Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Ya, memang ada blogger yang menyebarkan berita tentang Wabak Ebola (EVD) Telah Melanda Malaysia. Saya sendiri membacanya, tetapi saya tidak mahu letakkan link blog tersebut di sini, bimbang memalukan beliau pula.
Pertama kali membacanya, memang emosi diri terganggu kerana bimbang virus ini akan terus merebak. Ini kerana cara penyebaran virus ini cukup mudah dan cepat. Jika anda ingin tahu tanda-tanda mereka yang mengidap penyakit Ebola ini , boleh klik di sini.
Ini Dia Berita Wabak Ebola (EVD) Telah Melanda Malaysia
Inilah gambar adik yang dikatakan mengidap penyakit Ebola. Kesian dia. Semoga Allah SWT cepat sembuhkan beliau.
Berita Wabak Ebola sudah melanda Malaysia |
Ini pula penjelasan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung Berita Wabak Ebola (EVD) Telah Melanda Malaysia
Penjelasan Datuk Seri Dr S Subramaniam |
Ini pula penjelasan daripada Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) mengenai Berita Wabak Ebola (EVD) Telah Melanda Malaysia.
Kesimpulan
Berhubung dengan berita Wabak Ebola (EVD) Telah Melanda Malaysia ini, saya bukan doktor yang boleh memberi pengesahan tentang berita tersebut.
Meskipun, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan bahawa berita ini adalah palsu, namun kita harus berjaga-jaga dengan masalah ini kerana Allah SWT Maha kuasa. Kalau Dia berkehendak menjadikan, tidak mustahil boleh berlaku. Na'uzubillah, sama-samalah kita berdoa.
Sama-samalah kita berdoa akan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan kita semua. Sekiranya, ada berita yang belum ada kepastian kita perlu berhati-hati dalam menyebarkannya.
Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan.
Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
No comments:
Post a Comment