Ramai orang kata susu ibu yang dihisap oleh anak ada kaitan dengan minda ibu itu sendiri. Betul ke?
Sedapnya susu ibu |
Kalau anda ingin tahu jawapannya mari saya tunjukkan bagaimana proses pengeluaran susu ibu berlaku. Sebelum itu, saya terangkan secara ringkas tentang proses pengeluaran susu ibu.
Video Proses Pengeluaran Susu Ibu
Proses Pengeluaran Susu Ibu melibatkan dua proses iaitu Proses penghasilan dan Proses pengaliran. Apabila anak anda menyusu, saraf di puting akan merangsang dan menghantar isyarat ke otak untuk penghasilan dan pengaliran susu ibu.
Dua hormon yang memainkan peranan penting dalam proses penghasilan dan pengaliran susu ibu iaitu hormon prolaktin dan hormon oksitosin.
Hormon prolaktin akan merembeskan ke dalam aliran darah dari bahagian hadapan kelenjar pituitari . Hormon prolaktin akan menyebabkan sel alveoli mengembang dan menghasilkan susu.
Semakin kerap anak anda menyusu, semakin banyak hormon di rembeskan dan lebih banyak susu terhasil . Setelah susu dihasilkan, proses pengaliran bermula
Hormon oksitosin dirembeskan ke aliran darah dari bahagian belakang kelenjar pituitari. Hormon oksitosin menyebabkan sel-sel otot di sekeliling alveoli mengecut dan membolehkan susu mengalir melalui salur susu dan di hisap oleh anak anda.
Kesimpulan
Yakinkan diri anda bahawa anda boleh menghasilkan susu yang mencukupi untuk anak anda. Sentiasa berfikiran positif. InsyaAllah, anda boleh menyusukan anak anda.
Ingin tahu pilihan ibu-ibu untuk menyusukan anak sila rujuk di sini >> pilihan ibu
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Huda untuk:
FREE CONSULTATION
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Emel:nh_5656@yahoo.com
Anda digalakkan berkongsi entri di sini dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Maklumat tambahan juga boleh didapati di sini juga: http://www.babycenter.com/
Ya...kena yakin kan..hehe..terima kasih kongsikan...leh tambah ilmu pengetahuan sedia ada ni..
ReplyDeletesama-sama, semoga bermanfaat
Deletealhamdulillah..kathy bagi susu badan speenuhnya pada ke4² anak kathy..
ReplyDelete