Sungguh kesian melihat gambar pesakit-pesakit yang terkena virus Ebola ini. Semoga Allah SWT memberi kesembuhan kepada mereka serta melindungi kita.
Sebelum ini saya kongsikan dengan anda artikel bahawa wabak virus Ebola dan melihat statistik wabak virus Ebola yang melanda ke seluruh dunia. Cukup membimbangkan...
Hari ini saya ingin berkongsi kepada anda tentang Tanda-Tanda Mereka Yang Dijangkiti Virus Ebola (EVD) pula.
Tanda-Tanda Mereka Yang Dijangkiti Virus Ebola (EVD)
- Demam secara tiba-tiba
- lemah badan
- sakit otot
- sakit kepala
- sakit tekak
- mutah-mutah
- cirit-birit
- ruam kemerahan
- kegagalan buah pinggang
- kegagalan hati
Antara simptom Virus Ebola |
Laporan WHO menyatakan bahawa terdapat beberapa kes antara tanda-tandanya ialah pendarahan dalaman dan luaran, manakala melalui ujian makmal mendapati sel darah putih dan kiraan platelet berkurangan dan enzim hati dalam tubuh badan pesakit akan meningkat.
Seandainya darah dalam tubuh seseorang lelaki yang dijangkiti Virus Ebola EVD mengalir mereka masih bergelar pesakit EVD sehingga virus ini hanya akan tersingkir daripada air mani selepas 61 hari dijangkiti.
Kebiasaannya, WHO akan melaporkan gejala virus Ebola ini akan muncul selepas dalam tempoh antara 2 hingga 21 hari selepas mereka dijangkiti wabak virus Ebola.
Diagnosis Awal Oleh Doktor
Para doktor belum masih buntu mencari penawar penyakit Ebola ini. Namun begitu, gejala awal penyakit ini hampir sama dengan EVD ialah dinggi, malaria, demam kepialu, shigellosis, kolera, leptospirosis, hawar tikus, cacar rickettsiosis, demam berulang, meningitis, hepatisis dan deman virus berdara yang lain.
Oleh itu, doktor menjalankan ujian makmal mendiagnosis virus Ebola dengan beberapa saringan ujian antranya antibodi menangkap enzim esei imuno serapan berkaitan. Untuk mengesan EVD juga, ujian pengesan antigen dan ujian pengneutralan serum boleh dijalankan.
Kesimpulan
Kalau kita lihat kepada Tanda-Tanda Mereka Yang Dijangkiti Virus Ebola (EVD) ini, memang sukar dijangka bahawa seseorang itu mengalami penyakit Ebola. Para doktor dan pihak berkuasa sendang bekerja keras untuk mendepani masalah ini.
Cara terbaik yang patut kita lakukan adalah dengan berdoa memohon perlindungan daripada Allah SWT yang Maha Kuasa.
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Huda untuk:
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com
Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
nice sharing
ReplyDeleteThanks, Maklumat berguna,,, baca juga Tips Elak Jangkit Ebola
ReplyDeleteWelcome, insyaAllah :)
Deleteterima kasih sebab share info ni
ReplyDeleteTerima kasih kongsikan..semoga kita semua dijauhi daripada penyakit macam ni..aminnnn..takut sangat rasanya..emmm
ReplyDeleteAmin...Sama-sama, betul tu Hafizul. Macam-macam penyakit pelik-pelik sekarang ni.
Delete