chalet Taiping, chalet ini memang sesuai sangat untuk mereka yang ada anak-anak kecil kerana ada sebuah kolam besar di sediakan untuk mandi manda.
Kolam ini di bahagikan kepada dua bahagian ke dalaman yang berbeza.
Mandi Manda Di Kamalodge Chalet Taiping
Di bawah ini saya kongsikan beberapa gambar kenangan yang sempat di ambil sepanjang aktivi Mandi-Manda Di Kolam Kamalodge Chalet Taiping.
Anak saya memang teruja ingin mandi di kolam.
Selepas check ini petang sebelumnya mereka memang tidak sabar untuk mandi kolam. Maklumlah ini merupakan kali pertama mandi kolam.
Sebelum ini kami bawa mereka berdua mandi sungai di kampung sahaja. Masa itu masih takut-takut lagi.
Saya tidak mahu berceloteh panjang, mari tengok beberapa koleksi gambar aktivi Mandi-Manda Di Kolam Kamalodge Chalet Taiping.
Ini adalah gambar tandas yang disediakan oleh pihak chalet untuk mereka yang mandi di dalam kolam. Jadi tidak perlu naik ke bilik kalau mahu bilas badan atau membuang air.
Tandas di sediakan berdekatan dengan kolam mandi |
Pandangan kolam mandi di awal pagi |
Taman permainan mini di dalam kolam |
Berdekatan dengan kolam mandi terdapat kafe |
Sungguh seronok anak-anak bermain di dalam kolam |
Wajah ceria anak-anak kami mandi kolam |
Adik Thaqif kesejukan |
Abah bersembang-sembang dengan rakan sekerja |
Berbual di tepi kolam |
Taman mini di dalam kolam |
Cendawan dalam kolam |
Seronoknya bermain dan mandi! |
Pandangan jauh chalet kamalodge |
Pada saya kolam mandi yang disediakan oleh pihak Chalet kamalodge ini memang sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak-anak kecil.
Namun, sepanjang kami mandi di sini saya tidak nampak life guard yang membuat rondaan di sekitar kolam.
Apabila saya baca pada papan tanda berdekatan dengan kolam baru saya faham bahawa kelesamatan anak-anak adalah tanggungjawab keluarga.
Jadi, sebagai penjaga anak-anak, penting bagi kita menjaga keselamatan mereka sepanjang berada di dalam kolam atau di tepi kolam.
Kepada anda yang ingin membawa anak bercuti di sini amatlah saya sarankan.
InsyaAllah, selepas ini saya akan kongsikan pengalaman kami berjalan-jalan di Muzium Taiping sebab muzium itu tidak jauh dari chalet ini.
Selamat berjumpa lagi...
Harga chalet semalam ?
ReplyDeleteHarga Bilik Di Kamalodge Chalet
DeleteDeluxe - RM160 (normal) / RM200 (peak)
Deluxe (Pool View) - RM180 (normal) / RM220 (peak)
Deluxe Premier - RM180 (normal) / RM220 (peak)
Deluxe Super - RM200 (normal) / RM240 (peak)
Suite - RM300 (normal) / RM340 (peak)
Suite (Pool View) - RM320 (normal) / RM360 (peak)
*semua harga dah termasuk service charge & tax
* harga bilik tak termasuk breakfast
bestnyer mandi manda...
ReplyDeleteHehe...tu la best juga, kanak-kanak lagi best la
Deletebestnya bawak bebudak ke sini... lepas kan bebudak... mak bapak dok bergebang kat tepi... tak dalam kan air dia?
ReplyDeleteHehe...tak dalam sangat, tapi kena pantau juga la :)
Deletewah,,bestnya mandi dalam kolam.budak-budak of course la seronok main air..:)
ReplyDeleteTu la, kalau boleh memang tak nak keluar kolam la... :)
Deletebestnya... siap ada slide playground lagi. anak-anak mesti syok sangat kan :)
ReplyDeleteBLOG OH! BLOG
ye memang seronok
Deletehehehe CT baru buat review orange cafe kamalodge ni.. tapi tak
ReplyDeletepenah menginap. ayah lah kot next week nak kursus di taiping nak menginap disini.. rasa nak pegi tempek hehe
Owh ye ke
Deletewahhhh syok la :) hehee
ReplyDeletememang syok
Delete