HUBUNGI HUDA SEKARANG UNTUK MEMBELI PRODUK SHAKLEE:011-18685991

Saturday, August 9, 2014

Cara Mudah Buat Spaghetti

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Sepanjang cuti raya baru-baru ini, ramai juga di antara sahabat dan saudara saya yang tidak berapa sihat. Ini mungkin disebabkan cuaca yang tidak menentu dan perjalanan jauh beraya. Saya cadangkan kepada mereka makan Set Imunisasi Shaklee sebagai usaha meningkatkan ketahanan badan.

Kami sekeluarga memang selalu ambil Set Imunisasi Shaklee ini kalau rasa demam, pening kepala dan cirit birit dan lain-lain lagi. Alhamdulillah, dengan izin Allah ia memberi kesan yang baik.

Set ini bagus bagi anda yang ingin meningkatkan kesihatan diri secara semula jadi. Produk ini sangat sesuai buat anda seisi keluarga.

Anda ingin buat pau sendiri? klik >>Pakej Lengkap Video Bun, Pau Dan Pizza Style Hotel

Semalam, selepas balik dari kerja saya teringin sangat nak makan Spaghetti. Maklumlah, dalam bulan Ramadhan yang lepas, tidak berkesempatan nak makan Spaghetti. Jadi, saya beli bahan-bahan dan ikut resepi Chef Hanieliza.

Resepi ini juga sesuai dijadikah hidangan rumah terbuka. Kalau anda ingin buat pun boleh. Ikut sahaja resepi yang saya senaraikan di bawah ini 

Cara Mudah Buat Spaghetti


Cara Mudah Buat Spaghetti
Spaghetti Bolognese


Bahan-bahan

1 paket spaghetti
400 gm daging cincang halus [mince meat]
1 tin cendawan butang [potong 2]
1 biji carrot [potong dadu]
2 biji putik jagung [potong kecil]
4 biji tomato [potong dadu]
4 s/b cili mesin
2 labu bawang besar [potong dadu]
1 ulas bawang putih [cincang halus]
1 s/b lada hitam
1 cawan tomato sos
1/2 cawan air
minyak
garam
aregano
daun sup [cincang halus]

Cara:

1. Panaskan air dan garam. Bila mendidih masukkan spagetti. Biarkan lembut dan toskan.
2. Gaulkan dengan sedikit minyak dan masukkan dalam pinggan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih. Biarkan sehingga wangi.
4. Masukkan cili dan kacau sehingga wangi dan naik minyak.
5. Masukkan daging cincang dan kacau rata. Biarkan sehingga naik minyak lagi.
6. Masukkan sos tomato, sayuran yg dipotong, garam, air dan lada hitam.
7. Gaul rata dan biarkan naik minyak lagi.
8. Angkat dan tuangkan atas spagetti yg didalam pinggan.
9. Taburkan aregano dan hirisan daun sup.



spaghetti bolognese
Berselera Adik Makan



spaghetti bolognese
Abang Pun Suka Makan Spaghetti


Alhamdulillah, jadi juga. Hidangan ini sangat digemari oleh kami sekeluarga. Tengok adik dan abang tu..memang tidak sabar nak rasa Spaghetti air tangan ibunya. Bagi saya, resepi dan cara nak buat spaghetti ini memang mudah dan rasanya pun sedap.

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah? 
 Hubungi Huda untuk: 

FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Kenapa Tidak Boleh Makan Shaklee Ketika Berpuasa?
Independent Distributor

HUDA [SID:1093239]
HP:011-18685991 (call/sms/whatsapp)
Emel:nh_5656@yahoo.com




Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.

7 comments:

  1. terbaik
    air tangan ibu selamanya sedap kepada anak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih...saya setuju sangat.masakan ibu memang sentiasa diingati

      Delete
  2. saya ni kalau spageti, boleh makan je la.. nk kata suka sangat tu x la.. heheh

    ReplyDelete
  3. Hehe...tiada apa yang lebih mengembirakan ibu bila tengok anak-anak dan suami makan masakan kita dengan lazatnya.hehe..

    ReplyDelete
  4. wow jadi pengen bikin spageti yang enak seperti diatas, terima kasih sudah berbagi

    ReplyDelete

Followers

My Blog List

Jom Like

Powered By Blogger
Faizal Faizal Mohamad Twon Tawi