Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Sungguh, mati itu benar. Yang hidup pasti akan mati.
Buat Rakan-rakan blogger yang mengenali atau tidak mengenali blogger Syuhada Baharudin, marilah kita hadiah Al-Fatihah kepada Al-Marhumah.
Al-Fatihah |
Pada awalnya saya mendapat tahu bahawa beliau koma dari blog Hasrul Hassan pada 17 Jun 2014. Kemudian, berita pemergiaan Syuhada Baharudin ini saya ketahui dari blog Akifimtiyaz.
Perginya Blogger Syuhada Baharudin
Sejujurnya, saya baru mengenali rakan blogger Syuhada Baharudin ini dan saya turut menyertai segmen anjuran beliau sendiri sebelum pergi bercuti.
Meskipun baru mengenali beliau, kami saling berbalas komen. Pada saya beliau seoarang blogger mesra.
Beliau antara blogger yang membalas komen dengan cepat di blog syukurnyasihat, tetapi sejak beliau bercuti memang sepi dari kunjungan beliau.
Rupa-rupanya segmen yang saya sertai merupakan segmen terakhir dari beliau. Segala kebaikan beliau di atas muka bumi ini akan dihadapkan dan pahalanya akan dikecapi. Sama-sama kita doakan semoga Allah SWT cucuri rahmat kepada beliau.
Teringat satu kuliah yang disampaikan oleh seorang ustaz. Beliau mengajak para jemaah berdoa dengan doa di bawah ini kerana Rasulullah SAW berpesan bahawa akhir zaman banyak kematian mengejut.
Kematian mengejut di sini adalah kematian yang tidak di sangka-sangka seperti kemalangan dan sebagainya. Waalahualam.
Doa mohon husnul khatimah |
Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Al Fatihah Untuk Awrwah
ReplyDeleteAl-Fatihah. semoga rohnya ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman.
ReplyDeletepemergiaannya sangat tak di duga... apa pon semoga ruhnya di tempatkan di kalangan orang yang beriman
ReplyDeleteal fatihah
turut terkejut dgn pemergian sis syuhada...
ReplyDeleteal fatihah
itulah..Allah Sayangkan almarhumah
Deletememang terkejut dengan berita pemergiannya..semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman
ReplyDeleteAmin
Deleteal fatihah buat blogger syuhada..
ReplyDeleteSemoga rohnya dicucuri rahmat
DeleteTakziah buat keluarga beliau.. semoga Rohnya ducucuri RahmatNYA
ReplyDeleteFriendly person, salam takziah buat keluarga....
ReplyDeletesemoga rahmati rohnya
Delete