Anak merupakan anugerah Allah yang sangat berharga.
Memang tidak boleh dinafikan, mereka adalah penyejuk hati ibu dan abah. Saya suka merenung wajah anak ketika tidur rasa tenang sahaja.
Namun, kadang-kala ada juga waktunya anak meragam. Tapi hati saya terdetik mungkin ada kekurangan abah dan ibunya dalam memberi perhatian.
Memang tidak boleh dinafikan, mereka adalah penyejuk hati ibu dan abah. Saya suka merenung wajah anak ketika tidur rasa tenang sahaja.
Namun, kadang-kala ada juga waktunya anak meragam. Tapi hati saya terdetik mungkin ada kekurangan abah dan ibunya dalam memberi perhatian.
Ya Allah...ampunkan dosa kami.
Mendidik dan membesarkan anak zaman ini cukup mencabar.
Ya Allah, kurniakan kepada kami zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima permohonan hambaMu ini.
Penyejuk hati ibu dan abah |
Dalam membesarkan anak, susu ibu merupakan perkara penting yang perlu dititik beratkan oleh ibu bapa. Jadi, hari ini saya ingin berkongsi berkaitan penyediaan susu perahan.
Penyediaan Susu Perahan
Saya sokong penyusuan susu ibu |
- Sentiasa gunakan susu perahan yang paling awal diperah.
- Letakkan susu beku yang hendak digunakan di bahagian rak bawah peti sejuk semalaman supaya mudah cair.
- Susu beku yang telah diturunkan ke bahagian sejuk peti sejuk tidak boleh dibekukan semula. Susu ini perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam.
- Anda juga boleh mengalirkan air ataupun merendam seketika di dalam air biasa untuk mencairkan susu beku.
Tempoh simpanan susu ibu |
- Apabila hendak menyusukan bayi, rendam bekas susu perahan di dalam bekas berisi air panas atau didih selama 5 minit. Jika air menjadi sejuk tetapi susu belum mencapai suhu yang diingini, tukar air rendaman dan rendam untuk beberapa ketika.
- Anda perlu panaskan susu pada kuantiti yang hendak digunakan untuk satu sesi penyusuan sahaja.
- Susu yang dibekukan akan memperlihatkan lemak terpisah menjadi 2 bahagian. Jadi, goncang bekas dengan perlahan-lahan untuk menggabungkan semula lemak yang terpisah itu.
- Elakkan memanas susu dalam ketuhar gelombang mikro atau di atas tungku dapur.
- Susu yang dipanaskan mestilah digunakan dalam masa 1 jam dan ia tidak boleh disimpan semula.
- Pastikan suhu susu yang dipanaskan suam, dengan menitiskan susu dibahagian pergelangan tangan.
Panduan penyediaan susu perahan |
Kesimpulan
Semoga perkongsian ini, dapat memudahkan ibu dan abah dalam memberikan penyusuan eksklusif buat anak anda. Bagi anda yang berazam ingin menyusukan anak sepenuhnya dan mengalami masalah kekurangan susu, saya cadangkan anda mencuba Set Penyusuan Shaklee ini.
Set Menyusu Shaklee |
Alhamdulillah saya telah menggunakan set ini, dan amat berpuas hati dengan kesannya. Bukan setakat membantu menghasilkan susu, malahan membantu mencergaskan badan anda. Anda boleh menghubungi saya untuk sebarang pertanyaan.
Saya berharap panduan ini dapat membantu para ibu dan bapa dalam menyediakan susu buat si manja anda. Selamat Mencuba!
Saya berharap panduan ini dapat membantu para ibu dan bapa dalam menyediakan susu buat si manja anda. Selamat Mencuba!
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Huda untuk:
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com
Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Yup...memang penting susu ibu ni..dan waktu tempoh penyimpanan tu haruslah dititikberatkan..kan sakit perut pulak baby tu..hehe
ReplyDeletebaby tak tahu nak cakap sakit perut...dia boleh menangis sahaja. kita lah yang kena jaga kan?
Deletekathy lebih suka direct bagi susu dari main perah² ni. lagipun kathy SRT..
ReplyDeleteBetul kak...kalau bekerja kena la juga perah...
Delete