Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
1 Formula Menjadikan Hari Produktif Dan Bermanfaat |
1 Formula Menjadikan Hari Produktif Dan Bermanfaat
Satu soalan di tanya kepada seorang syabab
(pemuda).
Merupakan seorang penulis KeTuhanan yang
energetik, dan banyak terlibat dengan program dakwah. Malah beliau turut
memimpin sebuah organisasi dakwah.
Soalan:
Bagaimana awak mendisplinkan diri daripada menjadi pembuka FB yang
tegar? Dan bagaimana awak memanfaatkan masa?
Jawapan: Berkenaan FB, caranya adalah
dengan banyak buat kerja secara live.
Contohnya kalau menulis, biasanya saya
lebih efisyen sekiranya saya tulis guna pen. Kurang godaan online.
Cara manfaatkan masa?
Hassan Al-Banna pernah berkata,
"Tanggunjawab itu melebihi masa. Jadi
memang kena sentiasa on the go. Ambil banyak tanggungjawab, dan optimakan
pelaksanaannya."
Tetapi memang ada masa masa kita terleka.
Solusinya, dekatkan diri kepada Allah. Baca Quran dan bahan motivasi sampai
bersemanat kembali.
...
Masya-Allah tabarakallah. Kagum pada
jawapannya.
Berikut dikongsikan formula lain
menjadikan hari produktif dan bermanfaat. Insya-Allah.
1. Buku Istiqamah
Dapatkan sebuah buku nota kosong, atau
boleh guna .word.
Perkara penting dalam buku itu ada ruang:
1. Tarikh
2. Target
3. Pencapaian
4. Denda
Buku istiqamah bertujuan untuk kita
sentiasa refresh diri kita tentang impian yang kita nak capai. Tiap bulan
penting letak sasaran. Letak goal apa yang kita nak capai.
Insya-Allah dengan itu, kita rasa
energetik untuk menuju ke arah impian.
Boleh muatturun template buku istiqamah
yang dibuat oleh Insyirah Azhar. Klik pada link di bawah,
2. Buat Jadual
Zaman sekolah kebiasaannya ada ditekankan
tentang jadual. Apabila dewasa, adakalanya kita telah tinggalkan perkara itu.
Jadual bertujuan untuk kita sentiasa on
track dengan apa yang perlu kita buat. Ia membantu kita untuk fokus.
Insya-Allah.
Contoh:
8 - 9 pagi:
Baca Al Quran
9 - 10 pagi:
Buat tugasan A
10 - 11 pagi:
Solat Dhuha
Sambung tugasan A
3. Muhasabah
Andai kita masih leka dan seleweng amanah
untuk buat apa yang kita perlu buat, muhasabah diri.
"Andai aku tidak buat apa yang perlu
aku buat hari ini, apa akan jadi pada,
1 Tahun akan datang
3 Tahun akan datang
5 Tahun akan datang"
Marah pada diri. Agar semakin sedar bahawa
pentingnya berubah pada hari ini.
"Jangan layan hal negatif jika ingin berjaya. Banyak masa terbuang, dan hilang fokus. Fikirkan, berapa tahun anda rugi? Lalai sehari, kejayaan lewat setahun." - Sifu Siddiq
4. Baca Doa Diberkati Masa
Insya-Allah boleh amalkan doa ini. Agar
sentiasa diperbaiki masa, dan dibimbing Allah.
Bismillah.
“Ya Haiyyu, Ya Qayyum, dengan rahmatMu daku memohon pertolongan. Baikilah seluruh urusanku, dan janganlah Engkau serahkan diriku ini kepadaku walaupun sekelip mata” (Riwayat al-Nasai, dinilai sahih oleh al-Albani)
Allahumma aamiin.
Insya-Allah itu antara pengajaran yang
dikongsi dalam ebook 70 Lessons. Betapa pentingnya sentiasa fokus pada visi.
Baca lebih 70 pengajaran dengan klik pada
link di bawah,
Alhamdulillah.
Jika berminat dengan produk shaklee, sila hubungi Huda: 011-18685991 Seandainya anda rasa entri in ibermanfaat , sila kongsikan dengan orang lain. Marilah kita beramal agar disayangi Tuhan. Sila tinggalkan komen anda, saya amat menghargainya.
Terima kasih kongsikan...leh cuba amalkan ni..hehe
ReplyDeletesama-sama, semoga bermanfaat
Deleteperkongsian yang bermanfaat ni..boleh diamalkan nanti :)
ReplyDeletesemoga berjaya
DeleteSalam... semoga perkongsian ini lebih bermakna buat pembaca.
ReplyDeleteia betul...terima kasih sudi membaca
Deleteyang baik harus di amalkan..
ReplyDeleteBetul tu kak :)
Delete