HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Saturday, January 17, 2015

Pengalaman Pertama Menghantar Anak Ke Taska

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Tahun baru 2015 diwarnai dengan banyak azam baru terutamanya untuk blog ini. 

Namun, kami terpaksa berhenti dahulu kerana kami terpaksa tumpukan kepada anak-anak kami yang baru perpindah tempat. 

Insya Allah kami akan mengemaskini blog ini dari semasa ke semasa. Terima kasih kepada pengunjung setia di blog ini.

Beberapa hari ini saya merasa sangat sedih...mengenangkan anak syurga saya Muhammad Nasih 'Ulwan dan Muhammad Thaqif Thamin. 

Sedih mengenangkan anak saya menangis setiap kali kami meninggalkan mereka di tempat baru iaitu taska. 

Mungkin ini pengalaman pertama buat diri saya sebagai seorang ibu yang baru menghantar anak ke tempat asuhan atau sekolah tadika.


Harap-harap selepas ini Allah SWT memberikan kekuatan jiwa kepada saya dan suami.


Pengalaman Pertama Menghantar Anak Ke Taska


Sejak kecil saya menghantar mereka berdua kepada pengasuh yang sangat menyayangi mereka seperti anak sendiri yang mereka panggil Opah. 

Namun, setelah adik berusia 3 tahun dan abang 4 tahun, kami merasakan sudah sampai masanya untuk mereka mula berkawan dan meneroka dunia baru. 

Setelah berbincang akhirnya saya dan suami memutuskan untuk menghantar abang ke PASTI yang paling dekat dengan tempat kerja pada sesi pagi dan petang bersama adik di taska. 

Kiranya adik dan abang terpaksa berjauhan dalam tempoh separuh hari.

Sebelum ini mereka berdua jarang berpisah terlalu lama dan tidak selalu bergaul dengan kanak-kanak sebaya lain yang ramai.

Meraka hanya bergaul dengan saudara terdekat seperti tok abah, mak tok, tok wan, tok, bapa saudara, ibu saudara dan sepupu sahaja.

Jadi, hati saya terasa berat untuk memisahkan kedua-duanya kerana selama 3 tahun lebih mereka sentiasa bersama. Jarang sekali berjauhan dalam tempoh yang lama.

Cabaran Menghantar Anak


Rasa cukup tercabar.

Hari pertama saya menghantar mereka ke taska kedua-duanya tidak mahu dan mereka meraung dengan kuat.

Saya dan suami tidak sanggup melihat mereka menangis. Lalu, kami tunggu di taska itu walaupun hari itu bekerja.

Kami menunggu sehingga mereka leka bermain dengan cikgu-cikgu yang ada di situ dan kami bergegas keluar. Mujurlah cikgu di situ pandai memujuk. Alhamdulillah.

Hari kedua, bangun sahaja dari tidur anak saya sudah cakap yang dia tidak mahu pergi ke sekolah.

Semakin sayu hati saya apabila melihat adik yang berulang kali menolak dan merungut tidak mahu ke sekolah sebaik sahaja nampak pintu pagar sekolah.


Semangat Ibu Dan Abah 

Anak saya yang sulung memang sudah perasan laluan untuk ke sekolah. Apabila nampak sahaja suami memandu ke arah jalan ke sekolah terus dia berkata "ini jalan ke sekolah".

Hari berikutnya, pun sama. Puas saya dan suami memujuk supaya mereka mahu ke sekolah taska.

Seminggu berlalu, rasa sedih masih belum hilang apabila melihat wajah mulus mereka pada waktu pagi.


Hati terasa sangat hiba tapi apakan daya, tujuan ibu bukan mahu tinggalkan adik dan abang, tetapi ibu mahu adik dan abang belajar.

Maafkan Ibu Dan Abah Sayang


Maafkan ibu dan abah sayang... Ibu dan abah sentiasa menyayangi abang dan adik . Ibu dan abah menghantar adik dan abang supaya dapat belajar.

Saya berdoa agar Allah SWT beri kekuatan jiwa kepada diri saya untuk bersabar dan semoga Allah SWT memelihara anak saya.

Diberikan kasih sayang kepada guru-guru yang mengajar mereka dan diharapkan juga mereka dapat belajar dengan baik.

Kini baru saya faham kenapa ada ibu yang sanggup berhenti kerja demi anak-anak. Pada saya, ibu-ibu yang sanggup berhenti kerja demi menjaga anak memang patut diberi pengiktirafan.

Ibu dan abah juga berdoa agar keputusan yang ibu dan abah ambil ini adalah yang terbaik buat anak-anak syurga ini.

Semoga mereka mudah menerima perubahan hidup ini. Abang dan adik adalah anak yang soleh dan hebat!

8 comments:

  1. Akan merasa pengalaman tu satu hari nanti.. hehe

    ReplyDelete
  2. teringat dulu masa 1st day pergi tadika..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la, tapi saya balik tadika terus dok dengan Ummi. Tak la terasa sangat kesedihannya :)

      Delete
  3. pernah rasa. jangan lupa pantau yer... kalau dah lebih 2 minggu, dua-dua pun nangis bila hantar dan ambil dari taska, something wrong la tu. tapi hopefully taska tu ok kan :)

    BLOG OH! BLOG

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, risau juga la nak pilih taska ni. Semoga ini pilihan terbaik buat kami. Terima kasih Puteri wanita di atas pesanan.

      Delete
  4. IbuNoey pun terfikir juga nak hantar anak yang pertama ke taska sebab dah masuk 4 tahun.tapi tu la,macam IbuNoey pula yang belum bersedia.buat masa ni,dua-dua anak IbuNoey hantar ke pengasuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la macam saya dulu, saya cuba hantar anak saya yang sulung. Alhamdulillah nampak semakin serasi...

      Delete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi