Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Alhamdulillah, hujung tahun lepas kami sekeluarga dan juga 3 orang rakan sekerja bersama dengan ahli keluarga mereka sempat bercuti di Taiping Perak.
Ketika itu musim cuti sekolah, jadi ramailah ibu bapa yang mencari tempat sesuai untuk bercuti. Setelah berbincang dan membuat survey, kami membuat keputusan memilih negeri Perak iaitu Taiping.
Tempat yang pilih untuk menginap adalah Kamalodge Chalet Taiping. Antara sebab kenapa kami pilih chalet ini adalah;
- Tempatnya menarik
- Berdekatan dengan taman tasik taiping
- Harga bilik Chalet ini berpatutan dan kami boleh dapat potongan harga penjawat awam
- Berdekatan dengan Zoo Taiping
- Tidak jauh dengan bandar Taiping
- Berdekatan juga dengan Bukit Larut
- Tidak juah juga dengan Muzium Taiping
Percutian di Taiping kali ini saya rakamkan dalam beberapa entri. Kalau satu entri sahaja memang penat juga mahu scroll ke bawah.
Jadi, saya asingkan supaya mudah untuk kami dan anda baca. Jom, teruskan membaca.
InsyaAllah, antara tajuk entri yang saya cadang untuk di tulis adalah seperti berikut:
- Menginap di Kamalodge Chalet Taiping
- Mandi-Manda di Kolam Kamalodge Chalet Taiping
- Makan Malam Di Restoran Belakang Balai Bomba
- Melawat Muzium Taiping
Baik, kita sambung dengan cerita kami menginap di Kamalodge Chalet Taiping. Kalau anda mahu tahu harga bilik di chalet ini boleh baca di bawah.
Menginap di Kamalodge Chalet Taiping
Oleh kerana masa ini adalah cuti sekolah, bilik yang kosong hanya ada 4 sahaja, jadi rakan-rakan lain yang ingin terut serta terpaksa membatalkan niat mereka.
Jadi, kami yang tempah bilik dahulu datang untuk buat survey keadaan di sini. Kalau menarik bolehlah rakan-rakan yang belum sampai datang selepas ini.
Walaupun kami tempah bilik menggunakan satu nama tetapi kami tidak datang sekali kerana masing-masing berada di tempat yang berlainan.
Saya dan famili datang dari Pulau Pinang, bertolak selepas zohor dan lebih kurang pukul 3 lebih kami sampai.
Masa kami datang di sini hujan turun tanpa henti tapi tidak lebat
Harga Bilik Di Kamalodge Chalet
- Deluxe - RM160 (normal) / RM200 (peak)
- Deluxe (Pool View) - RM180 (normal) / RM220 (peak)
- Deluxe Premier - RM180 (normal) / RM220 (peak)
- Deluxe Super - RM200 (normal) / RM240 (peak)
- Suite - RM300 (normal) / RM340 (peak)
- Suite (Pool View) - RM320 (normal) / RM360 (peak)
- *semua harga dah termasuk service charge & tax
- * harga bilik tak termasuk breakfast
Fasiliti Yang Disediakan
- - coffee house
- - conference hall
- - swimming pool (sesuai utk kanak-kanak)
- - car parking
- - 24hrs security
- - surau
- - laundry service
- - internet service
Hubungi
Sebarang pertanyaan / tempahan bilik
Boleh terus hubungi : 05-8061 777 / 05-8062 777
Koleksi gambar
Papan tanda sebelum masuk ke |
Plan Ke Kamalodge Chalet |
Pintu masuk ke Chalet |
Pandangan luar chalet setingkat |
Muhammad merasmikan tilam |
Kelengkapan mandi di sediakan |
Pandangan luar chalet 2 tingkat. |
Penjaga kaunter yang tersenyum |
Pandangan luar bagunan utama Chalet |
Bangunan utama chalet |
Pamplate Kamalodge Chalet Taiping. |
Menginap di Kamalodge Chalet ini cukup memuaskan hati kami. Jalannya tidak sesak dan udara di sini memang mendamaikan.
Daripada chalet ini, kita boleh pergi ke Bukit Larut yang tidak jauh, menaiki kuda, pergi Zoo Taiping dan taman tasik.
Saya tidak boleh bercerita tentang makanan sebab kami tidak makan di cafe chalet ini. Pada malamnya kami makan di kedai makan belakang Balai Bomba yang terkenal dengan Young Taufu.
Saya bagi lima bintang pada Chalet Kamalodge
menarik tempat dia
ReplyDeleteya memang menarik
DeletePernah ke sini sekali..tapi penuh masa cuti sekolah..nampak menarik untuk kami.yg berfamili..terima atas.info
ReplyDeletemasa cuti sekolah memang ramai
Delete