Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Rasa syukur yanga tidak terkira apabila ibu-ibu baru dan lama berniat dan meneruskan perjuangan menyusu bayi dengan susu ibu. Ini adalah perjuangan yang mulia. Ibu mana yang tidak mahukan anaknya membesar dengan sihat dan selamat.
Saya rasa anda sudah sedia maklum tentang tuntutan menyusu anak dan kenapa Islam menggalakkan ibu menyusukan anak selama 2 tahun?
Jika anda mempunyai masalah kekurangan susu boleh cuba cara menambah susu, set menyusu pilihan ibu masa kini, makanan penambah susu dan tip menyusu daripada blogger terkenal Redmummy.
Anda juga boleh dapatkan artikel-artikel berkenaan dengan penyusuan susu ibu di sini >> Penyusuan Susu Ibu.
Baiklah, hari ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai Perbandingan Antara Susu Ibu Dengan Susu Formula.
Perbandingan yang ditunjukkan bertujuan mencetus kemahuan kepada ibu yang ada susu ibu supaya teruskan menyusu anak anda dengan susu ibu. Bukan bertujuan menjatuhkan susu formula.
Perbandingan yang ditunjukkan bertujuan mencetus kemahuan kepada ibu yang ada susu ibu supaya teruskan menyusu anak anda dengan susu ibu. Bukan bertujuan menjatuhkan susu formula.
Perbandingan Antara Susu Ibu Dengan Susu Formula
Menurut kajian, susu formula memiliki kekurangan berbanding susu ibu. Anak-anak atau bayi yang tidak menyusu dengan susu ibu berdepan dengan risiko seperti:
- Obesiti
- Diabetis
- Asma
- Alahan
- Kanser
Oleh yang demikian, ibu-ibu dianjurkan menyusukan susu ibu kerana susu ibu memang terbaik dari segi khasiat dan lain-lain lagi.
Perbandingan Khasiat
Anda boleh lihat sendiri nutirisi atau khasiat yang terkandung di dalam susu ibu dan susu formula menerusi gambarajah di bawah ini.
Perbandingan Antara Susu Ibu Dengan Susu Formula |
Perbandingan Lain
Jadual Perbandingan Antara Susu Ibu Dengan Susu Formula
Susu Ibu
|
Susu Formula
|
Tidak perlu bancuh
|
Perlu bancuh
|
Jimat kerana tidak
perlu membeli susu
|
Harga susu formula
semakin mahal
|
Suhu susu ibu
sesuai dengan bayi
|
Perlu menentukan suhu
yang sesuai
|
Ibu dan anak kerap
bersentuhan kulit
|
Biasanya anak menyusu
botol sendiri
|
Kesimpulan
Susu ibu adalah anugerah Allah SWT untuk ibu dan anaknya. Amat beruntunglah bagi ibu yang mampu menyusukan anak mereka dengan susu ibu. Namun, rugilah ibu yang ada susu badan tetapi tidak menyusu anak mereka dengan susu ibu.
Dalam pada itu, tidak dinafikan ada juga ibu-ibu yang Allah SWT uji dengan ketiadaan susu badan. Bagi ibu-ibu yang terpaksa memberikan susu formula, anda juga adalah ibu. Terukan hidup dengan riang dan ceria.
Susu yang kita berikan untuk anak adalah makanan jasmani. Jangan lupa dengan makanan rohani yang lebih utama seperti doa, kasih sayang dan didikan agama.
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Huda untuk:
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Independent Distributor |
Emel:nh_5656@yahoo.com
Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
susu ibu memang terbaik
ReplyDeleteItulah yang sebenarnya
Delete